Monday, November 2, 2009

Apa ada pada Gelaran?...

Malam minggu semalam nekcun dan atok makan besar kerana ada kawan atok belanja makan sebab dia baru dapat Anugerah Kebesaran dari Sultan sebuah negeri, yang membawa gelaran Dato’.

“Tahniah Zek!.. wah mulai dari sekarang aku dah tak boleh nak panggil kau Zek sajer... kenalah panggil Dato’ pulak!..” atok mengusik kawannya yang sudah pun macam adik beradik dengan kami.

“Hah!.. kau jangan nak mengada! Macamlah kita baru berkawan dua tiga hari!..” Dato’ Zek mendengus seolah tidak setuju dengan saranan atok.

”Hei!.. kenalah panggil Dato’... kalau tidak, marah pulak Sultan nanti kerana dah berbesar hati beri pada Zek anugerah tu!.. Along tak mahu Sultan murka kat kami sebab tak panggil Zek & Ann Dato’ & Datin!..” nekcun pula menyampok dengan membahasakan diri nekcun dengan panggilan mesra mereka pada nekcun iaitu Along. (Sebab nekcun ni anak sulong dalam keluarga nekcun!)

”Alaah... Long!.. apa ada pada Gelaran!.. Abang Zek dapat Anugerah tu pun sebab dia Pegawai Tinggi Kerajaan yang telah lama berkhidmat, kalau tidak memang tak baulah nak dapat anugerah tu!..” ujar Ana isteri Dato’ Zek yang memang selalu suka low profile.

”Hei... lama berkhidmat itulah kena lagi beri penghormatan kerana dah banyak berbakti pada negara!.. So, memang layaklah you all dipanggil dengan gelaran itu!” atok pula memberi pendapatnya.

”Eeemmm... malu pulak kami nak di panggil ber Dato’ ber Datin tu... sebab kami ni, Dato’ dan Datin yang tak berduit!... orang kerja kerajaan mana ada duit, tak macam Dato’-Dato’ yang businessman tuh!.. Mereka Dato’ yang millionare tapi saya ni Dato’ yang million hairs ajer!..” ujar Dato’ Zek sambil tertawa kecil.

”Betul kata abang Zek tu!.. Ana rasa Haji dan Along lebih berduit dari kami!.. gelaran ajer glamour tapi poket kosong buat apa? Jadi, tak payahlah nak berdato’ datin ngan kami!..” Ana menambah seolah menyokong suaminya.

”Rasanya kau pun dah boleh dapat gelaran Dato’ kalau dulu kau terus berkhidmat dengan Kerajaan!..” ujar Dato’ Zek lagi.

”Hei!.. aku memang dah lama dapat gelaran datuk!.. dah dekat 5 tahun daah!.. Zek tak tahu ke?” soal atok sambil tersenyum lebar.

”Hah!.. kenapa tak beritahu kami?” Dato’ Zek mengerutkan dahi seolah keliru.

”Apa pulak tak beritahu!.. semua orang tahu dah!.. Aku dapat gelaran datuk yang memang betul-betul asli lagi!.. nobody can deny that!.. tapi gelaran datuk aku tak tidur dengan datin, gelaran datuk yang aku dapat kena tidur dengan nenek jer!...” jawab atok sambil ketawa berdekah-dekah.

Dato’ Zek & Datin Ana yang baru faham perkara itu turut ketawa berdekah-dekah!..

”Okey lah tu.. Atok Zul & NenekCun..” Ana mengusik sambil terus tertawa.

”Kalau camtu, elok sangatlah kita celebrate ni... satu Dato’ tak berduit, satu lagi Datuk yang kena tidur dengan nenek!...” ujar Dato’ Zek sambil menepuk bahu atok dengan tawa terkekeh-kekeh.

”Sebenarnya, ada hikmah jadi Dato’ tak berduit ni..” tambah Dato’ Zek setelah dia menyuap makanannya.

”Apa?” soal nekcun agak teruja.

“Tak adalah Ana nak pening-pening kepala kalau saya keluar sorang-sorang kerana dah tentu tak ada selebrities yang nak mengurat Dato’ yang tak berduit nih!..” balas Dato’ Zek sambil tergelak besar.

