Apabila tiba sahaja Pesta Buku Antarabangsa KL, maka yang akan sebuk adalah para penerbit buku, penulis-penulis dan juga para pecinta buku, tak kiralah apa pun bentuk atau genre buku yang disukai kerana di PBAKL akan ada semua jenis buku.
Tak ketinggalan diri nekcun, walaupun hanya seorang penulis yang baru di dalam arena penulisan tetapi semangat untuk turut serta tu tetap berkobar-kobar, apatah lagi kalau ada beberapa kekawan yang selama ini banyak menyokong novel2 nekcun telah berpesan-pesan hendak berjumpa dengan nekcun. Lagi semangatlah nekcun nak ke PWTC tu!...
Dalam pada sebuk-sebuk tu adalah beberapa kekawan yang dah membaca novel2 nekcun bertanya, "I rasakan kebanyakkan hero-hero novel you semuanya lelaki-lelaki yang baik-baik ajer. Walaupun mereka tu agak ego sikit tetapi tetap loving, kenapa you suka watak macam tu?"
Huh!... pening juga nekcun nak jawab!... Tetapi hakikatnya, memang nekcun suka menonjolkan lelaki yang walaupun ego tetapi tetap ada rasa sayang dalam diri mereka kerana memang itulah fikrah lelaki kan?... Mereka punya ego tetapi mereka juga seorang yang penyayang. Kalau mereka tak penyayang, macam mana kita boleh mempunyai ramai suami-suami, ayah-ayah, abang-abang dan tidak ketinggalan majikan-majikan yang hebat-hebat di dunia ini? Dan yang seronoknya, nekcun sendiri sentiasa dikelilingin oleh lelaki-lelaki (arwah ayah, suami, abang/adik, anak & majikan) yang sebegitu...
Bagi nekcun, tidak semua lelaki jahat dan tidak semua wanita baik atau sebaliknya, walaupun sekarang ini kita boleh dengar dan lihat banyak kisah-kisah yang melibatkan lelaki kejam dalam kehidupan rumahtangga, kekeluargaan dan masyarakat tetapi itu hanyalah mungkin 1 dalam 1,000. Jadi mengapa kita harus menghukum bilangan yang ramai oleh kerana sikap bilangan yang sedikit itu?...
Bukankah Allah jadikan manusia lelaki dan perempuan untuk saling lengkap melengkapi dalam mengharungi kehidupan yang sementara sahaja di dunia ini. Maka janganlah kita terus menghukum secara negatif kepada sesuatu yang kita tidak suka tetapi marilah kita cuba bersikap positif dan terbuka untuk memperbaikki keadaan dengan memperbanyakkan do'a kepada Allah agar semua yang jahat hatinya (tidak kira lelaki atau perempuan) supaya dianugerahkan hidayah dan kembali ke jalan yang Allah redhai.
Dalam sedar atau tidak, setiap apa yang kita ucapkan adalah merupakan do'a. Maka sebab itulah nekcun suka bercerita yang baik-baik dalam kebanyakkan novel2 nekcun dengan harapan ianya akan juga menjadi do'a yang akan diterima Allah!... Wallahualam.
No comments:
Post a Comment