Eeemm... semenjak dua menjak sepanjang bulan Disember ni, setiap hujung minggu nekcun dan atok tak dapat nak ke mana-mana kerana asyik sebuk memenuhi undangan perkahwinan anak-anak saudara mara dan sahabat handai. Kekadang tu, walaupun penat tetapi seronok juga sebab dapat makan 'free' sajer... hehehe... sampai nekcun selalu kena ingatkan atok supaya 'control' sikit bila makan tu sebab takut kalau-kalau darah atok tetiba jer naik pulak!.. Maklumlah kalau dah umur-umur warga emas nih!...
Tetapi apa-apa hal pun sukalah nekcun ucapkan tahniah kepada semua pasangan pengantin baru yang telah atau pun akan melangsungkan perkahwinan mereka kerana 'bernikah / berkahwin' bagi insan-insan yang sudah mampu adalah amat disukai Allah. Malah ada hadith yang menyatakan bahawa adalah wajib bagi seseorang yang sudah mampu itu untuk bernikah / berkahwin sekiranya dia khuatir akan terjerumus kepada maksiat. Sesungguhnya syaitan dan iblis akan menangis ketika orang-orang Mukmin dan Mukminat bernikah / berkahwin secara sah.
Sesungguhnya banyak 'pahala' yang akan didapati oleh seorang lelaki yang berkahwin sebagaimana yang diberitahu oleh ustaz-ustaz ketika nekcun menghadiri beberapa kelas ilmu dahulu iaitu sebahagiannya adalah lebih kurang seperti berikut:-
1) Ketika lelaki menerima lafaz nikah, dia akan dapat pahala.
2) Lelaki yang menjaga segala keperluan isterinya, akan dapat pahala.
3) Lelaki yang melindungi isterinya dari sebarang maksiat, akan dapat pahala.
4) Lelaki yang membimbing isterinya ke jalan yang diredhai Allah akan dapat pahala.
5) Lelaki yang melihat isterinya akan dapat pahala.
6) Lelaki yang memegang isterinya akan dapat pahala
7) Lelaki yang mencium isterinya akan dapat pahala
8) Lelaki yang mensetubuhi isterinya akan dapat pahala
9) Lelaki yang kembali kepada isterinya sekiranya digoda di luar rumah, akan dapat pahala
10) Lelaki yang menjadi imam ketika solat dengan isterinya akan lebih berganda-ganda dapat pahala.
Secara dasarnya, apa sahaja perkara-perkara yang tidak dilarang oleh syarak, yang dilakukan oleh seorang suami dengan isterinya akan mendapat pahala. Jadi, bukankah perkahwinan itu satu anugerah dari Allah kepada makhluknya yang sentiasa beriman dan bertakwa kepada Nya?... Maka memang elok sangatlah bagi semua teruna dara yang sudah mampu itu bernikah/berkahwin secara sah, bagi mengelakkan dari terjerumus ke kancah maksiat akibat dari hubungan lelaki dan wanita yang bukan mahram.
Sekali lagi sukalah nekcun mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga jodoh kalian kekal sepanjang hayat kepada semua yang telah atau yang akan memasukki gerbang berumahtangga.
p/s: Eeeemmm... tetiba jer nekcun teringat masa mula-mula membina hidup baru dengan atok dahulu!... alangkah indah dan nikmatnya!... hehehe... Alhamdulillah, nekcun amat bersyukur kerana Allah masih memberi nikmat itu walaupun ianya sudah hampir 35 tahun dahulu...
2 comments:
Banyaknya pahalanya org yg berkahwin..
memang eloklah berumah tangga jika dah bersedia cuma kadangkala jodoh anak2 kita yg lambat pula..
Assalamualaikum,
Banyaknya pahala..
Banyak juga dosa bagi lelaki yang
Tidak memberi nafkah zahir kpd isterinya
Apabila makan, minum, pakai, belanja anak2 semua ditanggung isteri kann...?
Banyak juga dosa suami yg tidak pernah membimbing isteri mengenal dan mendekati Illahi,
Banyak juga dosa suami yg mengganggap isteri sekadar teman tidur
Dan di waktu lain punya ramai penghibur bunga2 malam...
Dan perkahwinan bertukar menjadi neraka.
Sekadar mencuit jiwa...Berbahagialah bagi mereka yg bertemu dgn pasangan solleh dan sollehah. Permisi.
Seseorang itu tidak dianggap beriman selagi dia tidak diuji. Salam ziarah.
Post a Comment