Tuesday, December 6, 2011

Adegan Ranjang... Siapa tanggung dosa?....

"Hah?.. Adegan Ranjang?.. Laaa... hari tu ada I baca pasal bukan main lagi ramai orang yang ajak baikot filem 3P... eeerrrr... entah 3P ke 3G... I pun tak ingat, sebab I bukan kaki wayang,  yang memaparkan adegan ranjang. Tapi kali ni filem yang ada adegan ranjang ni pulak yang meletop-letop ya?... Apa citer ni?.." terbeliak biji mata Kak June mengomen apa yang dikatakan oleh Kak Gee.


Novel-novel Nekcun yang ada di pasaran

"Iya!... anak I pergi tengok citer tu sebab mereka dah baca novelnya dan mereka kata sedap, jadi mereka nak tengok pulak macam mana kalau dalam filem!.. Itulah yang mereka komen!.." Kak Gee menguatkan hujahnya.

"Betul!.. betul!.. I pun ada baca dalam fb yang di'post'kan oleh kawan fb I yang mengatakan ada blog sorang artis yg dah insaf tu komen juga pasal kes ni!.. tapi yang jadi tambah tak sedap tu, bila artis wanita yang melakunkan watak untuk adegan atas ranjang tu sempat sebut lagi... 'Alhamdulillah... saya akhirnya dapat juga menjiwai watak atas ranjang tu walaupun pada mulanya saya agak ragu-ragu!..' You tau, macam itulah lebih kurang dia kata!.. MasyaAllah, perkara yang terang-terang maksiat itu dia boleh bersyukur kepada Allah dengan menyebut Alhamdulillah bagai nak menunjukkan yang dia tu seorang Islam yang baik!.., Itu betul-betul 'Islam yang jahil' namanya!.. Betullah... walaupun secara asalnya citer tu adalah pasal citer pasangan suami isteri yang sah dan tak salah untuk 'beranjang-ranjang'... tapi apabila adegan itu dilakunkan dan yang melakukannya adalah lelaki dan wanita yang bukan suami isteri maka terang-teranglah ianya 'haram' dan merupakan dosa bagi yang melakukannya!... Ada ke patut dia bangga kerana berjaya melakunkan adegan yang haram itu dan berani lagi menyebut Alhamdulillah?.. Ungkapannya tu bagaikan mengatakan bahawa perbuatan pelok memelok antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu 'halal' kalau hanya untuk lakunan!.. Tidakkah itu sudah melanggar hukum Allah namanya?... Astagfirullahalazim... tak tahukah dia bahawa melanggar hukum Allah itu adalah berdosa!.. Entahlah... apa nak jadi dengan artis-artis Islam sekarang ni!..."  Kak Zah pula berleter panjang menerangkan perkara yang berlaku.  

Nekcun yang mendengar leteran Kak Zah tu, rasa nak tergelak juga bila mendengar dia menyebut perkataan 'beranjang-ranjang' tu kerana agak pelik juga kedengarannya. Tapi sebenarnya nekcun fahamlah apa yang Kak Zah maksudkan tu, cuma disebabkan rasa geramnya tu kot yang membuatkan dia boleh mendapat perkataan yang menggelikan hati nekcun tu!...

"Habis tu... kalau dah pengarah suruh dia buat adegan tu, terpaksalah dia lakunkan juga agaknya!.." komen Kak Gee pula.

"Jadi kalau macam tu, siapa yang patut tanggung dosa? Pelakon? Pengarah? Penulis skrip? atau penulis novel yang menghasilkan cerita tu?..." Kak June pula menyampuk sambil bertanya.

"Hahaha!... pasal penulis novel, jangan sebut aaaahh... Selalunya penulis novel menulis berlandaskan cerita dan situasi yang bukan mustahil untuk terjadi serta sering boleh berlaku dalam kehidupan harian kita dengan tujuan untuk dijadikan iktibar atau tauladan!... Jadi apa yang ditulis itu tidak salah dan tidak melanggar hukum Allah kalau dengan tujuan menerangkan fikrah yang memang dilakukan oleh semua manusia dan ianya digambarkan agar pembaca dapat menilai situasi itu samada elok untuk diikuti atau pun untuk dijadikan iktibar!.. Lagi pun, penulisan di dalam novel tidak melibatkan 'perlakuan jasmani' secara fisikal yang boleh menjadikan 'sentuhan haram' antara lelaki dan perempuan. Semuanya digambarkan secara ilusi sahaja. Jadi, bagi pendapat saya, penulis novel tidak boleh disalahkan dalam perkara ini!.. Penulis script, pengarah dan pelakon sepatutnya tahu batas-batas hukum ugama yang perlu mereka patuhi!.." segera nekcun memintas.

"Oh ya!.. lupa pulak Hajjah ni kan penulis novel!..." ujar Kak June sambil tersenyum nakal.

Nekcun faham apa yang dimaksudkan oleh kawan nekcun tu dan nekcun tidak berkecil hati. Tetapi hakikatnya nekcun menyatakan pendapat nekcun itu bukanlah disebabkan pasal nekcun ni seorang penulis novel tetapi ianya adalah berdasarkan pendapat yang nekcun rasakan benar dan harus difikirkan secara rasional. Jangan salahkan orang lain kalau kita sendiri tidak tahu apa yang kita lakukan itu salah atau pun benar.
 
Jadi dalam hal adegan ranjang dan perilaku pelakon... nekcun rasa, "tepuk dada tanyalah selera" kerana jika mereka yang terlibat itu benar-benar memahami hukum Islam mereka patut tahu apa yang perlu mereka lakukan... Yang haram tetap haram dan melakukan perkara yang haram walaupun sekadar berlakun tetap berdosa!... Nekcun sekadar berkongsi kesah yang boleh kita fikir-fikirkan dan jadikan iktibar bersama!.. Wallahualam...

3 comments:

dkama said...

ni lah dia wabak dosa... jankitan dia buat ramai lagi berdosa... haha

maza said...

..psst; org yg tengok filem tu pun salah hemat tanggung dosa sama.. ahaks. hehehhehe

Nek Cun said...

Salam Dkama, apa khabar? Lama tak dengar berita... memang betul, kalau kita tidak berhati2 menilai yang mana baik dan yang mana buruk untuk dijadikan tauladan, maka akan mudahlah kita 'terjangkit' dosa yang kita tak sedar tu...

-------

Salam Maza, itu nekcun tak beranilah nak kata, kerana hanya Allah yang tahu siapa yang berdosa dan siapa tidak... Namun apa yang mampu kita lakukan hanyalah memohon keampunan dari Nya setiap masa...