Sunday, July 20, 2008

Ingatlah 5 perkara....

Setelah beberapa hari tak boleh nak membuka mata, nekcun terasa terlalu lemah dan tidak bermaya. Penyakit migraine yang sudah lama tidak menyerang nekcun tiba-tiba datang kembali menduga kesabaran nekcun hanya beberapa hari setelah nekcun balik dari tanah suci Mekah Mukarramah.

Ketika berbicara dengan doctor pada hari Khamis lalu, dia kata migraine yang menyerang nekcun ni ada dua sebab. Satu mungkin panas yang ada dalam tubuh nekcun ketika di Mekah tempoh hari baru nak keluar (walaupun sudah hampir 2 minggu) dan yang satu lagi mungkin badan nekcun yang belum pun sempat berehat telah dikejutkan dengan kerja yang bertimbun-timbun di pejabat yang menyebabkan level stress nekcun melompat tinggi. Almaklumlah…. Bila hampir 2 minggu tiada di pejabat, timbunan kerja memang tidak dapat dielakkan lagi.

Tambahan nekcun tidak berehat langsung. Nekcun sampai pada hari Isnin dan hari Selasa terus nekcun pergi ke pejabat tanpa sempat berehat untuk memberi ruang kepada jet-lack. Tapi… nak buat macam mana… kerja di pejabat perlu juga dibereskan kerana ‘date-line’ kena juga di patuhi. Kesihan juga melihat pembantu-pembantu nekcun yang bertungkus lumus semasa nekcun bercuti tempoh hari.

Hari Rabu (16/7/08) nekcun dah terasa kepala nekcun berpusing-pusing macam nak pecah, tetapi nekcun tahankan sahaja kerana nekcun kena memberi ‘presentation’ pada hari Khamis. Alhamdulillah, sempat juga nekcun menyelesaikan ‘presentation’ nekcun pada pagi Khamis tu… dan sebaik sahaja selesai kira-kira jam 12.30 tengahari, kepala nekcun dah tak boleh bertahan lagi. Nasib baik nekcun sempat ke klinik yang berada di bawah bangunan pejabat nekcun. Terus doktor beri ubat untuk turunkan panas badan nekcun dan ubat menahan sakit kepala yang berdenyut-denyut tu. Terpaksalah nekcun balik naik teksi dan tinggalkan kereta di pejabat kerana dah tak larat nak memandu sendiri.

Hampir empat hari nekcun terlantar tidak boleh bangun dan membuka mata pada cahaya yang terang. Memang macam tulah kalau penyakit migraine menyerang. Nekcun tidak boleh buka mata, nekcun terasa dunia berpusing-pusing. Ubat yang diberi oleh doktor juga akan sentiasa membuatkan nekcun tertidur. Doktor kata ianya untuk memastikan nekcun mendapat rehat yang secukupnya… entahlah! Walaubagaimana pun Alhamdulillah… pagi ini nekcun rasa kepala nekcun sudah lega. Nekcun sudah boleh bangun dengan selesa dan badan pun rasa dah segar setelah nekcun mandi pagi-pagi tadi…

Sudah beberapa hari juga nekcun tidak mengadap screen computer ni… terasa amat rugi kerana tidak sebaris ayat pun yang dapat nekcun coretkan sejak beberapa hari ni… Dan dalam ketenangan petang Ahad ini… nekcun cuba berkongsi perasaan nekcun yang amat merindui kekawan semua setelah terlantar di katil beberapa hari melawan migraine yang mencemburui nekcun lagi setelah agak lama dia menghilang…. Bagaimana pun ia amat menginsafkan nekcun supaya lebih menjaga kesihatan. Teringat lagu nasyid Raihan yang menyebut 5 perkara dalam hidup iaitu:
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Senang sebelum susah,
Sehat sebelum sakit… dan…
Hidup sebelum mati…

Kepada kekawan semua, terima kasih di atas ingatan semua semasa nekcun tidak dapat berkomunikasi dengan anda semua. Nekcun selalu ingat pada semua kekawan nekcun ketika sehat dan ketika sakit... Diharap kekawan nekcun pun begitu juga!

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Nekcun,
OD doakan semoga Nekcun sihat semula. Maaf, tak sms atau bertanya khabar lebih awal sebab ingatkan Nekcun sibuk atau outstation. Entah bila nak belajar supaya berhenti mengandai. Banyakkan rehat dan makan ubat Nekcun. Mwah mwah mwah.

Nek Cun said...

Mualaikumsalam OD, nekcun pun minta ma'af gak sbb janji nak sms, tapi tak sempat nak sms, mata dah berpinor-pinor... Kalau ikutkan hati, memang nekcun rasa macam nak pencen awal sajer... nak rehat kat rumah puas-puas, tapi bila ingat apa pulak nak buat lama-lama sesorang nanti, sbb atok pun masih kerja lama lagi, jadi terpaksa batalkan ajer ler niat nak pencen awal tuh....

fatimah said...

Assalamualaikum Kam, Semuga Allah gantikan masa yg terlepas (semasa terlantar) dengan detik2 yg lebih bermanfaat di masa akan datang. Semuga, dalam usia kita ini, Allah luaskan lorong for a more balanced life. However, more often we are our own enemy. Normally we march on, yang sepatutnya kita "RR" along the way...

Get well soon dear!!