Thursday, July 8, 2010

Tahniah, rakan-rakan novelis tersohor!...

Minggu ini nekcun agak sebuk sedikit kerana banyak pula aktiviti yang kebetulan perlu dihadiri di sepanjang minggu.

Petang tadi baru nekcun sampai kembali di rumah setelah 3 hari 2 malam terpaksa 'berkurung' dan boleh dikirakan '2nd honeymoon' dengan atuk. Dan dengan sebab itu juga nekcun terpaksa batalkan tugas-tugas lain untuk tiga hari tu...
Tapi, apa yang nekcun nak cerita ni bukanlah pasal '2nd honeymoon' nekcun tu, tapi pasal majlis lawatan Dato' Seri Najib Tun Razak, yang mana juga telah melancarkan akhbar SINAR Harian di Kumpulan Karangkraft pada hari Selasa 6/7/2010.
Nekcun rasa seronok sangat bila pihak Kump. Karangkraft telah juga menjemput nekcun untuk turut serta memeriahkan lawatan YB, PM kita tu, walau pun nekcun tidak dapat berlama-lama di sana kerana perlu pula berkejar ke tempat 'berkurung' tu.


Bagi nekcun acara sebegitu memang nekcun tidak akan lepaskan peluang kerana pada acara-acara begitulah dapat kami para novelis Kump. Karangkraft berjumpa dan bermesra-mesra.
<> nekcun bersama novelis tersohor Esya Sofea, Anis Ayuni & Dmya Hana

Nekcun seronok sangat dapat berjumpa dengan beberapa rakan-rakan novelis yang sudah 'established' dan memang telah lama mewarnai dunia novel Melayu popular di Alaf 21 dan Buku Prima termasuklah novelis-novelis tersohor yang telah dianugerahkan 'golden awards' oleh YB, Dato Seri Najib iaitu novelis Ramlee Awang Murshid, Esya Sofea, Anis Ayuni, Sharifah Abu Salim dan Dmya Hana.
Bila semua novelis-novelis berjumpa dan berbual mesra begitu memang menyeronokkan dan sentiasa tak kering gusi. Tambah-tambah lagi dengan kehadiran novelis-novelis seperti Meen Zulaikha, Ramlah Rashid, Iris Ixora, Eka Fahara dan Afiqah Farzana yang sentiasa ada sahaja idea yang hendak dibualkan.
Namun apa yang nekcun rasa seronok ialah apabila mereka semua terus memanggil nekcun dengan panggilan manja 'nekcun' dan bukannya KA. Tapi nekcun tak kisah, malahan nekcun memang seronok kalau kekawan yang mengenali nekcun memanggil nekcun dengan panggilan manja itu!.. sebabnya.... ada perkataan 'cun' tu.... hehehe... (perasanlah pulak nenek ni!..)

Dikesempatan ini sukalah nekcun mengucapkan tahniah kepada lima orang novelis tersohor yang telah dianugerahkan 'golden award' oleh YB, Perdana Menteri kita itu kerana novel-novel mereka telah terjual melebihi 300 ribu setiap judul. Nekcun turut bangga kerana ini membuktikan bahawa novelis Melayu juga boleh duduk setanding dengan novelis-novelis luar negara. Semoga semua rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan kepada novel-novel Melayu kerana pada pendapat nekcun, kualiti novel-novel Melayu tidak kurang juga hebatnya dari novel-novel Barat atau pun Indonesia.
p/s: Teringin nak jadi novelis tersohor macam rakan-rakan yang 5 orang tu... Tak tahu bilalah agaknya novel nekcun nak mencecah jualan macam novel-novel mereka ya?.... Nekcun selalu berdo'a agar satu hari nanti novel-novel nekcun juga akan mendapat sambutan di pasaran dengan jumlah yang sedemikian. InsyaAllah, semoga Allah akan memakbulkan do'a dan harapan nekcun ini, kerana nekcun percaya Allah itu maha Pengasih lagi maha Penyayang.

9 comments:

Mak Su said...

wah, meriahnya..... tahniah!

teringin nak jadik anak murid nekcun :)

sal said...

Salam nekcun..moga pertemuan dengan kumpulan penulis ini mencetuskan idea dan motivasi bagi menghasilkan lebih banyak penulisan kreatif di masa2 akan datang..Ameeen..

noorlara said...

Insyaallah satu hari nanti impian yg disulami dengan usaha gigih dan doa tanpa henti akan menjadikannye realiti.

Kamsiah yusoff said...

semuanya vogue novelis wanita tu...

Tie said...

Sekarang ni pun nekcun seorang novelis yang tersohor gak.

izman said...

insyaallah.

Nekcun said...

Salam Su, terima kasih di atas ucapan tu. Tapi... su nak jadi anak murid nekcun dalam 'subject' apa ye?... kalau pasal nak belajar jaga cucu, boleh ler!... hehehe....

Nek Cun said...

Salam Sal, memang betul!.. bila jumpa dengan penulis2 yang lebih berpengalaman, macam2 idea yang boleh dipelajari...

----

Salam Lara, terima kasih di atas ucapan dan motivasi yang diberikan. Sokongan kekawan memang amat nekcun perlukan dan hargai..

Nek Cun said...

Salam Kamsiah... novelis yang lain2 to memanglah vogue, tapi nekcun ni malu pulak kalau dikatan vogue sebab takut cucu kat umah gelak pulak!... hehehe..

----

Salam Tie, terima kasih diatas ucapan itu kerana ia juga merupakan satu do'a yang baik!...

----

Salam Izman, Terima kasih dan InsyaAllah... sokongan kekawan semua memang nekcun amat hargai...