Wednesday, May 8, 2013

Mengapa kita perlu cemas dan khuatir?


Kepada sahabat2 semua, sebenarnya nekcun agak lemas dengan berbagai2 komen dan ulasan, samada di media cetak atau pun media elektronik atau pun hubungan di alam maya eg: facebook, twitter & blogs yang tidak habis2 bercerita tentang PRU13 yang sudah beberapa hari berlalu. 

Bagi nekcun, apalagi yang mahu kita pertikaikan kerana semuanya sudah berlalu dan terimalah hakikat bahawa itu semua adalah ketentuan yang ALLAH sudah aturkan. Samada yang menang atau yang kalah, sudah pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku kerana ALLAH yang maha mengetahui segalanya dan DIA yang maha mengetahui mengapa DIA melakukan itu semua.

Marilah kita berpandangan positif terhadap apa yang telah terjadi itu. Bagi nekcun, apa yang perlu sekarang ialah kita perlu lebih menumpukan kepada apa yang perlu ditingkatkan di dalam rohaniah setiap warga Malaysia, tidak kiralah samada kepada pemimpin atau pun rakyat marhain. Sekiranya kekuatan iman dan rohaniah semua rakyat Malaysia ini pada tahap yang tinggi, nekcun yakin segala pergeseran dan pertelagahan yang berlaku selama ini tidak akan sampai ke tahap yang membosankan seperti sekarang ini.

Nekcun teringat akan kata-kata seorang ustaz, apabila setiap rakyat & pemimpin hanya memikirkan tentang  kekuasaan ekonomi dan keperluan duniawi tanpa mempedulikan tentang kepentingan rohaniah, tidak mustahil sebuah negara itu boleh hancur kerana mereka telah meletakkan ALLAH jauh dari tujuan utama mengapa ALLAH menghidupkan mereka di dunia ini. Jadi marilah kita semua bermuhasabah dan tingkatkan usaha untuk membawa semua insan2 di sekeliling kita kembali kepada apa yang diredhai ALLAH sekiranya kita mahu negara kita terus maju dan sejahtera... 

Sekiranya setiap rakyat & pemimpin meletakkan ALLAH yang lebih utama di hati masing2, maka pasti  setiap kita tidak perlu bimbang walau siapa pun yang menjadi pemimpin kita kerana ALLAH sentiasa ada untuk menjaga kita... Ingatlah, rezeki kita adalah ALLAH yang menentukan, bukannya pemimpin kita atau sesiapa pun... Wallahualam.  


PRU13 selesailah sudah
Yang menang atau kalah janganlah lagi bertelagah
Kita rakyat marhain marilah bermuhasabah
Adakah pilihan kita itu diredhai ALLAH?

Sebelum ini ekonomi dan kewangan menjadi isu utama
Setiap kita merasa itulah yang penting bagi kita semua
Mengapakah itu yang mesti kita rasa?...
Bukankah ALLAH yang menentukan rezeki kita?...

Marilah meletakkan ALLAH yang utama di hati kita
Agar kita tidak perlu bergundah gelana
Lebarkanlah dakwah kita kepada semua kenalan kita
Agar perasaan dendam dan marah tidak lagi bermaharajalela

Jadikan peningkatan iman dan rohaniah sebagai objektif hala tuju
Agar segala usaha mendapat keredhaan ALLAH yang satu
Marilah kita bersatu untuk menjadi insaniah yang maju
Bukan sekadar ekonomi dunia tetapi juga akhirat yang wajib kita tuju… 

2 comments:

jeragang said...

setuju sangat dengan pandangan nekcun namun sekarang nie perasaan yang menguwap itu perlu disejukkan.... cukuplah meniru cara orang lain.. ikutlah cara kita orang islam... pimpinan pas dan pkr patut bole meintis jalan mengurang ketegangan...
adakah pihak2 tertentu yang tidak memihak mengusahakan pimpinan dari setiap parti politik kemeja rundingan, terimalah pilihan rakyat ikut sistem yang telah diperseujui sebelum ini.... kalu nak sistem baru bawalah keparlimen bahaslah... dan buat keputusan

Nek Cun said...

Betul... Nekcun setuju dengan komen Jeragang tu... apa guna kita risaukan yang telah berlalu? Kita perlu bimbang apa yang akan berlaku di masa hadapan sekiranya tiada peningkatan usaha untuk memperbaikki keadaan... Fikir ke depan bukan fikir apa yang telah berlalu...