Wednesday, July 29, 2009

Jalan-jalan, luas pandangan...


Sejak dari hari Juma’at lepas sehingga semalam nekcun mengikut Atok atas satu urusan rasmi di Pantai Timur. Walaupun pada mulanya kami merancang nak naik kapal terbang, tetapi bila kami bercadang hendak menyinggah-nyinggah di beberapa tempat sambil membawa cucu kami yang seorang tu, akhirnya kami pergi dengan kereta sahaja.

Sesekali travel dengan kereta memang agak menyeronokkan. Cucu nekcun pun turut seronok bila kami berhenti makan-makan dan menyinggah-nyinggah di Kuantan dan Cherating sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Jara. Nekcun dan atok terasa macam masa muda-muda dulu ketika berjalan membawa anak-anak yang masih kecil. Sekejap-sekejap kena berhenti kerana cucu nak buang airlah, nak bancuh susulah dan macam-macam lagi.


Tapi apa yang menyeronokkan nekcun ialah bila kami singgah makan dan cucu sebok nak itu ini, maka terpaksalah atok melayan kerenahnya.

Nekcun perasan ada beberapa orang yang tak henti memerhatikan kami. Mungkin mereka mengutuk kami agaknya: “Tu ler… kahwin lewat-lewat… kan susah!... dah tua masih ada anak kecil!...”

Tak kurang juga, beberapa orang yang bertanya: “Anak bungsu ke ni?”
Atok dan nekcun hanya tersengeh bila orang bertanya begitu. Namun ada juga yang tak percaya bila kami beritahu yang itu adalah cucu kami. Masa tu, nekcun terperasan lah pulak diri ini masih muda… hehehe…


Dalam perjalanan balik kami singgah di R & R Temerloh untuk bersolat. Tapi nekcun rasa agak kesal dengan sikap seorang gadis yang agak kurang menyenangkan ramai pengunjung di surau itu. Sikapnya yang seolah tidak menghiraukan keujudan orang lain amat memualkan.

Apa yang nekcun kesalkan ialah, dia bercakap dalam telefon dengan suara yang agak kuat yang nekcun rasa boleh mengganggu jemaah lain yang sedang khusyuk bersolat. Bukan setakat bercakap dalam telefon, malah dengan mulutnya yang pot-pet-pot-pet tu dia menghadap cermin yang kebetulan hanya ada satu sahaja di surau itu untuk bersolek dan melilit tudungnya tak sudah-sudah.

Bayangkanlah macam mana keadaannya... bercakap dalam telefon dengan telefon di kepit antara telinga dan lehernya, kemudian dia sebuk mencalit dan mewarna mata dan pipinya...(make-up ler tuh!) dan kemudian nak lilit tudung kat kepala!... tentulah susah dan memakan masa yang agak lama sehingga orang lain tidak boleh hendak menggunakan cermin muka tersebut!... Dah tu, suaranya pula boleh mengganggu orang lain yang sedang solat!... Adakah itu perangai seorang Muslimah?...

Eeemmm.. geram betul nekcun dibuatnya!... akhirnya nekcun cuit bahunya dan kata: ”Dik, kalau nak bercakap dalam telefon, boleh cakap kat luar tak? Kalau nak make-up lama-lama macam ni, boleh pergi kat toilet tak? Kat dalam surau ni orang nak solat dan cermin ni orang lain pun nak guna juga untuk betulkan tudung!... kalau telefon tersepit kat telinga, memanglah susah nak pakai tudung!...”

Nekcun lihat orang lain yang ada di situ pun turut mengiyakan teguran nekcun itu!... dan gadis itu, dengan sikap ’kurang ajar’nya menarik muka masam lalu memutuskan talian telefonnya sebelum keluar dengan tudung yang masih tidak terlilit. Mungkin berasa malu kerana semua orang memandang kepadanya denga pandangan yang jelik!...

Eeeemm.... entahlah!... nekcun pun tak tahu apa nak kata bila ada orang-orang yang tidak peka kepada keperluan orang lain terhadap ’harta awam’. Mungkin juga itu disebabkan ilmu ugama yang agak cetek!... mereka tidak faham bahawa dalam Islam, disamping mengerjakan solat 5 waktu yang diwajibkan, kita juga perlu berbuat baik sesama makhluk Allah yang lain dengan mengambil kira atau peka kepada ’harta awam’ yang perlu dikongsi bersama!...Wallahualam...

11 comments:

Abang Long said...

TAHNIAH !

