Saturday, April 11, 2009

10hb April masih dapat ku temui lagi...

Risau gak nekcun kalau kekawan yang menziarahi teratak nekcun terpaksa menyapu sawang yang dah mula nak bersarang kerana dah dekat seminggu nekcun tak sempat nak menjengok teratak sendiri. Bebanan kerjaya nekcun banyak memaksa nekcun selalu berada di luar pejabat dan itu memang memenatkan sehingga beberapa malam seminggu ini nekcun tidak bermaya untuk mengetuk kekunci computer seperti selalunya. Tidak sebaris ayat pun yang dapat nekcun coretkan untuk beberapa hari ini. Terasa seperti ada satu kerugian pulak!… khuatir 'projek' terbaharu yang sedang ditekuni akan terbantut!...

“Kenapa sekarang ni Akam rasa letih sangat ya?” nekcun bertanya pada atok.
“Alaah… dah umur-umur macam sekarang, memang camtu laaa…” balas atok selamba sambil matanya terus terpacak ke TV channel 812 - ESPN.
“Selama ni tak lah camtu… tapi la ni… pukul sembilan jer dah tak boleh buka mata… kalau berterusan cam ni, alamat terbantutlah projek terbaharu nih!…” nekcun meluahkan lagi apa yang nekcun rasa.
“Eemmm… pi la tanya doktor… mungkin Akam tak sehat kot!..” saran atok.
Nekcun hanya menganggok kerana sebenarnya nekcun memang tak suka jumpa doktor melainkan kalau terpaksa.

Alhamdulillah bila nekcun jumpa doktor pada hari Khamis lepas, doktor kata nekcun tak apa-apa, Cuma mungkin nekcun agak sedikit stressful, maka menyebabkan tekanan darah nekcun agak rendah iaitu hanya 90/60 dan itu jugalah yang menyebabkan nekcun selalu rasa pening-pening sehingga tak boleh nak mengadap computer agak lama selepas balik dari pejabat.
Namun semalam keletihan nekcun bagaikan lenyap apabila atok dan anak-anak membuat ‘surprise’ lagi bagi menyambut harijadi nekcun yang ke… hehehe… rahsia!…

Sebenarnya atok & nekcun telah memberitahu semua anak-anak supaya tidak membuat apa-apa surprise hari jadi tahun ini kerana keadaan ekonomi yang gawat. Mereka semua bersetuju, jadi memang nekcun tidak mengharapkan apa-apa untuk hari jadi nekcun tahun ini. Bila mereka hanya mencium nekcun pagi-pagi semalam sambil mengucapkan ‘Happy Birthday’, nekcun sudah cukup seronok kerana walaupun tiada ‘surprises’ mereka tetap ingat hari jadi nekcun.

<<<> hadiah dari anak-anak.

Nekcun rasa terharu betul kerana atok dan anak-anak tetap tidak pernah lupa akan hari jadi nekcun. Bukan setakat mengingatinya tetapi mereka tidak pernah lupa memberi hadiah pada nekcun.

Alhamdulillah… nekcun amat bersyukur kerana mendapat suami dan anak-anak, menantu serta cucu yang penyayang. Tahun ini majlis sambutan yang mereka buat untuk nekcun tambah meriah lagi dengan kehadiran bakal anak menantu nekcun seorang lagi… Nekcun sentiasa berdo’a agar keluarga kami akan memperoleh keberkatan kehidupan di dunia dan di akhirat…. InsyaAllah…
P/s: Nekcun seronok bila baca “Personality” orang yang lahir pada 10th April iaitu: “Energetic, a Decision Maker, Affectionate, Loves Attention, Diplomatic, Has Strong Mentality, Outgoing, Suave, Emotional & a Motivator”. Nekcun tak berani nak kata betul atau tidak kerana hanya orang lain yang boleh menilai diri kita… Wallahua’lam!

16 comments:

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

happy belated birthday nekcun..huhu..semoga panjang umur dan murah rezeki..tak lupa semoga kekal cun selamanya..hehe

sama la kita birthday bulan april..huu

Tie said...

Ooo....happy birthday, Nekcun !! Moga2 senantiasa sihat, bahagia dan makin cun!!

Sulela said...

Happy belated birthday Nekcun. Semoga Nekcun dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, insyaAllah. Seronoknya dapat surprise camtu. Speechless tak Nekcun? hehehe

Tarikh birthday Nekcun sama dengan tarikh birthday suami saya...hehehe

Nek Cun said...

Sayyid...terima kasih di atas do'a Sayyid. Tentang nak kekal cun selamanya tu... tak beranilah nekcun nak kata sebab bila umur dah meningkat ni... mana nak cun lagi?... hehehe...
Oh! Sayyid pun birth date dlm bulan April juga ke? Bila?... anyway... "Happy Birthday" to Sayyid... wish you, all the best in your study. Hope you'll be one of the best doctor in Malaysia one day!...InsyaAllah!...

