Hati nekcun jadi amat tersentuh apabila mendengar kisah yang Ustaz terangkan ketika nekcun menghadiri kuliah Ilmu pagi tadi. Entah mengapa ianya terus mengetuk-ngetuk dinding hati nekcun untuk berkongsi dengan kekawan semua agar dapat kita jadikan pengajaran dan peringatan. Ianya terlalu memberi kesan dalam hati nekcun…
Ceritanya adalah lebih kurang begini.
Ada seorang lelaki ini yang suka sangat men’download’ gambar-gambar porno atau lucah dari satu web provider. Dan lelaki ini pula dengan bangganya suka menunjukkan gambar-gambar itu kepada kawan-kawannya.
Biasalah orang muda… mereka amat teruja kalau dapat tengok benda-benda yang tak senonoh itu, maka kawan-kawannya pun teringin juga untuk nak membuat download benda-benda yang sama.
Namun perkara itu tidak boleh dibuat sewenang-wenang kerana hanya orang yang mendaftar dengan syarikat pengeluar gambar-gambar itu sahaja yang akan dapat download tersebut melalui email yang dibuat secara ‘auto send’ oleh syarikat tersebut.
Memandangkan lelaki itu telah pun melanggan dengan syarikat itu maka dia akan dapat email tersebut secara ‘auto send’ setiap kali ada gambar-gambar baru. Maklumat itu lebih lagi membuat kawan-kawannya semakin teruja untuk melihat gambar-gambar berkenaan.
“No problem!.. jangan risau…beri email address engkau orang. Aku akan setting kan untuk ‘auto send’ dari email aku kepada email engkau orang pada setiap kali email aku terima download gambar tu dari supplier tu!.. So, bila aku dapat, engkau orang pun automatic boleh dapat gambar-gambar itu!..” saran lelaki itu dengan bangganya.
Maka berebut-rebutlah kawan-kawan baiknya memberi email address mereka, dan sememangnya perkara itu benar-benar berlaku sehinggalah suatu hari lelaki tadi telah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya dan telah meninggal dunia.
Kawan-kawan lelaki yang berkongsi gambar-gambar porno/lucah itu jadi agak terkejut apabila telah beberapa minggu lelaki itu meninggal dunia tetapi mereka masih lagi menerima email dari lelaki itu yang mengongsikan gambar-gambar yang diterima dari syarikat supplier.
Kawan-kawan lelaki itu jadi takut kerana masih menerima email dari orang yang sudah mati. Mereka tidak dapat bertanya kepada kawan mereka itu kerana lelaki itu telah pun beberapa minggu di dalam kubur atau perkataan lain di alam barzah, tetapi emailnya di dunia ini masih aktif menghantar perkara-perkara maksiat itu.
Ada salah seorang kawan mereka yang tahu serba sedikit ilmu ugama dan berasa amat kasihan kepada arwah lelaki itu, lalu mereka menghubungi syarikat supplier yang mengeluarkan gambar-gambar itu supaya menghentikan penghantaran kepada email lelaki yang telah mati itu.
Tetapi syarikat itu memberitahu yang mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana lelaki itu telah pun melanggan kontrak dengan syarikat itu untuk beberapa tahun dan semua jumlah bayaran telah dijelaskan dan memandangkan penghantaran gambar-gambar itu adalah atas arahan system ‘auto send’ maka mereka tidak dapat memberhentikan penghantaran itu melainkan jika tuan punya email memberhentikannya sendiri. Semua kawan-kawan lelaki itu yang terlibat jadi tergamam kerana tiada siapa yang tahu ‘password’ email lelaki itu, maka tiada siapa pun yang dapat memberhentikan email lelaki itu selagi system ‘auto send’ itu berfungsi.
Bukankah Allah SWT melalui Rasulnya Nabi Muhamad SAW telah mengatakan:-
Akan terputus semua amalan baik dan pahala anak Adam ketika mereka sudah mati melainkan 3 perkara iaitu:-
1) Ilmu yang baik yang boleh dimanfa’atkan oleh insan lain di dunia dan akhirat. Selagi mana ilmu itu memberi kebaikan kepada orang yang menerimanya, maka selagi itulah simati mendapat pahala.
2) Amalan soleh yang berpanjangan, selagi mana orang yang menerimanya mendapat kebaikan maka selama itu jugalah simati akan mendapat pahalanya.
3) Do’a-do’a dari anak yang soleh dan solehah.
MasyaAllah!... Astagfirullahalazim… cuba bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada roh lelaki itu di dalam kubur selama mana emailnya di dunia ini masih menerima secara ‘auto receive’ dan kemudian meng’auto send’ pula kepada kawan-kawan yang lain akan perkara-perkara maksiat itu? Na’uzubillah!..Tidak berani nekcun hendak memikirkannya.
Jadi, apa yang ingin nekcun kongsikan di sini ialah, walau macam mana canggihnya teknologi komunikasi kita sekarang ini, berhati-hatilah ketika menggunakannya. Janganlah kita begitu ghairah sehingga boleh menjadikan kita tersalah guna kecanggihan teknologi itu, yang mana akhirnya kita yang akan merana selamanya, bukan sahaja di dunia tetapi juga sampai ke akhirat.
Semoga kita semua akan dijauhkan dari perkara-perkara yang mungkar itu kerana kita tidak tahu entah bila ajal kita akan sampai. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mencabut nyawa kita, maka biarlah kita mati di dalam keadaan yang diredhai oleh Allah dengan membawa pahala yang tidak henti-henti dan bukannya dosa yang berpanjangan… Sesungguhnya Dunia ini adalah jambatan ke Akhirat, maka gunakanlah jambatan itu sebaik-baiknya supaya kita akan sentiasa selamat sejahtera ketika sampai di Akhirat kelak. InsyaAllah & Wallahualam!...
7 comments:
salam nek cun...lama tak singgah sini
membacanya mengingatkan saya pada perkara serupa...wanita2 yg suka dan seronok mengupload gambar2 tak menutup aurat kat fb/blog/twitter..
bukankah dia akan mendapat dosa walaupun setelah meninggal..selagi gambar2 tu ditatap oleh2 lelaki2 bkn muhrimnya...
glup! aderkkk.. ngeri sudah..
kalau mcm ni, elok syer password dgn isteri..
err.. tapi, tapi, tapi.. hehehehe
Assalamualaikum..
terkedu sekejab mendengarnya..
situasi begini, jadi renungan bersama. moga jadi peringatan..
Bole dikongikan tak cerita ni..
Salam Kamsiah, memang betul tu... sebab itulah jangan salahguna kecanggihan teknologi kerana dikhuatiri ianya akan menyiksa kita pula di alam barzah nanti... Na'uzubillah...
Eeeeiii Maza!... kenapa pulak takut nak share password dengan isteri? Mesti ada apa-apa nie!...huh!... Nie yg buat nekcun kena korek rahsia lagi nie... hehehe...
Salam Sal, silakanlah untuk kongsi citer ni dengan kekawan lain... Perkara dan tauladan yang baik memang elok dikongsikan..
Alhamdulillah.... dapat kita pelajari dari banyak segi dalam kesah nie.... terima kasih nek cun kerana kongsi disini.......
Post a Comment