Monday, March 23, 2009

Kreativiti Minda & Kerja Berpasukan...


Pada hari Ahad semalam, satu hari nekcun dan keluarga terlibat dengan Hari Keluarga di tempat tinggal kami iaitu USJ5. Hari Keluarga tersebut dianjurkan oleh USJ Residence Association (USJRA) dan New Straits Times. Banyak aturcara yang melibatkan keluarga telah dijalankan di Padang MPSJ yang berhampiran rumah nekcun.

Nekcun sekeluarga turut memeriahkan aktiviti Hari Keluarga itu dengan menyertai “Treasure Hunt”. Sengaja nekcun ajak anak-anak untuk turut serta kerana bagi nekcun aktiviti Treasure Hunt ini adalah satu aktiviti yang banyak menguji kreativiti minda kita disamping menguji IQ, pengetahuan am dan juga ‘thinking skill’ kita.

“Macam mana ni mama?” anak bungsu nekcun merungut.
“Macam mana apa?” soal nekcun balik.
“Ni… nak baca ‘Tulip’ ni pun tak faham… apatah lagi nak jawab 30 soalan-soalan nih!” dia mengomel lagi.
“Hah!… ‘Tulip’ pun Cu Lin tak tahu ke? ‘Tulip’ tu kan bunga!… apa raaa!…” sepupu dia yang dipanggil Abang Ee menyampok.
“Huh… iya lah tu… kalau abang Ee kata ‘Tulip’ ni bunga… Abang Ee soranglah cari harta karun tuh!” sambil tergelak besar anak bungsu nekcun mengusik sepupunya.
“Sajer jer Abang Ee nak test Cu Lin… Abang Ee tahulah ‘Tulip’ tu arah tunjuk jalan…” riuh rendah kami dalam kereta ketawa.

Dalam kumpulan nekcun hanyalah nekcun, Cu Lin (anak bungsu nekcun), Abang Ee dan isterinya Kak Linda. Sengaja nekcun ajak anak buah turut serta, jadi bolehlah naik kereta depa sebab kereta depa pakai NGV… jimat minyak!… hehehee…

Treasure Hunt kali ini melibatkan perjalanan ke seluruh kawasan USJ, Subang Jaya yang lebih kurang 30 km. Kami pula perlu menjawab sebanyak 30 soalan dan dikehendakki membawa balik ‘Harta Karun’ sebanyak 3 barang. Sebanyak 32 buah kereta telah menyertai Treasure Hunt tersebut.

Huh!… pening betul kami sekeluarga dibuatnya, tambah-tambah lagi semua soalan dan petunjuk Harta Karun adalah dalam Bahasa Inggeris. Nekcun lihat dari 32 kereta itu, kumpulan keluarga Melayu yang menyertai adalah dalam 7 buah sahaja, yang lainnya adalah kumpulan keluarga Cina dan India. Hei… memang ‘berasap’ juga kami dibuatnya bila banyak clue-clue soalan-soalan yang melibatkan English literature, jargon words and phrases. Nasib baik anak bungsu nekcun siap bawa Dwibahasa Dictionary…

Q: Cancelled the Approved Permit to see Mark’s wife.

Itu adalah salah satu soalan yang diberikan di satu jalan di Taipan USJ. Bagai nak pecah kepala kami sekeluarga memikirkannya. Tiba-tiba Cu Lin terpandang satu kedai tu tertulis “JAPLO Sdn. Bhd.”
“Huh!… itulah jawapannya!…” kata nya riang.
“Kenapa pulak?” soal Abang Ee.
“Iyalah… cancelled Approved Permit… maknannya cancelled AP… to see Mark’s wife… J.LO kan isteri kepada Marks Anthony? Jadi JAPLO tu jawapan yang di carilah!…hehehe…” Cu Lin bersorak riang.

Sampai di satu kawasan lain pula, soalan yang dikemukakan adalah:

Q: Emirates, Reeboks and JJB.