Tie...terima kasih juga di atas do'a Tie tuh!... sebenarnya do'a-do'a sebeginilah yang nekcun selalu harapkan...

Lela...memang nekcun rasa seronok sangat bila insan-insan yang disayangi buat 'surprise' harijadi begitu!...
Oh... hubby Lela sama birth date dengan nekcun ya? Sampaikan salam 'belated happy birthday' padanya yek!...maknanya kami mempunyai 'personality' yang sama!... dia romantic tak?... hehehe...

chekdenoor said...

Selamat hari lahir untuk nekcun...... mudah-mudahan nekcun akan selalu cun.....

Chekdee dah beli majalah MDI...aha...ada nekcun dan atikelnyer...best kan......

Chekdee ada gak kirim photo kat MDI...seperti iklan dalam majalah tu...tapi...hmm...rasanyer dah lebih 3 bulan...tak ada khabar...sure..chekdee tak layak untuk di muatkan dalam majalah tu..... heheheheh.......

Nek Cun said...

Chekdee... terima kasih di atas do'a. Inilah untungnya kalau ramai sahabat... semuanya mendo'akan yang baik-baik untuk kita kan?...
Oh!... tentang cerita nekcun dalam majalah MIDI tu.. sebenarnya nekcun pun tak sangka juga bila Publisher buku nekcun 'BUku Prima' beritahu yang wartawan majalah MIDI - Puan Ayu nak interview nekcun. So, sebagai menghargai sokongan mereka terhadap buku-buku nekcun, maka nekcun pun setujulah... dan memang nekcun amat menghargai sokongan & kerjasama wargakerja Karangkraft & Buku Prima yang banyak membuat promosi ke atas novel nekcun TIDAK KU PINTA....

mama_ieta said...

askum..semua novel awk sy ada...mmg best giler..sy.minat sgt...blog saya http://ietafamily.blogspot.com

Nek Cun said...

Salam Ieta... terima kasih kerana membaca semua novel-novel nekcun!... Alhamdulillah!... selalu-selalulah ziarah ke sini... nekcun suka kalau ramai anak cucu datang ziarah!...hehehe...

Sulela said...

“Energetic, a Decision Maker, Affectionate, Loves Attention, Diplomatic, Has Strong Mentality, Outgoing, Suave, Emotional & a Motivator”.

Semua tu ada pada dia...hehehehe. Tapi taklah romantic sangat...biasa2 je...hehehe

maza said...

ceh retorik letih lah, mual lah....wakakakak...

rupanya birthday tak lama lagi...hehehe

happy birthday grandma, so as a birthday grandma, I think it is good for us have lunch together at nasi beringin....its really wonderful women lah...

wakaakkaka
(maza: tukang hasut jerk)
huhuhuhu

Nek Cun said...

Wah Lela... hebat tu kalo hubby Lela ada sume tuh... mesti dia seorang yang adventurous, penyayang dan murah hati kan?... macam nekcun... hehehe... (perasan la pulak nenek ni!...)

Nek Cun said...

Hai Maza... nak sambut birthday macam rasa orang mengandung ke pulak?... Alaaahh... kalau nak nekcun belanja, tak payah nak tunggu birthday Maza atau nekcun, bila-bila pun boleh!... memang dah teringin sangat nak rasa nasi beringin yang Maza selalu jajer tuh... tapi... eeemmm...cuba Maza sound skit kawan baik Maza yg kat Sharmelin Perkasa tuh!... sibuk sokmo jer!...

izman said...

terlepas..... alamak.

haapy belated birthday nekcun. moga terus panjang usia, murah rejeki, dipanjangkan idea utk berkarya dan berbahagia selalu.

Nek Cun said...

Izman... terima kasih di atas do'a Izman. Memang nekcun seronok betul bila kekawan semua sentiasa mendo'akan kejayaan nekcun dalam berkarya...

Mersik said...

Salamz nekcun ,

Wahh.. selamat hari Jadi daun keladi la yer. Maap la pokcik ni mmg slow sikit nak ucapkan, maklom la dah tua.

Apa2 pun semoga nekcun akan sentiasa ceria dalam menghadapi hidup ini, sihat tubuh badan dan berjaya dalam kerja yang dilakukan.

Pendek kata, semoga segala2 indah saja la hik hik..

Nek Cun said...

Pokcik, tima kasih kerna ingat gak nak do'a untuk kesejahteraan nekcun. Do'a dari kekawan memang nekcun amat hargai sehingga akhir hayat....