Sejak akhir-akhir ini nekcun rasa seolah 24 jam sehari bagaikan tak cukup untuk nekcun menguruskan segalanya. Kerja di pejabat yang tidak henti-henti memerlukan perhatian dan seliaan nekcun, ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri, emak dan nenek telah benar-benar mencabar kewibawaan nekcun di dalam menangani pengurusan masa.
Namun… demi mencari rezeki yang halal dan juga memastikan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan nekcun sekeluarga di dunia dan akhirat, nekcun redha dengan segalanya.
Bagi nekcun apa yang mustahak adalah apabila nekcun dapat membantu orang lain gembira dan bahgia. Nekcun juga akan rasa seronok kalau dapat berkongsi pengetahuan dan ilmu yang boleh dimenfa’atkan oleh orang lain untuk menjadi seseorang yang berjaya di dalam kerjaya mereka disamping sebagai seorang yang berguna kepada ugama, bangsa dan negara.
Berkongsi pengalaman yang baik, ilmu yang betul dan pengetahuan yang boleh dimenfa’atkan oleh setiap insan adalah sesuatu yang dapat memberi kepuasaan kepada nekcun. Sebab itu jugalah nekcun tidak akan menolak sekiranya ada pelajar-pelajar sekolah atau mahasiswa/siswi dari IPTA / IPTS yang datang berjumpa dengan nekcun untuk nasihat atau kaunseling kerjaya. Bagi nekcun, hanya itu sahajalah yang dapat nekcun lakukan untuk menolong ‘anak-anak bangsaku’ maju dan setanding dengan orang lain di dalam membina kerjaya cemerlang.

Semoga Allah akan sentiasa memberkati dan merahmati ‘anak-anak bangsaku’ yang sentiasa bersedia berusaha untuk maju dan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah…
Sukacita juga Nekcun mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan SPM baru-baru ini.

<<>> gambar bersama pelajar-pelajar dari UM selepas sessi "Project Briefing"
p/s : “Adik Fatihin… makcik ucapkan tahniah kerana Berjaya mendapat 11A dalam SPM… semoga Fatihin terus maju dan buktikan bahawa cucu Tok Mat Arab boleh!!!...”
4 comments:
yup, pelajar2 sekarang dah makin cerdik. tahniah kepada yg cemerlang.
Salam Izman... tapi dalam ramai yang cemerlang ramai juga yang 'kecundang' sehingga menghancurkan kehidupan mereka sendiri kerana gagal untuk berpijak di bumi nyata, seolah sudah hilang pegangan ugama!... itu pulak yang menakutkan...
Tumpang gembira dan megah dengan kejayaan anak-anak bangsa semoga akan terus cemerlang pada langkah yg seterusnye. Tahniah juga kepada semua guru dan ayag ibu yg selama bertahun sabar dan gigih.
Tahniah juga kepada guru-guru dan ibubapa. Cuma yang diharapkan kecemerlangan akademik juga seiring dengan kematangan diri.
Post a Comment