Masa nekcun pergi ke kedai runcit yang berhampiran rumah nekcun pagi tadi kerana hendak membeli kelapa parut, nekcun terdengar seorang pakcik tu bertengkar dengan tauke kedai.
Hangat juga pertengkaran mereka itu, tetapi nasib baiklah tauke kedai tu tahu etika menghormati pelanggan, maka akhirnya pertengkaran itu dapat diselesaikan dengan amannya.
Pakcik : "Kenapa pulak harga gas ni jadi RM16.30? Dulu kan hanya RM14.90 sen sahaja?"
Tauke: "Harga gas dah naik, pakcik."
Pakcik: "Iyalah... itu pakcik tahu! Kan kerajaan kata naik 10 sen sahaja sebab nak kurang subsidi, tetapi kenapa kedai kamu naikkan sampai RM1.40 sen? Kamu nak tipu pembeli ya?" sergah pakcik tu, seolah marah benar kerana tauke kedai cuba menipunya.
Tauke: "Apa pulak saya tipu, pakcik!.. betullah Kerajaan kata gas naik 10 sen, tapi itu untuk satu kilo, sedangkan kapasiti gas dalam tong ni 14 kilo, jadi kenaikan satu tong gas adalah RM1.40 sen lah!.." balas tauke kedai tu dengan suara yang tenang dan sabar.
Pakcik: "Eh!.. kalau gitu kenapa Kerajaan beria-ia mencanang kata kenaikan harga petrol dan gas tidak akan membebankan rakyat iaitu 5 sen dan 10 sen sahaja!.. Dah tu semua orang yang di interview dalam TV pun bukan main lagi menyokong!... Kenapa mereka tak terangkan betul-betul perkara ini pada rakyat macam pakcik ni?.. Nampaknya kami rakyat marhain ni tertipu lagilah ya?.." ujar pakcik tu meluahkan perasaannya sambil mengeluh.
Tauke: "Itu saya tak berani nak komenlah pakcik!.. bukan pakcik rakyat marhain sahaja yang susah sekarang, kami peniaga-peniaga runcit pun terkena juga percikkannya bila kerajaan nak menyelaraskan subsidi sekarang ni!.."
Pakcik: "Hah!.. itu satu lagi. Kata penyelarasan susbsidi adalah kerana tidak mahu orang yang tidak layak mendapat subsidi turut mendapat faedahnya dan sebab itulah susbsidi dikurangkan. Habis tu rakyat marhain macam pakcik ni, warganegara yang sah yang telah berkorban membangunkan negara sejak zaman sebelum merdeka dulu, macam mana? Bukankah pakcik layak mendapat subsidi barangan tu? Jadi bolehkah pakcik bayar harga gula dengan harga RM1.65 lagi sekarang walaupun harga setelah pelarasan subsidi jadi RM1.90 sen?" soal pakcik tu dengan naifnya.
Nekcun tengok tauke kedai itu hanya menggeleng, namun jelas nampak riak simpatinya pada pakcik itu.
Berdetik juga hati nekcun bila mendengar pertengkaran mereka itu. Ada juga betulnya apa yang dikatakan oleh pakcik tu!.. Tak semua rakyat marhain faham akan tektik bagaimana pelarasan subsidi ini dilaksanakan. Dan yang paling mustahak bagi mereka, mengapakah rakyat marhain warganegara yang sah, yang telah banyak berkorban untuk negara tercinta juga perlu menderita kerana pelarasan subsidi ini hanya kerana Kerajaan mahu mengurangkan defisit negara yang semakin meningkat? Siapakah yang telah merasa 'manisnya' sehingga defisit negara meningkat begitu banyak? Adakah orang-orang kampung yang masih perlu kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang?
Nekcun benar-benar tidak berani hendak menjawab persoalan ini kerana, siapalah nekcun untuk memberi jawapan!...
p/s: Ada kekawan nekcun yang memberi komen pada N3 yang terdahulu supaya kita bertukar. Bertukar apa ya?... tukar tong gas ke?....hehehe... sendiri mau ingatlah kan beb!..
6 comments:
salam puan Kamsiah..
hmmm...suka atau tidak,kita kena terima hakikat...takde brg yg turun harganya...makin naik,makin naik...rm50 skrg...mcm rm5 dulu...
salam.Kalau harga petrol naik..yang lain pun berlumba2 nak naikkan harga,ambil kesempatan .menangguk di air keruh .pengguna yang akan tersepit, mereka terpaksa membeli kerana menda yg hendak dibeli adalah barang keperluan..kalau tak , tak berasaplah dapur..hee hee
Kita ni sentiasa berjimat, tapi bila harga barang makin naik, tak tahulah nak jimat tang mana lagi.
Kalau dok kat kampung boleh gak guna kayu api nak masak, hehe...
Salam Kam, memang duit sekarang dah macam tak ada value lagi... tak tahulah nak jimat macam mana lagi...
----
Salam Sal, bila bulan posa ni, lagi teroklah nampaknya. Mesti harga makanan di pasar Ramadhan mau berganda-ganda harganya... gorng telor ajer lah, nampaknya!... hehehe..
----
Salam Tie, ada lagi ke dapor guna kayu api?... hehehe...
well said nekcun! Well said..huhuhu
terharu maza membacanya....
perkara ini sentiasa dibangkitkan setiap kali harga barangan naik tapi sampai sekarang dok tahap tu jugak, nampaknya banyak lagi projek yg lebih penting demi PRU13 dari mendengar rintihan rakyat. Anyway anggaplah kejaan dah buat yg terbaik utk kita semua
Post a Comment