Friday, April 17, 2009

Alahai... kecilnya dunia ini...

Dua hari ni nekcun terpaksa kerja di luar kawasan. Walaupun tak jauh tapi nekcun rasa penat sangat kerana kena memandu kereta sendiri sebab di Port Dickson tidak ada lapangan terbang!… hehehe…

Memandu bersendirian memang membosankan. Untuk mengurangkan rasa mengantuk nekcun telah memecut kereta nekcun hingga ke tahap yang nekcun rasa masih boleh mengawalnya. Kebetulan jalan di lebuhraya pun tidak sesak, maka hanya mengambil masa kurang dari satu jam sahaja, dari pejabat nekcun di KL, nekcun sudah sampai di tempat yang di tuju di Telok Kemang, Port Dickson.
Sebenarnya nekcun bukan sengaja mahu memecut ketika di jalanraya, tetapi nekcun ada sebab tertentu mengapa nekcun memecut kereta nekcun sedemikian rupa. Jangan pulak kekawan kata nekcun nak riak atau sombong di jalan raya, tetapi adalah disebabkan perkara-perkara berikut:-

1) Dengan memandu laju kita akan lebih memberikan konsentrasi terhadap pemanduan kita, jadi kita tidak akan leka atau mengantuk.
2) Nekcun selalu dengar ada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang sengaja suka mengganggu pemandu wanita yang memandu berseorangan, jadi bila nekcun memandu laju, mereka tak dapat nak kejar. Nekcun ni penakut orangnya!…
3) Apabila laju, kita cepat sampai di tempat yang di tuju, maka badan akan kurang keletihan kerana memandu sekejap sahaja.
4) Sebenarnya nekcun takut sekiranya orang nampak nekcun sedang memandu sorang-sorang kalau nekcun berhenti untuk berehat. Jadi bila nekcun memandu laju dan cepat sampai, tak perlulah nekcun berhenti untuk berehat di tengah perjalanan.
Bagaimana pun, nekcun tidak galakkan kekawan mengikut teori nekcun nih…kerana nekcun tahu banyak bahaya dari baiknya kalau kita tidak dapat mengawal pemanduan kita dengan betul. Jadi… janganlah memecut macam nekcun ya!…

Setelah selamat sampai di PD dan nekcun telah menyelesaikan tugas sessi pertama lebih kurang pukul 5.00 petang, (Nekcun ditugaskan memberi ceramah Kerjaya & motivasi kepada sekumpulan pekerja syarikat kami) nekcun telah menelefon editor UPND – Encik RMN kerana ada beberapa perkara yang nekcun nak bincangkan dengan dia sebelum nekcun nak ke pesta buku di PWTC pada 18/4 (di Booth Buku Prima) dan 25/4 (di Booth UPND) kerana menyangkakan dia ada di pejabat UPND.


<<<> gambar ketika minum petang dgn RMN.
Rupanya sangkaan nekcun meleset bila dia memberitahu yang dia sedang bertapa di satu tempat di alam maya ini.
Nekcun : “RMN, boleh tolong nekcun tak? Tolong tanyakan…bla..bla..bla…bla…”
RMN : “Alaaahh… nekcun! Saya tiada di pejabat. Sekarang saya sedang bertapa di PD!”
Nekcun : “Heh!.. kat hotel mana tu? Nekcun pun sekarang ada kat PD ni…”
RMN : “Iya ke? Buat apa?”
Nekcun : “Cari RMN lah!…” hahaha… (nekcun sengaja mengusik).
RMN : “Heh!… camna nekcun tahu saya ada kat sini?”
Nekcun : “Pakai nujum Pak Belalang!… hahaha…”
Setelah beberapa soalan dan info bersilih ganti jawapan, kami setuju untuk berjumpa dan minum petang, kerana kebetulan kami sama-sama free dari tugasan masing-masing ketika itu. Setelah bertolak tarik, akhirnya RMN yang kena datang menjemput nekcun untuk ke kedai yang dijanjikan, kerana… faham-faham sajerlah!… nekcun memang malas memandu kalau ada orang lain yang boleh memandu.

Sambil menikmati hidangan dan berbual-bual kosong, hati nekcun terus terfikir “Oh… kecil sungguh dunia ini… sama-sama kerja di KL tetapi boleh minum petang bersama di PD dengan tanpa dirancang!…”
Morale of the story: Kalau niat kita ikhlas untuk bertemu sahabat yang telah lama tak jumpa, walau di mana kita berada, kita tetap akan berjumpa juga!…
Eh!… betul ke tu, atau pun : Betapa kecilnya dunia ini kerana ke mana pun kita pergi pasti akan bertemu dengan kekawan yang kita langsung tidak sangkakan akan bertemu di situ….
Hehehe… entahlah! Nekcun pun tak tahu yang mana betul… tapi apa yang pasti, segala apa yang perlu dibincangkan telah pun dapat dibincangkan dengan secara professional
P/s: Maza… jangan marah ya… tengoklah ayam panggang yang penuh dalam pinggan tu!… hehehe… kalau takut kempunan, jilatlah tapak tangan!…

16 comments:

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

huhu..bagus-bagus..face to face lebih senang nak berbincang..Allah permudahkan urusan nekcun tu..hehe

mana la kita akan bertemu ek nekcun...kalau gi alor setar jangan lupa singgah kedai ayah~haha

kayteeze said...

Huaaaaa........

