Friday, October 29, 2010

Sanggupkah kita berQurban?...



Pejam celik pejam celik kita sudah pun hampir kepada bulan Zulhijjah tidak lama lagi. Bulan yang memberi pahala ‘pengurbanan’ bagi umat Islam iaitu pengurbanan dari segi penyerahan jiwa dan hati kepada Allah dan juga pengurbanan tenaga di dalam melaksanakan rukun-rukun ibadah Haji. Disamping itu, bagi umat Islam lain yang tidak berkesempatan melakukan ibadah Haji juga adalah digalakkan ‘berqurban’ dengan menyembelih binatang ternakkan berkaki empat untuk diberi makan kepada fakir miskin dan insan-insan yang memerlukan.
Adapun perkataan ‘Qurban’ adalah diambil dari perkataan Arab ‘Qarib’ iaitu dekat atau rapat. Maka ‘Qurban’ yang dilakukan pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyriq adalah mendekatkan atau merapatkan diri dengan Allah. Adalah dijelaskan bahawa hukum untuk melakukan qurban ini adalah ‘sunat muaqat’ atau sunat yang dituntut bagi insan-insan yang mampu.
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” (Surah al-Kauthar – ayat 2).
Sebenarnya ada beberapa lagi ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang menuntut untuk orang-orang mukmin & mukminat mengerjakan ibadah Qurban. Jadi nekcun rasa, sebagai seorang mukmin yang sentiasa bersyukur kepada Allah, marilah kita sama-sama menginfakkan sedikit dari rezeki kita untuk melakukan ibadah Qurban pada tahun ini kerana terdapat banyak hikmah dan kebaikkan dari ibadah qurban ini seperti yang diberitahu oleh ustaz:-
1) Untuk menambahkan pahala amalan kita kerana kita tak tahu berapa banyakkah amalan kita yang telah diterima Allah.
2) Untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita masa lalu. (Dengan syarat kita sentiasa menjaga solat dan ibadah-ibadah lainnya).
3) Untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. (Melaksanakan perintah Allah).
4) Untuk menambahkan keberkatan rezeki yang diberi Allah.
5) Sebagai tanda syukur kepada nikmat Allah.
6) Sebagai tanda kekuatan ekonomi Umat Islam
7) Sebagai menunjukkan kefahaman orang Islam terhadap ajaran Islam
8) Sebagai sedekah orang kaya (orang yang mampu) kepada orang miskin.
9) Mengikut jejak langkah syariat Nabi Ibrahim sebagaimana yang diikuti juga oleh Nabi Muhammad SAW.
10)Untuk sebagai kenderaan di akhirat.
Nekcun percaya ramai dikalangan kekawan semua adalah dari gulungan yang lebih dari mampu untuk melakukan ibadah Qurban yang tak seberapa itu, kerana jika kita boleh tanpa sebarang soal membayar bayaran bulanan sekurang-kurangnya RM68-00 sebulan untuk sewa Astro setiap bulan, maka apalah sangat kalau dibandingkan dengan harga lebih kurang RM350-00 untuk satu bahagian lembu Qurban yang hanya setahun sekali itu. Tambahan pula, kalau di dunia ini kita boleh membeli kenderaan berjenama yang beratus-ratus ribu ringgit untuk mendapatkan keselesaan ketika ke sana ke mari, mengapa kita tidak mahu mempunyai kenderaan yang canggih juga ketika meniti Siratulsirat kelak!..
Semoga apa yang nekcun coretkan ini akan dapat kita hayati bersama, sekadar nekcun ingin mengingatkan diri nekcun sendiri dan juga berkongsi sedikit ilmu dengan kekawan yang sentiasa nekcun kasehi… Marilah kita berpesan-pesan walaunpun hanya sebaris ayat!... Wallahualam…

6 comments:

maza said...

maza pernah tengok lembu disembelih di masjid....tak sanggup seh, siap maza sendiri yg menangis tu..aderkk

hahahha

dfario said...

Setuju dgn pandangan Nek Cun... sebenarnya, semua yg ada Astro dan hisap rokok mampu menjalankan ibadah Qurban... Hukum ibadah ini sebenarnya Sunnat Muakkad...which means sgt2 digalakkan dan yg paling hampir dgn wajib... kos Qurban.. 1 bhg x sampai pun RM 400 setahun... Kos rokok & Astro pun dah beratus sebulan... malu dgn Allah S.W.T. kalau kita yg dah diberi pelbagai nikmat tak sanggup nak buat Qurban walaupun setahun sekali utk Allah S.W.T.... renung-renungkanlah...

Tie said...

Tie dan suami dah lama tak buat Qurban. Tahun ni pun tak boleh, sebab suami ada urusan lagi di pagi raya, huhu.. Leceh bila kerja macam ni.

Biasa kami buat Qurban di Klate, dan bila buat Qurban, kena buat makan-makan sekali. Memang seronok betul.

sal said...

salam Nek Cun. tERKESAN dengan kuliah pagi di sini dengan tajuk 'korban'..

noorlara said...

Nek Cun,
really good info.
Terima kasihjuga atas komen yg panjang lebar mengenai kawan saya yg bermasalah rumahtangga tu.Ia sedikit sebanyak membantu saya dalam membantu beliau mencari jln keluar.

izman said...

setuju dgn nekcun. inilah masa yg berkemampuan memberi sedikit pd yg kurang.