Thursday, February 26, 2009

WARKAH CINTA KU...

Lagi sekali hari ini nekcun tak keluar makan tengahari kerana nak habiskan kerja yang perlu ditangani segera sebelum nekcun bercuti 3 hari kerana ada urusan di Brunei.

Ketika hampir pukul 1.30 sebelum nekcun nak pergi mengerjakan yang ‘wajib’ sajer jer nekcun singgah blog kekawan untuk meringankan mata. Berdetup jantung nekcun bila dapat tag dari Adinda ku yang semua blogger kenal sebagai Abang Long. Oleh kerana yang ‘wajib’ itu adalah lebih perlu didahulukan maka nekcun tinggalkan dulu ‘denda’ adinda Long tu…

Sekarang ni… barulah ada kelapangan sikit. Demi menghargai kasih seorang adinda, nekcun cuba gaklah jawab tag adinda Long tu…

1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
Kahwin awal sebaik habis periksa STPM atas pilihan ibu bapa. Jadi tak sempat nak bercinta maka tak pernahlah terima warkah cinta. Lagi pun semasa remaja nekcun ni ‘tomboy’ dan garang sikit jadi agaknya lelaki pun takut nak tackle. Semasa sekolah, kalau ada yang mula nak ‘jiwang’ nekcun akan buat ‘don’t know’ ajer…

2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak?
Tak tahulah sebab tak pernah terima warkah cinta.
3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
Jawapan sama macam soalan 2.

4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
Jawapan sama macam soalan 2.

5 - Ada disertakan gambar ?
Adalah seorang mamat tu beri gambar dia dengan nekcun ketika kami sedang beraksi di track olah raga. Tapi tak ada pulak warkah cinta.

6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya?
Teringin gak nak simpan kalau ada, tapi kempunanlah nampaknya sebab tak pernah terima warkah cinta. (Kesihan nekcun kan…kan…kan!)

7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta?
Ni yang nekcun sedih ni… teringin nak ada macam orang lain, tapi tak dapat!… …hukhukhuk…

8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
Kalau waktu boleh diputar kembali, tidak akan ku biarkan diriku tanpa CINTA semasa di usia masih remaja!… hukhukhuk… (tengah nangis nih!…)

9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
Warkah cinta ku sedang MENGGAMIT SYURGA FIRDAUS!… hehehe… sape yang dah beli dan baca tentu dah tahu…. hehehe…

10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms?
Bagi ku sesungguhnya semuanya amat mendebarkan, namun TIDAK KU PINTA ia jadi begini… kerana sepanjang hidupku tidak pernah menerima warkah cinta. Hidup ku bagaikan TERPENJARA DI KAMAR SUTERA.

Harap Adinda Long berpuas hati dengan jawapan nekcun ya!…

P/s: Pada kawan blogger – Chekdee, jangan kecil hati sebab tak balas lagi challenged Chekdee kerana tak sempat nak buka folder photo tu… nekcun tak simpan dalam computer tapi simpan dalam beberapa ‘pendrive’ jer sume, jadi tak tahu nak pilih pendrive yang mana….

10 comments:

Abang Long said...

Salam sayang wahai kekandaku Nekcun.

Pilu rasanya bila terlepas peluang seperti ini ya ? Apapun, biarlah kita bersyukur dengan apa yang ada.


TERIMA KASIH.

chekdenoor said...

wah..bestnyer bila jadi penulis buku ni...hehehe...kira cam pelakon gak...boleh tulis cerita sendiri...sikit-sikit dalam penulisan....... suka dengan hoby menulis ni...cuma chekdee ni ada idea jer...bakat kurang...heheheh

Tie said...

Nanti senang, suruhlah atokcun tulis warkah cinta buat nekcun...hi hi..kesian nekcun....

izman said...

yg lepas tak perlu dikenang, yg penting kenangan sekarang.
bahagia.

sempat promote buku lagi tu. bijak.bijak.

nurazzah8 said...

Salam nekcun, dah lama saya tengok nama ni di alam maya ni...baru hendak berkenalan...wah...sudah terbit novel...hurm...boleh lah saya baca ya.... nak yang ada sign nek cun kat dalam... nanti saya bayar pd akaun nek cun...
emel saya: nurazzah8@yahoo.com

Nek Cun said...

Adinda Long, walau sedih kerana tak pernah dapat warkah cinta, tapi nekcun bahgia dengan atok sekarang. Bagi nekcun cinta yang disemai selepas kahwin rasanya lebih mengasyikkan kerana apa yang kita nak buat semasa bercinta eg: memadu asmara, semuanya dah halal!... tak perlu takut2...balon ajer!... hehehe... betul tak?...

Chekdee, sebenarnya menulis ni adalah hoby sajer bagi nekcun kerana dulu nekcun 'science student', langsung tak pernah terfikir nak jadi penulis...mula2 dulu nekcun menulis untuk mencurahkan perasaan yang nekcun tak mahu cakap dgn orang lain, tapi lama2 jadi syok pulak!... tapi, iyalah kuasa Allah, semuanya boleh jadi kan?....

Tie... tak tau ler bila nak suruh atok tulis surat cinta... dia langsung tak minat tulis menulis ni... kerja dia astik tengok angka ajer... kalau nak suruh dia fikir ayat mengayat ni, kiamat dunia agaknya!... hehehe... tapi tak apa... tak ada warkah cinta pun nekcun tahu atok sayang 'giler' kat nekcun...hehehe... kalau tidak tak kan dia pinang nekcun semasa tak habis sekolah lagi kan?...(perasan sendiri pulak nekcun nih!...)...hehehe...

Izman... orang business minded memang suka ambil kesempatan. don't ever waste any opportunity that come accross you!... Kalau sendiri tak promote, sape lagi nak promote kan?...hehehe...

Nek Cun said...

Salam Nurazzah, terima kasih kerana minat buku nekcun... nanti kita usahakan macam mana nak hantar yang dah sign tu yek!...

maza said...

maza bukan setakat warkah cinta, kata2 cinta juga pernah terima..

sedari usia 12 bulan lagi..(dari catatan emak denlah - sapo laie kalau bukan omak den yg khobarkan?!) seorang doktor kata, "wah! comelnyer budak ini, I love you lah" katanya pada maza, dikucup2. diciu2m, dipeluk2nya!..

kemudian doktor wanita yg cun itu pun menyambung lagi, "erk! Kak minggu depan jangan lupa, saya nak jumpa baby cinta saya ini, mau kasik cucuk kat pungung"

minggu depannya maza datang, tetapi kendiannya maza menyambut cinta doktor itu dgn kata penolakan cintanya lalu bersuara - "UWAKKKKKKK!!!" - sekuat hati...

sakit wooo, walaupun nurse tu cakap mcm gigit nyamuk jerk....tipu! huh!


sekian, warkah cinta dari maza.....hehehehhe

Nek Cun said...

Wah Maza... dahsyat tuh... baru 12 bulan dah dapat kata-kata cinta!... Camna la ni?... ada lagi ka kata-kata cinta tuh?... teringin gak nekcun nak dengaq camna Maza plak yang mengatakan 'kata-kata' cinta tuh pada isteri... hehehe...

maza said...

glup!

Hat kata2 cinta kat isteri...aderkk...

almaklumlah, maza ni lelaki classic sikit....wakakak

utk maklumat lanjut ttg itu, sila layari di sini:-
http://mazaaida.blogspot.com/search/label/Keluarga