Tuesday, March 17, 2009

Alahai... Ahli-ahli Yang Berhormat...

Mini parlimen di cafeteria pagi tadi , begitu hangat sidangnya. Sesekejap terdengar suara Atuk Li mengomel, sesekali terdengar pakcik Meran menyungut dan tak ketinggalan juga pakcik Ta menyampok di sana sini.

“Huh… mereka ni sebenarnya sama jer ngan apa yang kita hadapi sekarang!” pakcik Meran bersuara sambil menunjukkan satu artikel di dalam akhbar bertajuk ‘EPF paid 4.5% dividend’.

“Apasal pulak?” pakcik Ta bertanya dengan muka dia yang nampak blurr ajer…

“Iyalah… duit banyak masuk, berbillion-billion… tapi asyik nak kena ‘support sana support sini… invest sana invest sini’… akhirnya untuk bayar dividen dah tinggal seciput!...” ujar pakcik Meran sambil menghirup teh tariknya!

“Betullah!... yang berbillion-billion tu termasuklah caruman aku setiap bulan kan!” Atuk Li menyampuk sambil menyeringai.

“Habis tu… apa pulak yang sama ngan kita sekarang nih?” pakcik Ta yang masih blurr bertanya lagi…

“Alaaahhh… takkan tak tahu… kononnya syarikat kita untung berbillion juga… malah salah satu syarikat yang untung tertinggi lagi… tapi… tengoklah!... bonus kita berapa jer? Silap haribulan, ada yang tak dapat langsung!...” ada nada sembilu dalam suara pakcik Meran.

Nekcun dan makcik Bee hanya senyum sajer. Membiarkan jejaka-jejaka yang menjadi ahli parlimen mini itu meneruskan hujjahnya.

“Ko mesti dah tahu sape dapat tinggi kan Li?” tiba-tiba makcik Bee bersuara.

“Entah!... tak sempat nak tengok!... tapi… macam aku cakap kat ko lerr… waktu balik tu, cepat-cepatlah balik… jaga suami kat umah lagi baik…” seolah malas sahaja Atuk Li menjawab.

“Eemm… itulah yer… kekadang rasa macam demoralized gak kita ni yek!... kita bertungkus lumus kerja, sampai tinggal suami balik lewat-lewat, tapi bila tang imbuhan, orang lain gak yang dapat banyak!...” ujar makcik Bee perlahan, frustlah tuh!...

“Hei… apa nak susah-susah… kalo kita tak dapat bonus banyak pun, kita tak gak jadi miskin kan?... Tok Li masih boleh pasang makwe kiri kanan… makcik Bee masih boleh beli gelang berangkai-rangkai… so, why worry? Yang mustahaknya, kita ikhlas di dalam menjalankan tanggungjawab kita!” nekcun cuba menceriakan suasana.

“Haah!... betullah nekcun!...” makcik Bee kembali ceria.

“Betul…betul… nekcun!... apa yang mustahak makwe masih nak kat aku kan?” Atuk Li ketawa terbahak-bahak. Pakcik Ta ngan pakcik Meran pun turut ketawa.

“Oh ya!... oleh kerana ko asyik pasang ramai makwe… aku cadangkan ko makan ubatan herba tempatan KUKUBIMA...” usul nekcun sengaja nak mengusik Atuk Li.

“Ubat apa tuh?” pakcik Ta tambah blurr. Pakcik Meran pun nampak macam blurr gak!

“Eh… ada!.. aku biasa dengar product herba tempatan tu…” balas Atuk Li selamba.

“Ko tahu tak apa makna KUKUBIMA tuh?” nekcun bertanya Atuk Li.

“Ntah!... apa maknanya?” Atuk Li mengerutkan dahinya.

“Itulah korang ni… suka buat sidang parlimen sendiri ajer!... cuba ikuti sidang parlimen yang betul tuh… tentu korang tahu!... dalam sidang parlimen semalam ada yang berhormat membincangkan pasal herba KUKUBIMA nih!... nekcun ngan atok bagai nak pecah perut ketawa bila dengar depa sebut makna herba KUKUBIMA tuh semasa mengikuti edisi parlimen di TV!” balas nekcun.

“Apa maknanya nekcun?” tanya pakcik Meran agak excited.

“Kurang Kuat Bini Marah!...” jawab nekcun selamba…

“Hahahahaha….” Kedengaran hilai tawa berderai-derai di mini parlimen kami pagi tadi.

