Saturday, July 31, 2010

Ma'afkan daku, wahai sahabat-sahabatku!..

Pejam celik pejam celik, tak sedar kita dah hampir ke penghujung Syaaban, dan tak berapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak pulak. Alhamdulillah, kalau dipanjangkan umur lagi dalam beberapa hari ni, dapatlah nekcun merasa lagi menyambut Ramadhan yang barakah ini.

Sebenarnya kekadang tu berdebar juga hati, takut-takut kalau tak dapat jumpa lagi bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Iyalah!... ajal maut itu kan Allah yang menentukan dan kita tak tahu pun bila masanya akan sampai untuk kita. Mungkin hari ini kita sehat walafiat, tiba-tiba esok lusa dah dipanggil untuk mengadapNYA. Maka, kita sebagai hambaNYA harus redha akan apa pun yang diaturkanNYA untuk kita.

Sehubungan bulan Ramdhan Al-Mubarak ini, sukacitalah nekcun nak minta ma'af pada semua kekawan yang mengenali nekcun, dan semoga siratulrahim antara kita akan terus terjalin di dalam mengukuhkan ukhwah sesama Islam. Disamping itu, semoga amalan puasa kita akan diterima dan diberkati oleh ALLAH SWT.

"Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang-orang yang menyekutukan ALLAH dan juga orang-orang yang memutuskan siratulrahim sesama insan".

Lanjutan dari firman di atas itulah, nekcun mengambil kesempatan ini memohon ampun dan ma'af dari semua kekawan sekiranya ada nekcun terkasar bahasa selama kita berkenalan dan amat diharapkan persahabatan kita akan terus kukuh sehingga ke akhir hayat. Janganlah kita memutuskan siratulrahim hanya disebabkan berkecil hati di atas kesilapan kekawan kita yang mungkin tidak disengajakan. Mema'afkan sesama insan adalah sesuatu yang amat ALLAH sukai.

Selamat menyambut bulan Ramdhan Al-Mubarak kepada semua kawan-kawanku!... Semoga segala amalan kita semua akan lebih diberkati dan diterima oleh ALLAH. InsyaAllah.

4 comments:

izman said...

ye, sama2lah kita bermaafan dan melakukan lebih amal kebajikan sempena kedatangan bulan ramadhan nanti.

Kamsiah yusoff said...

salam puan...
insya Allah minggu depan kita akan menghadapi bulan penuh kemuliaan,bulan yg ditunggu2 oleh semua umat islam...

emafha said...

salam..

ramadan bakal menjelma..sedihnya kerana sahabatku telah memutuskan silaturahim dgnku,kerana masalah yg disengajakan pihak lain.kerana perlu menurut wasiat,dia sanggup meninggalkan aku,memutuskan persahabatan yg begitu akrab.ramadan yg lalu lagi kejadian ini,kini ramadan bakal tiba tak beberapa hari lagi,harap-harap ramadan ini akan terbuka pintu hatinya,utk bertaut kembali persaudaraan dan persahabatan ini...

sal said...

Salam ramadan buat puan. Moga bulan yang mulia memberi lebih penghayatan dalam melakukan ibadahnya dan melatih kita menjadi hamba yg sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmatNya.Amin