Tuesday, September 23, 2008

MA'AF ZAHIR DAN BATIN...


Dalam kekalutan mengharungi traffic jam yang tidak henti-henti kerana hendak mengejar masa untuk memasak juadah berbuka puasa, diikuti mengejar masa untuk bertarawikh di masjid dan tidak lupa mengunci jam loceng untuk bangun sahor setiap malam, adalah amat mencabar kesabaran kaum ibu yang bekerja macam nekcun. Tapi dalam sedar tak sedar, bukan sahaja sepuluh malam terakhir, tetapi malam ‘tujuh likor’ pun sudah hampir meninggalkan kita. Oh!... betapa cepat masa berlalu…

Hati ini tiba-tiba terasa amat hiba bila mengenangkan adakah diri ini telah dapat menyahut seruan ‘Kekasih’ yang bermurah hati mahu memberikan bonus dan hadiah sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini. Terasa diri ini terlalu kerdil di sisi Nya jika dibandingkan dengan anugerah yang telah dilimpahkannya kepada kita. Entahkan dapat entahkan tidak diri ini hendak menemui lagi Ramadhan Al-Mubarak di tahun hadapan untuk merebut bonus dan hadiah yang tidak pernah dilupakan oleh ‘Kekasih’ kita yang pemurah itu… Namun, nekcun tetap berdo’a agar kita semua akan dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh kebarakahan ini. InsyaAllah….

Dengan hampirnya Ramadhan meninggalkan kita, Nekcun & Atok ingin mengambil kesempatan ini memohon ampun dan ma’af dari semua saudara mara dan sahabat handai yang mengenali kami dan juga semua anak cucu dan kekawan yang selalu menziarahi nekcun di blog ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.

MA’AF ZAHIR DAN BATIN.



9 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Ampun dan maaf juga dari saya sefamily... Kadang2 bukan masa terlalu cepat berlalu, tetapi kita yang terlambat dan terleka!

Salam aidilfitri dari blogger www.celikhuruf.blogspot.com

Tie said...

Tie pun rasa sayu...Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari tie,nek..

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Nek Cun! Maaf Zahir Batin..

kuchalana said...

salam..

Btol nekcun.. almost every year saya akan menagis ketika solat magrib diakhir ramadhan.. rasa sedih sgt.. slalu duk pkir.. smpat ka rasa ramadhan akan datang..

Semoga kita diamarahkan dgn rahmat selepas ramdhan ini kerana takdir kita tahun depan ditulis selepas al qadar tahun ini..

Selamat Hari Raya Dan Selamat Bercuti..

Maaf Zahir Dan Batin dari saya sekeluarga

Ole..

Nek Cun said...

Salam RMN, Tie, Bima & anonymous, memang macam itulah kita ni... selalu terleka tetapi bila dah last minit barulah kita kalang kelibut nak merebut balik peluang yang mungkin sudah terlepas. Harap-harap kita semua akan berjumpa lagi Ramadhan Al-Mubarak di tahun hadapan...InsyaAllah.

chekdenoor said...

Ramadhan adalah bulan yang mengeratkan chekdee dengan ayahdee......kerana hampir sepanjang ramadhan, kami dapat makan berbuka bersama. Kalau tidak...dibulan-bulan yang lain.... kami hanya sempat makan bersama dihujung minggu sahaja kerana kekangan kerja harian.

Doa chekdee, mudah-mudahan tahun hadapan, Ramadhan dapat kami temui lagi dalam kesihatan dan keharmonianyang baik.

Salam perkenalan dari chekdee buat nekcun ( terima kaseh kepada blog kuchalana...heheh).

AL-BIMA SAKTI said...

salam lebaran buat nekcun sekeluarga...

Abang Long said...

MAHA BESAR dan MAHA HEBAT, KEKASIH kita itu.


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN, MINAL AIDIL WAL FAIZIN.

Semoga sihat sejahtera dan ceria berhariraya bersama keluarga tercinta.

fatimah said...

Assalamualaikum Kam, Semuga kita dapat meneruskan madrasah Ramadhan walaupun lambaiannya kian jauh...aminyarobalalamin