Wednesday, March 25, 2009

MENCARI HARTA QARUN untuk Kekawan Bloggers...

Lanjutan dari N3 nekcun pasal Treasure Hunt tu… teringin pula nekcun nak ajak kekawan bloggers menyertai ‘Bloggers Treasure Hunt’ untuk menguji sejauh mana minda kita boleh berfikir disamping membolehkan kita mengenali kekawan Bloggers kita lebih ramai lagi…

Di dalam Treasure Hunt, ada beberapa teknik soalan-soalan diolah dan begitu jugalah teknik-teknik untuk kita mencari jawapan. Teknik-teknik yang selalu digunakan adalah seperti:-

1) Soalan berdasarkan ‘straight forward clues’. Contohnya: Teratak yang dihuni oleh seseorang yang tidak diketahui berapa umurnya, perasan dirinya muda selalu tetapi tak sedar yang dia dah setaraf dengan orang tua ibu bapaku di kampung… Jawapannya:
www.nekcun.blogspot.com. …hehehe… (Nak promote nih!)
2) Soalan berdasarkan ‘campur dan susun’. Contohnya: Musim jualan mega di bulan Ogos… Jawapannya: SOGO.
3) Soalan dari awalan huruf atau sukukata. Contohnya: Mama… saya frustlah!... Jawapannya: Menggamit Syurga Firdaus (MSF).
4) Dan macam-macam lagi teknik soalan diolah seperti character pelakon, bidalan2, bunyi-bunyi sebutan dan lain-lain. Nekcun tak dapat nak terangkan semua, nanti panjang sangatlah pulak!... hehehe…
Dengan itu, sesiapa yang nak mencuba menyertai ‘Bloggers Treasure Hunt’ ni, silalah jawab 10 soalan di bawah ini. Semua jawapannya boleh didapati dari blog-blog kekawan yang selalu menziarahi nekcun… Kekawan juga dikehendakki meneka 3 Harta Qarun yang perlu dicari…. Penyertaan adalah percuma... hehehe... Selamat mencuba…

Soalan-soalannya:-

1) Kecil betul tulisan si Mamat nih!...
2) Engkau selalu membuatku rasa rindu pada sidia yang suka usik aku dulu.
3) Come on Brother!... it’s too long!...
4) Tom & Jerry yang selalu buat kita ketawa kerana suaranya yg merdu
5) Kita perlu memandang ke belakang untuk mencari azam kita yang tertinggal.
6) Kekawan kata di rumah ini senang dapat rezeki.
7) Lama dah nekcun tak balik kampung…
8) Mai sini lah chek ooi!… di luaq banyak cahaya…
9) Drama TV tahun 80-an yang popular…
10) Do you want to know what Muhd said to me?

Clues untuk Mencari Harta Qarun:-

1) Usain Bolt yg melawat Malaysia berlari di Lebuhraya Utara Selatan sambil memegang buah limau.

2) Rumahku dibuat dari kayu, hanya bertiang sebatang dan tiada bumbung. Kanak2 dan orang dewasa pun suka memegang-megang aku. Kekadang mataku hampir-hampir buta kalau mereka membiarkan dinding rumahku melindungi mataku.

3) Satu ketika dulu, aku ada 6 beradik. Entah macam mana abang aku yang tua mati dibunuh kerana ramai orang tak suka. Baru-baru ini adik aku yang bungsu pulak disisihkan orang. Sekarang tinggallah kami 4 beradik dan akulah jadi yang sulong sekarang. Berikanlah aku kepada nekcun!..
Hehehe… kekawan boleh jawab secara individu atau pun berkumpulan! Nekcun tak kisah sangat!… The more the merrier… Sesiapa yang dapat jawab semua betul dulu bolehlah ‘date’ ngan nekcun!… hehehe… Selamat Mencuba…

12 comments:

maza said...

Jawapannya ialah:-

1) maza
2) maza
3) RMN
4) maza
5) Tirana
6) maza
7) alam desa (sulela)
8) Pok Li
9) Opah
10) Along

so, bilanya date kita nie.....kita makan nasi beringin pun wokay gak nie...hehehehhe

Nek Cun said...

Maza... 2 jer yang betul...camna nak 'open table' harta qarun pun tak beri lagi... hehehe...

Tie said...

Nekcun...!

Tie datang nak chop pasport dulu... nanti bila dah siap jawapannya baru tie antar ek...hi hi..

Nek Cun said...

Tie, Okey... tapi kenalah cepat sebab kalo masa dah tamat kena potong markah sebab kena penalty... hehehe...

izman said...

err... tgh print clues. nanti cuba jawab.

Nek Cun said...

Izman, treasure hunt mesti ada time limit tau... so, sape lambat kena penalty... potong markah!...hehehe.... Alaahh... bukannya susah sangat, semua jawapan ada dalam blog2 kita sume... soalan pun kebanyakkannya straight forward jer... masa ni lah test kretiviti tuh!... hehehe...

sally said...

salam nekcun,

Minta maaf tumpang singgah.

Nak jawab tak reti. Nak mencari tak pandai..takut kena marah dok geledah sini sana..

Nek Cun said...

Sally... terima kasih kerana sudi singgah. Blogging ni kan 'open concept' jadi kalau gelodak geledek sana sini pun apa salahnya... bukan nak kena bayar cukai pintu pun!... hehehe.. jadi penyertaan ke Bloggers treasure hunt adalah di alu-alukan...

Mak Su said...

saya memang lemah bab2 treasure hunt ni :)

Nek Cun said...

Maksu... mula-mula memanglah rasa susah sikit, tapi dah biasa masuk nanti, akan rasa seronok... tak caya, cubalah!... bila dah dapat jawapan, rasa seronok sangat!...

chekdenoor said...

alaihai...nekcun...cam ni ker soalannyer....wahduhhhhh....susah bangat tu....... kalu nekcun kasi soalan chemistry....sure chekdee leh jawab...hehehehehehe

Nek Cun said...

Chekdee... sebenarnya soalan tu tak susah pun... ia cuma memerlukan concentration and observation... Nekcun rasa chekdee mesti boleh jawablah!...