Sepanjang minggu ini dan minggu lepas nekcun terlalu sibuk dengan tugas-tugas pejabat yang terlalu banyak memerlukan tindakan segera nekcun, sehingga nekcun tidak sempat hendak menjengok teratak nekcun nih! Dah banyak sawang rupanya!... Mesyuarat dan bengkel bersilih ganti tanpa henti. Maklumlah sudah hampir hujung tahun, maka banyaklah projek, KPI dan reports yang perlu diselesaikan sebelum penutupan akaun hujung tahun.
Untuk menghilangkan sedikit stress dan tension, kumpulan mini parlimen nekcun menukar tempat minum pagi tadi. Tidak lagi di kafeteria di tingkat 3 tetapi ke gerai bandaraya yang kami panggil ’riverside mall’.
Di situ nekcun dan atok Li mesti akan makan meehoon soto yang popular satu Malaya tu! Manakala pakcik Ta makan mee jawa yang famous juga dari gerai yang kami panggil Pak Yob. Kak Niza pun nekcun tengok makan soto juga.
”Hai... makan mee jawa pulak? Ingatkan nak makan soto tadi!” nekcun menegur pakcik Ta yang baru nak menyuap mee ke mulut.
”Dah mee Melayu tak ada, kenalah makan mee jawa!..” balas pakcik Ta sambil tersengeh.
”Haah ya!.. tak ada pulak mee Melayu!.. yang ada mee jawa, mee bandung, mee hailam dan entah apa-apa mee lah pulak!..” nekcun mengiyakan kata-kata pakcik Ta.
”Tapi aku pergi Bandung, tak ada pulak mee bandung! Nak cari mee bandung kena pergi ke Muar pulak!..” sambil tertawa kecil atok Li pula menyampok.
”Eeerr... betullah kan!... macam negara kita nilah... nama sajer Tanah Melayu, tapi semua dah bagi kat orang lain!” balas nekcun.
”Maksud engkau?” Atok Li menyoal.
”Kau tengoklah!.. tanjung dah bagi kat Keling, lubuk dah bagi kat Cina, kampong dah bagi kat Jawa! Habis tu, apa lagi yang tinggal kat Melayu?” nekcun menyoal balas.
”Eh... ada!..” jawab atok Li.
”Apa dia?” nekcun soal balik.
”Keretapi Tanah Melayu!...” balas atok Li sambil ketawa terkekeh-kekeh.
Kami yang lain turut ketawa gelihati. Namun di dalam hati nekcun berdetik juga, apakah hanya itu sahaja yang ada untuk kita banggakan sebagai orang Bangsa Melayu yang tinggal di Tanah Melayu? Lihat sahaja keadaan orang Melayu sekarang, bagaikan itik dalam perigi mati kehausan... Malah ada pula yang beriya-iya mahukan UiTM di buka kepada bangsa lain!... Eeemmm entahlah!...

6 comments:
akan hilang gak melayu time kiamat kelak..
(^_^)
bangga mjadi melayu..tpi melayu mudah lupa.. x yah la g jauh2 tgk je keliling kita..sedih bila tgk..
Salam Sah... bila kiamat nanti bukan sajer Melayu yang hilang, dunia ni pun akan hancur jugak!... Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan kita ke dalam gulungan orang-orang yang beriman!...InsyaAllah.
---
Nin... memang Melayu mudah lupa!... nasib baiklah nekcun ni Ciwa...(Cina + jawa!)... jadi tak mudah lupa!... hehehe...
sama la kita nek cun... saya pun JAWA gak..hehehe..
Err... macam bunyi patriotik pulak kali ni, hihi....
Entahlah... Tie pun rasa kurang senang bila UITM dibuka kepada semua bangsa..sedangkan tujuan asalnya untuk meningkatkan taraf hidup kaum Melayu.
Sekarang ni ramai orang melayu ingin berkongsi hak sama rata dengan bangsa lain. Mungkin mereka tak pernah rasa peritnya nenek moyang mereka dulu.
salam eid nek cun
Post a Comment