Monday, December 10, 2007

Kena Kahwin Paksa @ Kena Paksa Kahwin


DAPATKAH kita mengesani di mana perbezaan antara dua kenyataan di atas! Bunyi macam sama sahaja, tetapi tentu ada kesan yang berbeza. Bukan sengaja nak mengelirukan tetapi sekadar menguji pemahaman kawan-kawan semua. (Kenyataan ini saya petik dari Tintarona.blogspot.)


Tema kahwin secara terpaksa ini sengaja saya lakarkan dalam novel saya, Menggamit Syurga Firdaus yang sudah pun berada di pasaran. Tajuk MSF sendiri sudah cukup memberi simbolik kepada keseluruhan isi cerita novel ini. Disamping Firdaus sebagai nama hero yang ditonjolkan di dalam novel ini, Firdaus juga merupakan syurga yang paling tinggi. Untuk mencapai ke syurga itu, banyak dugaan dan liku-liku yang perlu kita tempuhi. Natasha sebagai watak utama terpaksa banyak bermuhasabah diri di dalam mencapai cita-citanya di dunia ini dan juga untuk berbahgia dengan orang yang dicintai di syurga kelak.

Teka-teki yang sengaja disulam melalui teknik penceritaan boleh membuatkan pembaca terbuai oleh permainan ' hide and seek' oleh watak-watak yang dimunculkan. Insiden-insiden yang diceritakan juga akan mendorong pembaca untuk terus membaca sehingga ke penghujung cerita untuk mengetahui apakah akhirnya hubungan yang penuh misteri itu, kerana dailog-dailog yang digarap akan membuatkan pembaca tertanya-tanya, mengapakah Natasha bersikap begitu pasif terhadap orang-orang yang mencintainya, disamping beberapa watak-watak romantis yang akan turut membuai perasaan pembaca.

Saya merasakan novel ini sesuai dibaca oleh semua lapisan umur masyarakat, lebih-lebih lagi golongan remaja atau pasangan yang baru atau bercadang untuk mendirikan rumah tangga kerana beberapa mesej berguna di dalam mengharungi kehidupan serba moden dan penuh cabaran ini telah saya garapkan di dalam novel tersebut untuk dikongsi bersama pembaca. Saya yakin novel setebal 635 muka surat ini akan dapat memberikan banyak tauladan dan iktibar kepada kita semua sekiranya kita mahu berjaya di dunia dan di akhirat.

Tentu pembaca ingin tahu apakah alasan Natasha hingga terpaksa akur dengan pilihan keluarga. Mengapa Natasha bersikap pasif terhadap percintaan! Kalau pembaca ada apa-apa komen terhadap novel ini, amatlah dialu-alukan berdiskusi.

3 comments:

TINTARONA Publications Sdn Bhd said...

TAHNIAH! Akhirnya ada gak blog personal. Macam ni lah bagus! Saya akan letak link di laman saya, and apa2 nnti saya ajar lagi... okey! Well done!

Nek Cun said...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Harap saudara dapat membantu menwar-warkan blog saya ini di kalangan kawan-kawan saudara.

Anonymous said...

nekcun..
nk dpatkan nvel2 nekcun..Menggamit Syurga Firdaus dan Terpenjara dikamar sutera..

xpasti kat kedai ade ke x..selain cri kat kedAI BOLEH DPATKAN TERUS MELALUI NEKCUN KE??

TQ