Maza sedang menjilat kedua2 tapaktangannya...

Nekcun..!! Nampak kecik je....kalau dok sebelah Tie mungkin Tie dianggap kakak pulak, hu hu...

ILA said...

salam buat Nek cun,
hehehe..bumi ni kan bulat.Ke mana kita pergi pasti ketemu juga:D

bgitulah antara kita..
rasa teruja bila mgetahui kluarga Nek Cun duk kat Olak Lempit.Kiranya antara kita ni asal orang banting ler..tapi ketemu di alam MAYA ni:D
Ila asal orang Labohan dagang.dah kira dekat sgat tu...
Di Olak Lempit air naik tak???
Wilayah Kuala LAngat ada yg banjir.terutama Di RTB bukit changgang.

selamat beristirehat buat Nek cun & kluarga:D

Nek Cun said...

Sayyid, nekcun pun teringin nak jumpa Sayyid. InsyaAllah satu hari nanti kita pasti akan dapat berjumpa...Oh ya... kedai ayah sayyid nama apa? sbb nekcun selalu gak pi A/Setar kalau balik Sg. Petani....

Tie... tak kanlah Tie nampak macam kakak pulak? Nekcun ni banyak tua nya dari Tie... cuma hati nekcun jer yang selalu rasa muda... hehehe...

Ila... Labohan Dagang tu, nekcun selalu gak pi sana masa arwah bapa nekcun masih hidup dulu kerana ada saudara angkat keluarga kami di sana semasa arwah bapa nekcun mengajar di kampung tu dulu.
Nekcun baru telefon umah emak, dia kata tak banjir pun...

chekdenoor said...

Alahai nekcun.....berapa kilometer sejam nekcun memandu ni......Risau pulak chekdee mendengarkan khabar nkecun memandu laju-laju ni...... hati-hati ya...

Chekdee ni tak seperti nekcun....nekcun sure banyak travel sendirian..kan..... chekdee pulak..hampir kebanyakkan masa terperuk di kawasan ulu ni.....(ulu klang ....kawasan bukit...kawasan zoo...wa.....cam dok luar bandar jerkan...heheheh) ....tapi kekadang kalau teringin nak glemer ....UK ( cam united kindom jer bunyi nyer...hehehehehe)

izman said...

saya setuju, dunia ni kecil je dan kalau niat kita ikhlas tentu Allah akan permudahkan.

pernah suatu masa saya ke sabah, tiba2 teringat kawan yg tinggal disana, tapi sayang tiada contact number. masa nak turun flight tiba2 kami berlanggar bahu dan berjumpa.

Nek Cun said...

Chekdee, nekcun memandu tak laju... kalau corner 120 jer...hehehe... itulah yang selalu staff nekcun mengusik nekcun kerana depa pun selalu tak berani nak naik ngan nekcun... Sebenarnya, nekcun berani speed kalau highway clear jer... kalau jalan biasa, samalah cam orang lain, terangkak-rangkak meredah jem!... itulah yang lepas gian tu bila jalan kat highway clear...hehehe...

Izman, memang dunia ni kecil jer. Tambah dengan highspeed broadband sekarang ni, tak sampai setengah minit kita dah boleh menjelajah ke seluruh dunia... hehehe... (sempat promote product syarikat lagi tuh!...)

maza said...

INI TAK ADIL!

TAK ADIL...huhuhu

den hari yg samo pun ado kat N.9.

Tapikan nekcun, masa tu maza kat kampung Rembau tu ha, ado majlis aqiqah.. siap makan daging aqikah pangang laie.., jumpo sedaro maro laie, dapek adiah laie..

setakat makan ayam pangang dgn mamat itew.. huh! tak heran....

huh!

(ayat dengki. erk! bila turn maza lak. Kalau lambat2 kang tak sempat nak makan nasi beringin tu)

hehehhe

Nek Cun said...

Maza, sebenarnya nekcun pun teringin gak nak makan nasi beringin tuh bila Maza asyik dok jaja... so... set!... bila Maza nak datang ambik nekcun untuk pi makan nasi beringin tuh? Kali ni kita suruh RMN jilat tapak tangannya plak yek!... hehehe...

Anak Pendang Sekeluarga said...

slm,,,wah dunia memang kecil je...tp kita je anggap dunia ni besar...saya le tu...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

teringin juga nasi beringin. macamana tue?

en_me said...

bestnyerr jumperr ..

Nek Cun said...

Salam anak Pendang!... terima kasih kerna sudi singgah. Dunia ni kecil jer, sbb tu mai-mai la sini selalu, bukan jauh sangat pon!...hehehe...

RMN, entahlah... nekcun pun dok tertanya-tanya gak, camna lah agaknya nasi beringin yang tak sudah-sudah dijaja oleh Maza tuh!... lama-lama takut kempunan plak nanti...

En-me, mai lah sini selalu, cam jumper la jugak kan?...hehehe...

fatimah said...

Assalamualaikum Kam, baru buka balik laptop ni. & the 1st thing is to get in touch with yr nekcun!! Seronoknya tengok yr perkembangan 2009. Nampak muda lagi..Happy belated birthday!!

Nek Cun said...

Mualaikumsalam Timah... selamat kembali. Camna trip you ke Jedah/Mekah kali ni? Ni yang buat I ngan hubby tak sabar nak pi lagi...

masni qisrine said...

small world
agk2 bleh tak nk terjumpak dgnnekcun kt pesta buku ni????