Sunday, July 18, 2010

Asyik naik sajer... bila nak turun?


Semalam nekcun pergi pasaraya yang dekat dengan rumah nekcun untuk beli sedikit barang keperluan dapur.
Macam biasalah kalau hujung minggu, orang akan ramai di pasaraya dan que nya agak panjang ketika hendak membayar.

Dalam masa menunggu que tu nekcun terdengar satu couple yang berbaris di belakang nekcun berleter pasal harga barang-barang dah mula naik terutamanya harga gula dan telor ayam.
Isteri: "Minyak petrol naik 5 sen, kenapa gula kena naik 25 sen?"
Suami: "Kerajaan nak kurangkan subsidi sebab negara dah banyak defisit!"
Isteri: "Siapa yang buat defisit banyak-banyak tu? Bukan kita! tetapi kita rakyat pulak yang kena tanggung bebannya sekarang!.. Dahlah semuanya kena tax... kita kerja terok-terok 12 bulan tetapi bila dah kena bayar tax, kita hanya dapat gaji untuk 10 bulan sahaja setahun sebab yang 2 bulan lagi tu kena tolak untuk bayar tax!.." kedengaran si isteri seolah melepas geram.
Suami: "Alaah... awak bising-bising kat sini pun siapa nak dengar komen awak tu!" balas si suami seolah bosan dengan leteran isterinya.
Isteri : "Itulah abang tu!.. kita ni bolehlah tahan lagi kalau gula atau telor naik harga, tapi macam mana orang yang mencari rezeki dengan menjual kueh tu? Saya hairan betullah... setiap kali nak masuk bulan Ramadhan & Syawal, pasti gula dan telor ayam akan naik harga! Kalau tak naik harga, barang2 tu pulak susah nak dapat!.. Tak tahulah macam mana harga kueh-kueh raya tahun ni, saya pasti mesti melambung juga harganya!.."
Suami : "Haaa!.. kalau begitu, bulan puasa nanti tak payah buat bubur atau kueh manis! cukuplah makan manis buah kurma sahaja. Dan bila hari raya nanti tak payah beli biskut-biskut macam selalu tu lagi..!"
Isteri : "Hah? Tak payah beli biskut raya? Habis tu kalau ada tetamu datang nak jamu dengan apa?" dengan nada yang agak tegang si isteri bertanya.
Suami: "Apa susah!... kalau tetamu datang, jamu sajer dengan jejemput bawang atau ikan bilis!.. lagi sedap!.."
Isteri: "Senangnya abang bercakap!.." gertus si isteri seolah kecewa dengan sikap suaminya.
Eeemm... entahlah! Nekcun yang mendengar perbualan mereka tu pun agak bersetuju juga dengan apa yang dikatakan oleh si isteri tadi tu. Memang ada betulnya, terutamanya tentang kenaikan harga barang-barang keperluan setiap kali kita hendak menyambut bulan Ramadhan dan Syawal. Itu belum lagi kenaikan harga barang-barang makanan basah seperti ayam, daging, cili dan sayur-sayuran!.. Sekarang ni, kalau ke pasar basah, bawa duit takat RM100.00 tak nampak apa pun... Ikan kembung yang setahun lalu RM9.00 sekilo sekarang sudah RM13.00 sekilo.
Tentang bayar tax tu lagilah nekcun setuju sangat! Memang betul apa yang dikata oleh si isteri itu kerana ianya memang nekcun rasai. Kita kerja setahun tetapi pada hakikat sebenar kita hanya mendapat gaji paling lebih untuk 10 bulan sahaja. Terutamanya bagi pekerja yang mendapat gaji RM10,000-00 ke atas sebulan kerana % cukai adalah yang maksima 26%. Cuba bayangkan, kita dibayar gaji RM10,000-00 sebulan tetapi potongan cukai berjadual yang dipotong dari gaji kita adalah sekitar RM2,300-00 sebulan.
Itu belum lagi termasuk cukai pintu, cukai tanah, cukai kereta, cukai kerajaan/perkhidmatan 5 -10% dan macam-macam cukai lagi.
Tak tahulah, macam mana kita rakyat marhain nak menghadapi semua ini... Kalau orang yang bergaji puluhan ribu pun mengeluh, macam manalah agaknya orang-orang kampung yang pendapatannya tidak menentu itu hendak menghadapi semua ini... sedangkan di sana sini dilaungkan bahawa ekonomi negara kita sedang meningkat! Apa yang meningkat ya?... nekcun pun tak faham dan tak berani nak komen kalau RM100.00 sudah tidak banyak nilainya ketika ke pasar sekarang ini...

7 comments:

maza said...

ya betul! saya setuju nekcun..huhhuh

sedihkan..tu org gaji tinggi RM10k sebulRM2k mcm lak?

Yg bawah RM2k fulak tu bagaimana kan?

aderkkk

maza tertarik dgn kenyataan bekas Perdana Menteri kita yg lalu Tun M.. katanya lebih kurang, apa guna berpendapatan tinggi tetapi kita kehilangan kuasa beli.. kuasa beli iyellek...

dlm kata lain infalsi lorr.. huhhu
(psst: kata kawan maza skrg ini bukan inflasi lagi, juga bukan deflation tetapi stagflation.. aderkk)

apa2 hal pun kita kena bersatu tidak membenarkan perkara ini berlaku sewenang2nya..bagaikan org lain buat rakyat pula menangung, perkhh! tak adil kan?! huhuhu

maza said...

kata kawan maza yg itu lagi, rakyat kita sudah mewah, sudah berada dlm zon selesa...mereka mulai lupa pd diri sendiri..

dia menuduh lagi, mereka yg sudah kaya dr hasil DEB sudah lupa daratan..misalnya sudah kaya mau kaya lagi hingga lupa pada rakyat juga.. tidak mahu susah membantu negara dgn mengurangkan subsidi...baru tax sikit atau subsidi mereka dikurangkan, org kaya2 ini mulai bising mengalahkan org miskin di kampung... segera mereka divert kepada pembela penduudk kampung walhal masa senang dan segala subsidi dia sedut banyak2 dulu baru sampai ke golongan marhain!

org kaya patut dikenakan cukai tinggi2 dan berkorban dan rakyat semua juga kena berkorban utk atasi defisit negara...

Psst: maza dengar pun bunyinya ada kedengaran mcm komunis gak tu..aderkkk

entahlah..

apa2 hal pun maza tak suka kenaikan harga ini...terutama saat yg sesak tatkala reality ekonomi juga kabur (bukan yg digembar-gemburkan berita ekonomi pulih oleh sesetengah golongan itu)... maza bukan org gomen yg punyai banyak kemudahan dan kenaikan gaji berganda2 itu..

tetapi maza org swasta yg menyumbang kepada yg bergaji kerajaan tersebut! Penyumbang tau bukan penerima gaji sperti Pegawai gomen yg itu!...

Kamsiah yusoff said...

pasti lepas ni harga makanan/minuman naik
walaupun gomen bg jaminan takkkan naik
alasan peniaga...gula naik..
emmm padan muka kita,...

m.q said...

janji tinggal janjiiii

Anonymous said...

Hmm.. lagi tersepit bagi orang dapur macam Tie ni. Dahlah bergantung pada suami, elaun dapur makin tak cukup.

Kalau tak kerana anak-anak, setakat minum teh o dan jemput-jemput bawang tiap pagi tu pun dah syukur.

noorlara said...

Sejarah membuktikan kenaikan harga petrol diikuti harga barangan payah nak turun. Berdoalah agar kemakmuran negara segera menjelma

dfario said...

Tukar aje... abis cerite...