Thursday, December 24, 2009

Seronok dapat Menantu!...




Fuuhhh!... lega rasanya bila semua urusan perkahwinan dan majlis persandingan anak saudara nekcun telah selamat berlangsung dengan lancar. Selama 3 hari 3 malam kami sekeluarga berkampung di rumah adik nekcun kerana membantu mereka sekeluarga untuk majlis perkahwinan tersebut. Baru hari ini, nekcun sempat menjengah ke teratak nekcun ni...


Alhamdulillah... anak saudara nekcun yang pertama itu (Pengantin lelaki) telah pun selamat berumah tangga dengan isteri tercinta. Nekcun pun sukalah nak ’welcome’ adik dan ipar nekcun to join the ’nenek & atok club’ in InsyaAllah at least 9 months time from now!... hehehe…

Sebenarnya seronok jadi nenek & atok ni… kalau tak percaya, tanyalah ibu bapa kita... bagaimana seronoknya mereka bila menerima anak-anak kita sebagai cucu mereka!... sampai kekadang tu ada orang cakap, sayang cucu lebih dari sayangkan anak!...


Walaubagaimana pun, sukalah nekcun nak ucapkan tahniah pada anak saudara nekcun, Shafiq dan isterinya Hanim. Jadilah suami & isteri yang mithali!…Semoga Bahgia sehingga akhir hayat!...
Bila nak bertandang ke rumah Mak Long?... hehehe...
p/s: Warna merah tema di rumah pengantin perempuan dan warna hijau di rumah pengantin lelaki!...

10 comments:

izman said...

semoga berbahagialah pasangan pengantin baru hingga ke akhir hayat.

Tie said...

Nekcun,

sempat tak posing bersanding atas pelamin tu ?

Tumpang ucap tahniah kepada kedua mempelai, semoga berbahagia sepanjang hayat.

rasha said...

amboi...
meriah no? seronok dapat menantu.

maza said...

aduhaiii...sedondong color ijau lagi tu.. hehehe

tahniah dan syabas kerana mendapat menantu gitew.. heheh

patutlah lama tak der kat blog ini.. hehehe

chekdenoor said...

Tahniah.....
Bila anak kedua nekcun akan kenduri kawin.....upsss....nak gak kad jemputan...ukhusss....(dengan muka tak malu...meminta pulak...)

Chekdee melihat-lihat gak photo-photo tu...koutlah anak photo cu dan puteri2 nyer........

Unknown said...

nekcun..anak nekcun kawin sila la ajak ye..syd dah senang2 boleh g umah nekcun..dulu kat indon susah...hehe~

tahniah buat pengantin baru...nekcun ngan husband pun macam pengantin baru gak~hehe

Unknown said...

ai nek cun.. saya kenal la dengan pengantin nih hehhe

Nek Cun said...

Izman...memang itulah yang selalu diharapkan oleh setiap pasangan penganin baru.

---

Tie, nekcun & atok sibuk dok layan tetamu sampai tak sempat nak posing atas pelamin... nasib baik sempat posing kat carpet merah semasa tetamu belum datang!... heheh...

---

Rasha... memang seronok dapat menantu walaupun hanya menantu saudara sahaja... sbb dah bertambahlah saudara mara!...hehehe...

Nek Cun said...

Maza... mana boleh pengantin sahaja yang sedondon, nekcun ngan atok pun kena sedondon jugak!... hehehe...

---

Chekdee... anak nekcun yang kedua InsyaAllah akan kenduri bulan Mei nanti. Kalau nekcun panggil, chekdee mesti datang tau!...
Cu Nabilah tak datang kenduri yang ni kerana kenduri ni ialah anak adik belah nekcun... Kitaorang jemput juga families dari Kedah, tapi depa tak datang semua... mungkin sebuk sbb kat sana pun banyak kenduri kahwin....

---

Sayyid... InsyaAllah, nanti kalau anak nekcun yg kedua kenduri nekcun jemput Sayyid, tapi Sayyid mesti datang tau!...nekcun nak sediakan meja untuk geng bloggers!...

---

Salam Iena... iya ke? Iena kenal yang pengantin lelaki ke perempuan? Mereka tak jemput Iena ke masa kenduri tempoh hari?...

ahmad syafiq bin abd nasir said...

dear maklong a.k.a nekcun

thanks for the posting and glad to be called as a "menantu" as well..

sebenarnya maklong n famili bukan sahaja all out time kenduri yg 3 hari tu...tetapi since day 1 waktu hari merisik, bertunang dan seterusnya hari perkahwinan.. terima kasih maklong, paklong, kak win,abg wan,lin, abg idzwan dan irsya..

apiq doakan yg terbaik utk kenduri yang bakal dtg nanti...insya Allah.

-ahmad syafiq @ klia -