Berdetap juga hati nekcun menahan geram apabila membaca komen/kritikan seorang penulis dalam Mingguan Malaysia 27/1/2013 berkenaan 'Penulisan Picisan' yang diadaptasikan ke filem atau drama. Bagi nekcun komen-komen beliau itu adalah amat 'bias' tanpa penyelidikkan yang teliti.
Bukan kerana nekcun ini seorang novelis sehingga menyebabkan nekcun merah muka menahan marah tetapi meletakkan diri nekcun sebagai seorang pembaca, nekcun merasakan apa yang dikomen oleh penulis itu tidak boleh diambil kira sebagai 100% betul walaupun ada beberapa fakta yang beliau katakan ada kebenarannya.
Pada pendapat nekcun, melabelkan novel-novel popular sebagai 'Penulisan Picisan' adalah agak keterlaluan kerana tidak semua novel-novel popular memaparkan kisah cinta murahan. Dan apa yang terjadi apabila novel-novel ini diadaptasikan ke dalam lakonan drama atau filem, tidak dinafikan banyak apa yang sebenarnya tertulis di dalam novel telah disalah gambarkan oleh pihak penerbitan drama/filem sehingga ada beberapa drama yang diadaptasikan dari novel-novel popular telah benar-benar lari dari cerita asal yang dituliskan di dalam novel. Dan itu dengan tidak secara langsung telah memesongkan 'message' asal yang dikemukakan oleh penulis novel sehingga penonton drama/filem menganggap cerita yang ditonjolkan adalah penulisan picisan.
Anggapan begitu adalah amat tidak adil, lebih-lebih lagi jika penonton atau pun pengekritik hanya melihatnya melalui lakonan drama/filem yang ditonjolkan sahaja tanpa terlebih dahulu menghayati apa yang sebenarnya tertulis di dalam novel berkaitan.
Maka, sukalah nekcun mengajak semua pengkritik-pengkritik penulisan atau drama/filem supaya tidak mem'bundle'kan semua novel popular sebagai penulisan picisan sebelum tuan/puan sendiri membaca dan menghayati tulisan yang dipaparkan dalam novel yang asal.
Sebagai contohnya, semua novel-novel nekcun memang tidak lari dari menceritakan tentang cinta kerana sebagai manusia kita tidak boleh lari dari cinta. Cinta bukan sahaja antara lelaki dan perempuan tetapi cinta juga ujud di hati manusia untuk ALLAH dan RasulNYA. Maka dengan itu setiap penulisan novel tidak boleh lari dari memperkatakan tentang cinta. Namun apa yang sering nekcun tonjolkan adalah kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan dan iktibar disamping ilmu-ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH dan RasulNYA.
Cinta manusia kepada ALLAH dan RasulNYA hanya dapat dihayati dan dirasakan oleh kita apabila ianya digambarkan melalui kisah-kisah yang terjadi antara cinta sesama manusia yang mana ianya dapat kita lihat dan rasakan. Jika rasa cinta kepada ALLAH dan RasulNYA tidak kita gambarkan melalui watak-watak manusia, bagaimana manusia akan dapat menghayatinya kerana sudah menjadi fikrah manusia bahawa mereka akan lebih rasa terkesan apabila sesuatu dalam dilihat atau dirasakan.
Bagaimana pun, apa yang nekcun tuliskan ini adalah sekadar pendapat peribadi nekcun. Maka terserahlah kepada kekawan semua untuk menilainya sendiri. Namun apa yang nekcun harapkan adalah agar para pengkritik tidaklah sewenang-wenangnya melabelkan semua novel popular sebagai penulisan picisan sekiranya dia sendiri belum membaca atau menghayati novel-novel tersebut. Tidak dinafikan kritikan yang membina akan mendorong kepada peningkatan kemajuan yang lebih tinggi, tetapi berilah kritikan yang adil berdasarkan fakta-fakta yang betul dan bukan mengambil sesuatu itu secara 'pakai borong' sahaja.
Nekcun sentiasa mendo'akan dunia penulisan novel popular di Malaysia ini akan terus maju dengan penghasilan novel-novel yang berkualiti di dalam usaha mendidik pembaca dan anak bangsa kepada manusia yang lebih berguna di dunia hingga akhirat. InsyaALLAH...
3 comments:
Kak Kam,
Saya pun merah muka bila baca artikel tu. Walaupun saya memang bukan novelis, tapi saya pembaca novel tegar... both Malay and English.. and I think it's not fair macam yang Kak Kam cakap, to bundle them as novel picisan. English novels pun banyak yang picisan... Tapi biasa la, orang barat punya semua tak nampak.
my two cents~
p/s: baru abis 3 novel Kak Kam, and mmg tak kecewa.. Tahniah Kak Kam and keep up the good work!
maza fikir ini salah tanggap kerana kesilapan berlaku dlm mentakrifkan dan mempergunakan novel sebgai alat promosi sesebuah filem.
perkara seumpama ini memang telah berlaku bukan setakan di Malaysia, malah novel2 cerita popular antarabangsa.
bagi maza, perihal sebegini ada kaitannya dengan Hak Cipta karya..
perkara ini perlu diperincikan lagi..
ahaks. kebetulan pula isu ini ada kaitannya dgn tesis maza.. hehehee
;)
salam,
itulah rupa wajahnya ulasan generasi baru nie... bagi saya ini jenerasi cut n paste tanpa penyelidikan mendalam.... basic statistik pun tak faham bila mengulas camner ulasan nak mendalam.... kalau nak hantar kepada jernal yang standard dah tentu saya rasa payah nak dibuat filler pun... saya beranikata sebab beberapa artikel yang diberi kepada saya sebagai referi memang teruk... itu pun dari orang yang dah ada phd...
harap nekcun tak merasa gusar sangat anggaplah macam komen bebudak nakal jer....mana mereka tahu nak go inside..... jeragang
Post a Comment