Wednesday, July 9, 2008

Mencari Keredhaan Allah SWT.







Alhamdulillah, nekcun & family telah selamat balik ke rumah setelah hampir dua minggu berada di Madinah dan Mekah kerana mengerjakan ibadah Umrah. Walaupun telah beberapa kali nekcun dan suami ke sana kerana mengerjakan ibadah haji dan umrah, tetapi hati ini tidak pernah jemu untuk ke sana lagi pada bila-bila masa.

Pemergian nekcun kali ini amat mencabar ketahanan dan keupayaan nekcun kerana keadaan cuaca yang amat panas ketika itu. Semasa nekcun berada di Madinah, pernah cuaca panas mencecah 49 C dan di Mekah pula 43 C. Bayangkanlah kalau di KL ni 34 C pun kita rasa dah panas sangat, bagaimana pula kalau 49 C? Tapi, Alhamdulillah, nekcun percaya apa yang kita hadapi di sana adalah semua berbalik kepada amalan dan rezeki kita!… jadi nekcun rasa panasnya di sana lebih kurang sahaja dengan panas di KL nih!…

Kali terakhir nekcun dan suami berada di Madinah dan Mekah adalah pada February 2006. Baru dua tahun nekcun tidak ke sana, tapi banyaknya perubahan yang berlaku pada infrastruktur kawasan di sekeliling Masjidilharam memang amat terserlah. Banyak hotel-hotel yang berhampiran telah dirobohkan dan sekarang pihak Arab Saudi sedang dalam proses membina lebih banyak hotel-hotel yang lebih canggih, mungkin untuk mempastikan keselesaan tetamu-tetamu Allah ketika berada di sana nanti. Begitu juga sekitar Baitullah, lebih banyak ruang-ruang yang sedang dilebarkan dan dicantikkan. Mungkin untuk memberi lebih ruang kepada tetamu-tetamu Allah untuk beribadah dengan lebih selesa.

Walaupun dalam keadaan cuaca panas yang agak menyengat, tetapi kehadiran tetamu Allah ke MasjidilHaram dan Masjid Nabawi tetap bertambah ramai. Dulu-dulu semasa nekcun ke sana kalau bukan musim Haji, keadaannya tidaklah seramai sekarang. Pernah nekcun boleh masuk ke Raudhah dan dapat melihat makam Rasullullah, bersolat sunat dan berdo’a dengan tanpa berebut-rebut. Tetapi sekarang tidak lagi semudah itu. Manusia bersesak-sesak, berebut-berebut untuk memasukki Raudhah sehinggakan untuk membaca do’a pun kita agak terganggu bila orang ramai sentiasa menolak-nolak kita, apatah lagi untuk bersolat sunat dengan khusyuk. Memang amat mencabar.

Begitu juga keadaan di Baitullah. Untuk bertawaf pun kita terpaksa bersesak-sesak, lebih kurang sama semasa musim Haji. Ketika bersolat di hadapan Multazam juga amat mencabar bila orang ramai lalu lalang di hadapan kita ketika rukuk atau sujud. Terasa benar semua orang berebut-rebut mahu mendapat keredhaan dari Allah, bagaikan hari kiamat sudah hampir benar!

Walau macam mana banyak dugaan yang dihadapi ketika mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah, ditambah dengan keadaan cuaca dan persekitaran yang agak mencabar ketahanan tubuh seseorang, tetapi setiap orang yang pernah ke sana tidak akan pernah serik dan tetap akan sentiasa rindu untuk menjadi tetamu Allah. Begitu juga nekcun… walaupun telah banyak kali ke sana tetapi tidak pernah serik atau jemu. Kalau boleh, tidak mahu lagi balik ke M’sia dan mahu terus mengabdikan diri untuk mendapatkan keredhaan Allah. Hati nekcun terasa begitu tenang ketika menghadap Baitullah sehinggakan amat berat untuk meninggalkannya. Nekcun amat bersyukur kerana Allah sudi menerima nekcun dan keluarga untuk menjadi tetamunya dan sentiasa berdo’a agar kami akan diterima lagi di tahun-tahun hadapan. InsyaAllah.



8 comments:

fatimah said...

Assalamualaikum Kam

Nostalgik dapat jumpa selepas 33 tahun. Amat berbangga juga dgn kejayaan yg dicapai. Semuga terus berjaya dlm bidang penulisan.

Unknown said...

Salam Nekcun...
Wah, Nekcun jumpa kawan lama selepas 33 tahun? Canggih betul. Anyway, thanks for your doa for us, Nekcun. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya. Semoga persahabatan kekal abadi. Amin.

sebelum cahaya said...

salam.aunty leh x tolong saya?

Nek Cun said...

Mualaikumsalam Timah,
Memang seronok betul dapat jumpa awak kat Mekah hari tu... I rasa satu perjumpaan yang amat diRahmati Allah... Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatanNya...

Nek Cun said...

Salam OD, memang seronok betul nekcun dapat jumpa kawan lama, kami satu class semasa di Tingkatan enam. Dah tu jumpa kat Mekah pulak tu... InsyaAllah, semoga persahabatan kita semua akan sentiasa di Rahmati Allah dan kekal abadi... Menggamit Syurga Firdaus banyak menyingkap 'apa erti persahabatan'....

Nek Cun said...

Sebelum cahaya... apa yang you nak aunty tolong? Siapa ya sebelum cahaya nih? Ma'aflah nekcun tak berapa ingat kalau tak beritahu nama sebenar....

Kassim Selamat said...

Salam nekcun,
Semoga di rahmati Allah.
Tengok gambar2 Baitullah teringat semasa saya di sana pada tahun 2007.

Nek Cun said...

Salam Kassim Selamat,memang sesiapa yang dah sampai ke sana tidak akan lupa tempat itu dan akan sentiasa mahu lagi ke sana. Semoga Kassin akan sampai lagi ke sana suatu hari nanti...