Monday, December 7, 2009

Siapa Kawan kita?....

Monday blues nekcun pagi ni terubat bila nekcun membaca message e-mail dari seorang kawan nekcun yang memang selalu suka bergurau senda dengan nekcun. Sukalah nekcun nak kongsi dengan kekawan semua apa yang membuatkan nekcun rasa terhibur pagi ini:-
PENGERTIAN KAWAN

1) Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3) Kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) Kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..

5) Kawan tu bakannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak skit, jual.. ambik kereta baru..

8) Kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..

9) Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10)Lagi... kawan tu macam ape ye???? Haa... kawan tu macam AWAK LAH !. . Bila saya hantar message, awak akan baca message saya dengan teliti sampai habis.

Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan... bagi nekcun, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya..

Yang utama, seorang kawan terbaik adalah seorang yang mahukan kawannya selamat dari api neraka, mahu melihat kegembiraan dan kemanisan sentiasa bersama-sama dengan kawannya. Mengasihi dan dikasihi kerana Allah swt.

8 comments:

maza said...

Kita kawan, kanzzz?

heheheheh :D

Tie said...

Betul tu nekcun... tentu hidup kita sunyi tanpa kawan... macam pokcik sebelah rumah tu, hihi....

Nek Cun said...

Maza...nekcun seronok jadi kawan maza tau!... hehehe...

---

Tie, nekcun memang seronok cari ramai kawan-kawan... macam sekarang ni, kalau nekcun pi mana-mana dalam M'sia ni, InsyaAllah ada sajer kawan yang nak temankan... rezeki pun murah kerana ada sajer kawan yang ajak makan... terutamanya kalau ke Trengganu, nasi dagang 'makcik duduk' dan keropok lekor Losong tak pernah miss, mesti ada kawan hantarkan sampai ke hotel!... Itulah untungnya ramai kawan... hehehe...

Sulela said...

Nak cari kawan sebegitu bukan senang, Nekcun. Tapi saya setuju, Maza memang seorang kawan yang baik...hehehe

Unknown said...

syd kawan nekcun ke??huhuhuhu

harap2 more than just friend..macam mak ngan anak..kan kan kan..huhuhu~

sorry lama x update dan ziarah...

abu muaz said...

Salam. Pandai-pandailah memilih kawan. pesanan saya pada anak-anak.

Nek Cun said...

Salam Lela, setuju sangat dengan pendapat Lela tu!... Hah!... dengar tu Maza!... ramai kawan Maza nih!... hehehe...

---

Sayyid, seronok sangat nekcun dapat anak 'instant' macam Sayyid nih!... kecil tapak tangan, padang stadium Bukit Jalil nekcun tadahkan!... hehehe... bukan senang nak dapat anak 'professional' nih!... selalu-selalulah ziarah 'mama' nih ya!...

---

Apa yang Abu Muaz cakap tu memang betul!... kita kena pesan pada anak-anak supaya mencari kawan yang betul kerana ramai terdapat kawan yang membawa 'rebah' sekarang nih kalau kita tidak berhati-hati...

nin said...

kawan..pd sy dia dialah yg dkt ngan kita bila kita susah n senang, rasa apa yg kita rasa..kwn x kan merendahkan kita sebalik mprotect kita dlm apa jua keadaan.. bila bkwn jgn tgk kwn kita dgn mata kasar..sbaliknya lihat la dia dgn mata hati...