Thursday, December 27, 2007

Kualiti atau Kuantiti

Sekali dengar, kedua-duanya memang mempunyai kelebihan tersendiri dan kekadang hubungkait yang amat rapat dalam banyak perkara yang boleh mempengaruhi kehidupan kita seharian. Tetapi kalau di analisa sedalam-dalamnya, kita pasti akan dapat mencari perbezaan kepentingan kedua perkataan itu.
Kualiti adalah sesuatu yang amat subjektif dan ianya mungkin berbeza-beza dari sorang ke seorang. Manakala kuantiti adalah sesuatu yang memang sudah tetap sejak azali. Dari seorang anak kecil yang baru belajar berkata-kata telah kita ajar untuk mengira kuantiti, sebaliknya kualiti tidak akan dapat kita buktikan secara tepat walaupun kekadang umur telah melebihi setengah abad.
Ramai yang pernah saya jumpa dan berbicara, selalu mengutamakan kualiti dalam kehidupan kerana kata mereka hidup kita ini hanya sekali, iaitu tidak ada kuantiti yang mahu dihitung. Untuk mendapat kehidupan yang berkualiti, mereka harus mempunyai wang yang banyak untuk membolehkan mendapatkan apa sahaja yang mereka atau keluarga mereka kehendakki dalam menjalani kehidupan yang hanya sekali ini. Dengan itu, maka jadilah mereka seorang yang workerholic, bekerja siang malam tanpa mengira waktu untuk mencari sebanyak rezeki yang boleh untuk mendapatkan kehidupan yang lebih berkualiti. Akan berkualitikah kehidupan mereka dengan kuantiti wang yang banyak tetapi sentiasa sibuk dengan kerja hingga tiada masa untuk bermesra bersama keluarga, saudara mara, sahabat handai atau apatah lagi untuk beramal ibadah di masjid?
Ada pula seorang kenalan saya pernah mengadu. Kalau boleh masa ini diputar kembali, dia mahu balik ke alam semasa mula-mula berumah tangga dahulu kerana katanya baru mungkin dia boleh merancang keluarga. Maksud dia, pasti dia tidak akan mempunyai anak seramai sekarang. Saya tanya, berapa orang anaknya sekarang? Sembilan jawabnya. "Oh... untungnya awak ada anak seramai itu, saya nak dapat tiga pun... seksanya, MasyaAllah!" balas saya lagi. "Untunglah kalau semuanya menjadi, tapi kalau semua hampeh, apa untungnya?" jawab beliau dengan penuh kesal. Otak saya terus berfikir lagi... kuantiti atau kualiti?
Jadi, apakah erti dan di manakah letak sebenarnya kelebihan kualiti atau kuantiti dalam kehidupan kita semua. Mungkin pembaca sekalian mempunyai lain-lain pandangan dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama untuk kebaikan kita sesama insan sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Harap tuan/puan sudi untuk berdiskusi di sini.

2 comments:

© Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad said...

Salam Nekcun...
Betul cakap nekcun tu. Bukanlah nak kata tapi orang tu cam tak bersyukur. Cam OD nih, nak anak, sembilan tahun kawin tak dapat-dapat lagi... sabar sabar... tak ada rezeki, nak buat camana, kan. Kalau ke Perth, harap boleh berjumpa. Nanti kita tukar-tukar emel ek. Mwah.

Nek Cun said...

OD, terima kasih kerana sudi singgah di blog nekcun. Kalau tiada aral melintang mungkin mid Jan 08 ikut hubby ada kerja sikit di Sydney. May be about a week only. Itu pun kalau dia jadi pi. Lama jugak dah tak pi negara kanggaroo tu... Nice knowing you....