“Hei… apa ni? Bunyi macam kasut sport ajer tapi tak ada pun kedai kasut kat sini!” Cu Lin & Kak Linda menyungut.
“Apa…apa soalannya? JJB? Itu bunyi macam nama stadium ajer…” Abang Ee yang memang meminati bola sepak menyampok.
“Iya ke? Hah tu… Stadium Curry House Restaurant!… dah tentu itulah jawapannya!” jerit Cu Lin dan Kak Lindanya.

Begitulah satu dua contoh soalan yang telah memeningkan kepala kami semalam yang nekcun ingat, dan Alhamdullilah, setelah berhempas pulas memerah otak mencari jawapan dan harta karun yang dikehedakki, keluarga nekcun berjaya juga menyudahkan misi Treasure Hunts dalam jangka masa yang ditetapkan, malah kami berjaya balik ke pengkalan sepuluh minit lebih awal iaitu kira-kira pukul 1.00 tengahari.

Kami tidak begitu mengharapkan untuk menang tetapi tujuan utama nekcun mengajak anak dan anak-anak saudara untuk menyertai Treasure Hunt adalah untuk menguji minda dan juga menitipkan team spirit di dalam mencapai misi. Memang jelas kelihatan ketiga-tiga mereka betul-betul bekerjasama sepanjang aktiviti berjalan. Sikap-sikap positif begini perlu dipupuk dikalangan anak-anak kita sekiranya kita mahu mengukuhkan ukhwah sesama Islam. Apabila perasaan bekerjsama itu telah dipupuk dari rumah, maka apabila mereka keluar bermasyarakat pun sikap positif itu akan tetap terjalin. Bagi nekcun inilah salah satu cara untuk kita mengiratkan siratulrahim anak beranak, saudara mara dan sahabat handai.

Apabila keputusan diumumkan, kami langsung tidak menyangka yang kumpulan kami telah berjaya menjadi ‘top 13’ pemenang yang berjaya mendapat hadiah. Ketika pihak consultant memberikan jawapan-jawapan, ramai yang ketawa macam nak pecah perut kerana memang banyak jawapan-jawapan yang diluar jangkauan minda sekiranya kita tidak pernah menyertai aktiviti Treasure Hunt kerana aktiviti Treasure Hunt memang mempunyai tekniknya yang tersendiri di mana kekadang minda kita perlu berfikir “out of the box”…

Bagaimana pun, nekcun lihat anak dan anak2 saudara nekcun cukup seronok kerana berjaya menjadi salah satu ‘top 13 teams’ walaupun ini kali pertama mereka menyertai Treasure Hunt. Bagi nekcun ‘Hari Keluarga’ USJRA & NST semalam memang menyeronokkan…

15 comments:

Anonymous said...

wahhh...den yg pertamo menggondol hadiah menjadi pengomel kek sini...wakakakka

Nekcun, pertama2nya maza nak ucapkan tahniah kerana tersenarai pemenang..hehehhe

keduanya, maza memang tak pernah sertai mencari harta karun nie ha..terutama yg berkereta....huhuhuhu

tapi, setelah membaca soalan2 yg diberikan itu, ada harapan tergeliat dan terseliuh terus kepala dibuatnya......wakkakakaka

last but not least....saranan nekcun amat saya setuju....hehehhe

:D

Nek Cun said...

Maza, memang nekcun terharulah kerana Maza yang pertama memberi komen kek sini... nanti bila-bila lapang leh ajak RMN kita 'open table' yek!...
Menyertai Treasure Hunts ni memang seronok. Nekcun adalah dua tiga kali cuba... memang seronok!... kekadang kita tak pernah terfikir pun itulah jawapannya. Nekcun ingat nak tulis kek sini clues/riddle untuk harta karun tuh... tapi dah tak ingat... maklumlah kertas soalan tuh terpaksa dipulangkan bersama jawapan dan harta karunnya... kalau dak leh gak buat teka teki kek sinin kan?.... hehehe...

Tie said...

Alamak...!!