Abang long sokong apa yang NekChun buat !

Begitulah sikap seorang MUSLIM. Kita WAJIB tegur.

Anonymous said...

Uwaaakakakaka......

Bagus gak Nekcun tegur. Budak2 sekarang tak tahu malu, malu dengan sikap sendiri....

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Len kali nak follow dengan kuda boleh?

chekdenoor said...

Wah....best...best...... bagus tindakkan nekcun tu...... sure semua yang sedang menggunakan surau tu setuju dengan tindakan berani nekcun.."berani bertampat"....tahniah....

Cumanyer ...chekdee iri hati dengan cucu nekcun....ukhusss...bestnya jadi cucu nekcun........ seronok tu...jalan-jalan dan makan-makan.

dkama said...

lempang je terus nekcun... kena brutal skit ngan orang camnih baru ROCK... hehehe PEACE nekcun...

maza said...

kalau tak cukup satu kuda, dua kuda ikut boleh? hehehhee

erk!.... tindakan nekcun itu amat bertepatan sekali.... huhuhu

syabas nekcun. kalau nekcun atau sesiapa tak berani menegur, sampai bila yg kusut nak terungkai, yang buruk dibaiki.... huhuhu

betul tak?!

Nek Cun said...

Adinda Long, terima kasih kerana menyokong tindakan nekcun tu!... Iyalah, nekcun tegur pun untuk kebaikan dia dan jemaah lain di surau itu...

---

Tie... entahlah! kekadang nekcun pun heran ngan perangai budak2 muda sekarang nih!... macam otak letak kat kepala lutut plak kan?...

----

RMN, kalau nak follow... no problem!... boleh kita buat 'jom redah' di Cherating' sebab highway dah sampai Jabor. Naik kuda pun boleh... tapi kalau nekcun pecut 160 / 170 kmph. boleh kejar ke?.... nekcun corner pun 120 kmph tau!... hehehe...

---

Chekdee, sesekali jalan2 bawa cucu camtu memang seronok!... terasa macam diri nekcun ni masih muda!...hehehe...

Nekcun terpaksa jugak tegur budak tu kerana geram betul, tunggu lama sangat nak tengok cermin muka tuh!... sebab nekcun memang tak reti pakai tudung kalau tak tengok cermin!... hehehe...

---

Dkama, nekcun taklah sampai nak lempang budak tu... kang tak pasal-pasal pulak nekcun kena heret ke balai polis!... Bagi nekcun, kekadang teguran melalui kata-kata akan lebih berkesan dari tindakan fisikal!... barulah PEACE kan?... hehehe...

---

Maza, nekcun ni tak kisah kalau banyak kuda pun yang nak follow... janji 'sorruuu' nasi beringin tu jadik!... hehehe...

Nekcun berani tegur budak tu kerana nekcun rasa sikap dia tu dah agak melampau, tak hormat jemaah lain... lagi pun niat nekcun adalah untuk kebaikan semua insan yang ada di situ jugak!... Bagi nekcun, dari nekcun mengumpat dia dalam hati dan dapat dosa tak tentu pasal, baik nekcun tegur dia supaya dia sedar!... Sekurang-kurangnya, lain kali dia tak akan buat lagi macam tuh!...

DaliaLiyana said...

wa....bagusla nek cun ni..dalia pun nak jd cucu nek cun leh tak?? hikhik...
salam perkenalan nek...

maza said...

alo nekcun, setakat coner baring nekcun 120 tu, kuda RMN boleh sangat melompat2 coner lipat gitew. hehehhe

kalau pecut sehingga 160 boleh sangat dia menunda keta berpalang bintang kat depan bonet tu ha.. hehehe

tapi jangan ler pecut sampai 200, tak sanggup seh!

lagi pun nekcun berani ker kena saman banyak lak nanti?
hmm

wakakkakak

(psst: kami tak terdaya nak bayar saman jerk.. silap2 soru cuma makan belacan jerk.. tu pun kalau belacan tak naik harga bulan depan.. huhuhu)

izman said...

itulah jadinya jika pentingkan diri dan tak hormat rumah Allah.

mmg patut nekcun tegur perbuatannya itu. saya sokong.

Adila said...

susah gak kan bila ramai yg cam tak pduli je..
slalu kat r&r kat gurun tu.. slalu mmg full.. suraunya la hehehe

sesape yg xleh smayang tu.. pandai2 la dok kat luar
kasi ruang la kat org yg leh smayang hihihi