Kelihatan Ana menjeling marah pada suaminya, namun dia juga turut tergelak apabila kami semua terus tergelak besar mendengar gurauan Dato’ Zek tadi. Bagaimana pun, sukalah atok dan nekcun ucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah kebesaran daripada Sultan Phg baru-baru ini.

7 comments:

Tie said...

Ha ha ha..... rezeki la tu.

Mana tahu bila dah dapat gelaran Dato' tu, jadi laku pula tetiba... hehe.. jangan marah pulak Datin Ana...

maza said...

wakakka..

psst: setengah org lebih suka humble.. tak kisah ttg pangkat itew

tapi sesetengah org particular.. terutama dlm sikap menghargai pemberian org, cth bab ni Sultan dan Raja.. huhuhu

apa2 hal pun, maza masih menaruh keyakinan bersederhana adalah terbaik! dan ia bergantung kepada niat.. samada nak menunjuk atau membodek..

wakakkka

psst: kalau maza jadi datuk.. alahai kanzz. hehehe

nin said...

hi nekcun..

pd sy gelaran atau pgkat darjat tu smua duniawi semata..tpi klu dpt gelaran tu mean 1 bonus bt mereka.. tu la ganjaran n pghormatan yg dia terima setimpal ngan jasa n kerja yg dbuat..

mcm br ni bila ada seseorg yg bjaya n sudah 18 thn dlm buss, tanyakan sy apa yg sy nk n cari dlm hidup. sy cuma jwb ringkas je, "sy nakkan kebahagian yg total disamping hidup yg senang (mean cukup la sy x susah)". then kakak tu ckp ngan nada yg lembut "betul pgkat, darjat n harta tu smua x guna klu kita x hepi dgn hidup kita n rasa serba x kena. apa pun dlm dunia ni masalah mmg tetap akan ada, cuma mcm mana kita nk corakkannya.. jgn takbur n bongkak sbb smua tu hanya pinjaman semata2"

kt sini sy cuma nk simpulkan org humble lg bagus dr org yg suka bmegah2... dgn pgkat n harta yg byk. wpn de byk harta n pgkat tpi msh sederhana dlm kehidupan lg bagus n hidupnya stiasa hepi..

pepun tahniah kt kwn nekcun n atok yg br terima gelaran dato'

abu muaz said...

memang patut pun mereka dihargai bukan senang nak dapat anugerah tu kan.Orang lain sanggup menghabiskan duit untuk memperolehinya.

Nek Cun said...

Tie... Iyalah kan... mana tahu, tetiba jer bila dah jadi Dato' tu, lakulah pulak!... hehehe..

---

Maza...memang betul tu! Selalunya orang yang humble ni lebih dihormati oleh orang lain...
P/s: Teringin juga nak dengar bila Maza dapat Datuk!... Datuk tidor ngan datin ke Datuk tidor ngan nenek?... hehehe...

---

Nin...nekcun memang setuju betul ngan apa yang Nin katakan tu!... semua yang kita ada di dunia ini hanya pinjaman sahaja...Akhirnya kepada DIA juga kita kembali, jadi janganlah kita bermegah-megah atau berbangga dengan apa yang kita dapat di dunia yang fana ini!...

p/s: Sesekali nekcun bangga juga jadi nenek yang dapat tidur dengan datuk!...hehehe...

---

Abu muaz...Anugerah yang 'genuine' memang patut dihargai!... Cumanya sekarang ni dah senang dan ramai sangat orang dapat gelaran Dato' nih!... sehingga kekadang dah jadi macam tak ada 'value' lagi bila orang yang tak setara mana pun baktinya pada negara tetapi dapat jugak gelaran tuh!...

chekdenoor said...

Salam,

hahahah

Suami dapat dato' isteri pulak yg fening kepala.....ukhusssss

Walaupun ada atau tanpa gelaran...kehidupan ini harus juga kita teruskan.....

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

hehe..bagus gak dapat gelaran ni..at least segala jasa dato' zek dihargai oleh pemimpin...kalau shah rukh khan dapat dato' boleh jadi tanda tanya gak..huhuhu