Tuesday, August 11, 2009

Hadiah anak-anak kepada ibu bapa...



Dalam seminggu dua ni nekcun rasa macam 24 jam sehari itu bagaikan tidak mencukupi bagi nekcun untuk menguruskan kerja-kerja pejabat dan juga kerja-kerja di rumah yang bertimbun-timbun sehingga untuk menulis sebaris ayat pun nekcun rasa tidak berkesempatan. Sebab itu jugalah teratak nekcun ni dah macam penuh sawang pulak!... hehehe...

Hujung minggu lepas (Hari Sabtu 8/8/2009) pun nekcun sibuk juga kerana menghadiri majlis Konvokesyen anak nekcun yang bungsu di MMU dan pada malamnya pula nekcun mengadakan sedikit majlis makan-makan dan do’a kesyukuran di rumah nekcun sempena dengan kejayaan anak nekcun itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun nekcun terasa agak penat juga.


Nekcun dan atok memang amat bersyukur kerana anak bungsu sudah selamat konvokesyen dan telah pun bekerja. Semasa majlis konvokesyen tu, nekcun lihat ramai graduan-graduan yang riang gembira apabila dapat bertemu semula dengan rakan-rakan mereka setelah mereka meninggalkan kampus. Termasuklah anak bungsu nekcun! Bukan main lagi dia dan kekawannya berpeluk-peluk bila telah lama tidak berjumpa dan mereka juga mengenalkan ibu bapa masing-masing yang turut gembira melihat anak-anak menerima Ijazah di atas pentas.
Itulah salah satu kepuasan yang akan dirasa oleh setiap ibu bapa iaitu bila anak-anak yang dijaga dari kecil telah berjaya mencapai cita-cita mereka. Pada pendapat nekcun, sudah tentu semua ibu bapa akan merasa bahgia bila melihat anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Mereka tidak akan meminta apa-apa dari anak-anak mereka, melainkan kejayaan anak-anaklah yang mereka anggap sebagai hadiah untuk menghargai penat lelah mereka menjaga dan mendidik anak-anak itu sejak kecil.
Melihat telatah mereka, teringat nekcun ketika menghadiri majlis konvokesyen nekcun dulu. Ketika semua kawan-kawan sebuk memperkenalkan ibu bapa kepada kekawan yang lain, nekcun pula sebuk memperkenalkan suami dan anak-anak. Bukan nekcun tidak menghargai budi kedua ibu bapa nekcun tetapi mereka yang lebih merelakan atok dan anak-anak untuk bersama nekcun ketika itu. Namun nekcun tahu, kedua ibu bapa nekcun tetap gembira dan bahgia bila melihat nekcun bahgia bersama atok.

Walaupun terasa malu juga kerana dah beranak pinak baru teringat nak ke Menara Gading, (nak buat camna… atok meminang awal sangat!... hehehe…) tapi nekcun tetap rasa bersyukur kerana tercapai juga cita-cita nekcun untuk menggenggam segulung Ijazah. Bagi nekcun, ‘nothing is too late’… 'Tiada siapa yang akan merubah kehidupan kita kalau bukan diri kita sendiri!'... Wallahualam.



9 comments:

KAKTINY said...

YES... nothing is too late... I'm proud of you nekcun.. and tahniah utk nekcun, atok dan anak bongsu nekcun di hari bahagia itu..

I know the feeling... the happiness... proud... satisfied... also the memories... hiihihihi...

izman said...

tahniah kepada anakanda bongsu nekcun atas kejayaan beliau.

betul tu, usia bukan halangan untuk ke menara gading dan berjaya.

maza said...

tatkala ini mesti ramai yg rasa gembira dalam resah kanzzz!

sbb mana2 yg tercicir (terutama si mahasiswi) dari senarai 'sudah punya calon' akan gabra sedikit... almaklumlah usia sudah mendaki.. tapi uhuk!..hehehheh

Nek Cun said...

Tiny... thanks for the complement. It's true, we'll feel satisfied when whatever we had been striving, came out sucessfully!... same thing in naturing our children... we'll feel great if all our efforts to educate them come out with excellent results!... Nekcun always pray to Allah, semoga semua anak2 nekcun akan menjadi anak yang Soleh & Solehah... InsyaAllah.

---

Izman, terima kasih di atas sokongan. Sekarang ni anak bungsu nekcun sedang sebok pula nak ambil professional paper in Accounting ie: ACCA. Memang nekcun & atok galakkan semua anak2 kami ambil 'professional' qualifications eg: Dr. specialist, Engineer - Ir., Accountant - ACCA. Semoga Allah akan memakbulkan cita-cita mereka... Amiiinnnn..

---
Maza, memang betul macam yang Maza cakap tuh... ramai yang berjaya dalam pelajaran sehingga ke peringkat PhD tetapi tercicir pulak di peringkat rumah tangga... (walau pun tak semua...)
Tapi apa-apa hal pun... semua ibu bapa akan gembira bila anak2 mereka berjaya dalam hidup mereka... betul tak?...

chekdenoor said...

‘nothing is too late’… 'Tiada siapa yang akan merubah kehidupan kita kalau bukan diri kita sendiri!'..

Chekdee setuju dengan pendapat nekcun...... best dapat berkawan dengan seorang yang penuh motivasi didada......

Tahniah ya nekcun.....seronoknyer melihatkan semua anak-anak nekcun dah dapat impian mereka....ukhusss...anak kedua bila kendurinyer......kalau kenduri...jangan lupa letak photo nasi minyanyer di blog nekcunnn.....kui kui

Tahniah kepada nekcun dan atok..... mudah-mudahan kehidupan seterusnya semuanya semanis nekcun..... tahniah ya

Adila said...

congrats utk anak nek cun :D

kwn sy gi konvo MMU gak hari tu
nnt la nak mintak nak tgk gambar2 dia hehe

Zyma Saad said...

Congrats,NekCun.

Semoga terus sukses!! :)

hidet said...

setuju..nothing too late..
KFC nye tokey tu, start jual secret resepi dia time umor bape? :)

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Nekcun,

Congratulation to ur daughter...
So proud of her..What Izman said is true and correct..Age is not a matter to further our studies.

I am kinda of sad when I read this blog..Looking back the past years,when I graduated from my college my parents don't even attend my graduation day..It makes me so sad..My mum told me that my diploma is not important as what my 2 sis obtained..I felt like crying when she told me this..
Well..life still goes on..:)