Di dalam kita sedang sibuk menyambut tahun baru, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita yang mungkin amat menyayat hati seorang isteri dan juga anak-anak. Seorang ketua masyarakat yang amat dihormati dan disayangi kerana kewibawaannya di dalam membantu membangunkan negara dan membela nasib rakyat marhain tetapi kecundang dengan nafsu serakahnya sendiri.
Ramai yang mengatakan, apa yang telah beliau lakukan itu adalah hak peribadinya dan adalah tidak adil bagi masyarakat menghukumnya dengan sebarang cercaan atau kutukkan kerana secara dasarnya bukan dia seorang yang melakukan perkara sekeji itu, cuma bezanya orang lain bukanlah seorang 'public figure' sepertinya.
Namun, tidakkah beliau sedar bahawa dengan perbuatannya itu beliau telah menghancurkan hati seorang isteri yang begitu setia di sisinya selama ini. Bayangkanlah, bagaimana sang isteri dapat menerima kenyataan bahawa suami yang dicintai, suami yang disanjung & dihormati masyarakat sanggup melakukan perkara sekeji itu. Bukan sahaja hati isteri yang hancur, tetapi bayangkanlah bagaimana pula anak-anaknya mahu berhadapan dengan kawan-kawannya apabila semua orang tahu bahawa ayah yang dibanggakannya selama ini bukanlah seorang yang baik akhlaknya.
Mengapa begitu rapuhnya kesetiaan seorang lelaki terhadap isterinya hanya dengan godaan seorang wanita yang belum tentu sanggup mengharungi susah payah hidup bersamanya? Bagaimanakah seorang ayah akan dapat mendidik anak-anaknya ke jalan yang benar sekiranya dia sendiri kalah dengan nafsu serakahnya? Bagaimanakah seorang suami dan ayah yang dianggap sebagai ketua keluarga boleh membina keluarga bahagia bila dia sendiri mencari kebahgiaan dan keseronokkan di luar rumah?
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan jadikanlah cerita ini sebagai iktibar di dalam usaha kita membina bahagia dalam hidup ini. Jadikanlah tahun 2008 ini sebagai tahun kita mengenali diri kita sendiri dan apakah matlamat sebenar kita dalam hidup ini. Hargailah kesetiaan dan pengorbanan orang-orang yang sentiasa setia di sisi kita ketika susah atau senang.
Saya tidak pernah prejudis terhadap lelaki, tetapi amat berharap seorang lelaki yang bergelar suami atau ayah dapat memikirkan apakah wajar hati seorang isteri dan anak-anak dihancurkan hanya kerana kita terlalu mementingkan kepuasan hati sendiri. Mungkin tuan/puan ada mempunyai pandangan sendiri mengenai perkara ini, jadi eloklah kalau kita bolehl bertukar-tukar pendapat diruangan ini. Komen tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Friday, January 4, 2008
Apa Erti Kebahgiaan Dalam Sebuah Keluarga
Posted by Nek Cun at 19:54
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment