Tersengeh-sengeh nekcun membaca puisi yang dikirim oleh seorang teman. Memang tepat betul apa yang dinyatakan di dalam puisi itu dan nekcun mahu mengongsikannya bersama sahabat2 semua. Semoga ada pula yang menyampaikannya kepada mana-mana Pak Menteri agar mereka mendapat 'hidayah' dan merasakan betapa peritnya hidup rakyat marhein di M'sia yang kononnya salah sebuah negara yang ekonominya kukuh di rantau Asia ini... Beruntungkah jadi rakyat Malaysia?... fikir2kanlah...
Umpama timun kami ini rasanya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami rakyat jelata
Warganegara Malaysia tanah air tercinta
Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadapi setiap hari
Mudah pula tuan berkata
Jangan makan ayam bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia
Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tapi tuan kesenangan
Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh tolak
Usul kami tuan lanyak sampai koyak
Macam mana kami nak senyum bila tuan makin menggalak
Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan
Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh jadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana
Kuasa tuan yang ALLAH beri dari doa kami
Naiknya tuan mungkin ALLAH nak uji
Jatuh tuan juga tidak mustahil jika ALLAH dah benci
Kerana kami yakin ALLAH dengar rintihan kami
Dan ALLAH tidak pernah mungkir janji
Tidak seperti tuan terjerit-jerit mengakui janji ditepati
Tetapi semakin galak tuan menzalimi kami....
***** Ini janji kami, ini protes KAMI*****
2 comments:
tak perlu IQ tinggi nak jd menteri..kerana jawapan yg diberi tahap budak tadika..kalau harga rumah melambung,jgn beli/duduk rumah la ya...
Tuan menteri x ubah seperti penyamun, penyangak, pemenggal kepala rakyat. Cukup semua ciri2 nya. Tinggal tetak terus mampus kami rakyat marhein. Rakyat marhein berdoa siap malam agar mencukupkan rezeki kami tapi tetap jua Allah uji tuan menteri dgn kesenangan utk dikongsi tapi tuan tambah istidraj malahan bangga diri menyepak rakyat seperti bola..
Post a Comment