Nekcun..! Napa tetiba blog Nekcun jadi macam gergasi..? Susah Tie nak baca, besor sangat tulisan ni... terpaksa jauhkan diri dari skrin...hi hi.....

Walau bagaimana pun, tahniahlah nekcun...

Maza...! Wah...laju betul sampai sini, ek. Nak bodek nekcun ko ? Hi hi....

Nek Cun said...

Uiik?...Tie kata blog nekcun besar macam giant? Tak tahulah pulak nekcun... sbb kat PC nekcun, nekcun tengok sama jer... Tie tengok pakai telescope kot!... hehehe...

Abang Long said...

Lain kali bawalah adinda bersama ...

Insaflah said...

Mencari Harta Qarun ... bagus tu !

chekdenoor said...

Bestnyer nekcun......chekdee selalu gak nampak kereta berpelekat yang joint “Treasure Hunt”. Sure bestkan......bila kita berkumpulan.....menyelesaikan pelbagai masalah disepanjang pertandingan itu.....boleh chekdee bayangkan bagaimana keadaannyer....masing-masing sure sirius memikirkan persoalan-persoalan yang ada dalam permainan itu......... memang betul kata nekcun....kalah atau menang bukan penting sangat....tapi semangat kerje berpasukan itu yang paling best......... hmmm.... teringin gak chekdee nak joint....hehehehehe

Nek Cun said...

Eh... Adinda Long minat gak nak menyertai Treasure Hunt ke?... Nanti lain kali kalo ada lagi pertandingan Tresure Hunt camtu, nekcun ajak adinda yek!... Masa tu, jangan kata tak leh plak!... hehehe...

Salam Insaf... terima kasih kerana sudi ziarah nekcun. Ziarahlah selalu sebab kat sini banyak harta Qarun!... hehehe... Iyalah... Ilmu dan pengalaman tu kan sebahagian dari 'Harta Qarun' yang kita selalu tak ambil pusing...

Chekdee... menyertai Treasure Hunt ni, memang seronok! Selain dari pening kepala memikirkan jawapan, sepat juga kita bergelak ketawa kalo ada jawapan-jawapn yang tak terjangkau dek pemikiran kita... Nekcun memang suka Treasure Hunt kerana ia benar-benar mencabar kebolehan kita berfikir...

izman said...

saya bab2 nak fikir2 memang failed. tu ada kawan kerja bank selalu ajak join, saya kata 'NO WAY'. tapi bila ada soalan group dia blurr, dia akan call saya tanya. kebiasaan dia boleh jawab pulak. may be saya tak dalam keadaan stress macam diorang kot.

saya setuju menda2 cam ni eratkan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Nek Cun said...

Izman, sekali sekala memeningkan kepala untuk berfikir ni elok juga tau!... Sebenarnya memang betul cam Izamn kata tu... dalam Treasure Hunt kita tak boleh stress. Kita kena relax ajer, barulah kita boleh fikir... kekadang tu dengan tak sengaja jer kita boleh nampak jawapan yang dicari kalau kita relax jer... Nekcun suka masuk Treasure Hunt sebab suka jalan-jalan dan tengok-tengok tempat-tempat yang kalau sajer-sajer kita tak akan pergi... sekurang-kurangnya lepas tu kita tahu apa yang ada di satu-satu tempat tu...

Anonymous said...

dah lamerr me tak join treasure hunt ghitewww.. hmmmm

Nek Cun said...

En-Me... jom kita buat Treasure Hunts antara bloggers, nak tak? Mesti best kan bila kena cari jawapan dari satu blog ke satu blog...

Yenli said...

Hi there I hope you don't mind me linking you :)

And by the way, i actually posted the clues. You can have a look if you want to :)

http://yenli.wordpress.com/2009/03/22/usjra-nst-treasure-hunt-2009/

Nek Cun said...

Yenli, thanks for linking your address. Really appreciate it as happen that I really wanted to have the full accurate questions... thanks again...

Anonymous said...

You are welcome. This morning, Mr Tan commented on the post with the answers (and reasonings) on some of the questions I weren't sure of. :)))