Eeemmm… nekcun sendiri tak sangka dalam Parlimen Malaysia ada membincangkan isu-isu sebegitu… kerana rasanya... ada banyak lagi isu-isu yang melibatkan keresahan rakyat marhain yang perlu dibincangkan atau didebatkan dengan lebih menyeluruh!... Adakah kita pembayar cukai yang tak secara langsung juga membayar gaji-gaji ahli-ahli yang berhormat, sanggup menerima hakikat bahawa kita hanya disogokkan dengan perbincangan dan perdebatan pasal makna KuKuBiMa di Parlimen? sedangkan pelaburan KWSP kita tidak siapa pun yang mahu ambil tahu!... Entahlah!...

p/s: Terlalu banyak iklan2 barangan sebegitu di internet sekarang! Sakit hati nekcun kerana memenuhkan e-mail nekcun tak tentu pasal jer!... entah dari mana mereka2 ni dapat e-mail address nekcun!...

11 comments:

Tie said...

Hmm....ahli parlimen..entah apa tujuan mereka sebenarnya nakkan kerusi tu...Mungkin eloklah makcik2 dan pokcik2 termasuk nenek dan atok dok kat situ. Kita semua ada banyak perkara yang lebih penting untuk dibincangkan....

Tie pun ada terima banyak email karut mengarut tu...bila klik spam, datang lagi benda yang sama...heran gak.

Abang Long said...

Bak kata Yang Berjuang Pak Samad.

"Kita ajar mereka dengan BAHASA UNDI!"

"Saya tidak dipergunakan, tapi saya dimanfaatkan."

Nek Cun said...

Tie, kekadang terfikir gak dalam hati nekcun nak masuk politik supaya boleh duduk dalam parlimen tuh!... tapi sape nak undi nekcun?....hehehe...

Adinda...memang kita nak ajar mereka dengan kuasa 'Bahasa Undi' tetapi kalo lebih ramai orang yang tidak bersedia untuk menggunakan 'bahasa Undi' camna?... maka itulah akhirnya... muka tu jugaklah yang berkuasa...

chekdenoor said...

Nekcun....jomkita tubuhkan parti baru.....namakan...parti apa yek...... nekcun jadi president....chekdee undi....heheheheh.....chekdee nak jadi naib presedent....nekcun undi....heheheheheh..... tapi...satu undi jer ya...hmmmmm mana cukupkan.....

Perasaan dalaman chekdee...kan.....hmmm...semacam...chekdee tak happy jer bila najib nak jadi PM....... entahlah nekcun...... chekdee rasa sedih sangat....... chekdee berharap sangat akan berlaku satu keajaiban....agar najib tak jadi PM............ tapi ..siapalah kita kan

Anonymous said...

pasal perbincangan merapu di dewan Parlimen tu ha, maza tak terkejut sangat..

sebab sedari dulu maza tahu tabiat dan kekebalan mereka....erk! tidak ketinggalan kebebalan sekali...

Masalah ekonomi, masalah kepentingan sejagat, masalah penggunaaan, masalah pendidikan, masalah syarikat berkepentingan rakyat...perlu diselak, dibelek utk mencapai sesuatu yg terbaik!

Tapi, selagi mana tidak tersentuh taik di hidung YB itu, sudah tentu ia kurang penting bagi mereka...sama seperti soal KWSP tersebut.. mereka tak mencarum dan tak mengharapkan KWSP utk urusan hari tua.. mana boleh sama darjat keperhatiannya sama dengan kita!

huhuhhu


maza: kecil hati terhadap golongan yg tahu penuhkan poket sendiri sahaja! Nasib kami bagaimana?!

izman said...

malas nak fikir pasal ahli2 parlimen. mereka bukan ikhlas 100% memperjuangkan nasib rakyat, banyak difikirkan tentang nasib dan tembolok mereka.

Mersik said...

Wahh.. golongan warga tua berparlimen. Rugi tul pokcik tak join.. hik hik..

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Ada sorang rakan setugas di sini, sudah senior. Asal dari Kedah. Dia kata, cikgu pernah ckp kalau ckp pasal politik sebenarnya istilah sebenar untuk PolyTaik!! hehehee.. bukan saya kata tau...dia kata.

Nek Cun said...

Chekdee... betullah!... nekcun pun dengar ramai orang tak berapa syok kalo dia yang naik jadi PM sbb takut nanti bini dia yg lebih pulak... ada orang kata dia ada penyakit TB (takut bini)... hehehe... nekcun tak berani nak komen sbb nekcun pun suka gak kalo atok pun ada penyakit TB tuh!...hehehe...

Maza... nekcun pun sedih gak macam Maza sbb bila dah pencen nanti hanya harap kat duit KWSP tu jer ler... lainlah kalo orang Gomen, ada pencen... tapi ahli2 yg berhormat tak kisah sangat pasal kwsp ni sbb mereke dapat pencen!... Awat maza tak mahu main badminton macam chong Wee, dapat pencen dan Dato' lagiiii.... entah apa-apa entahlah!... rasa nak baikot ajer bayar incometax kerana kita kerja terok2 dan terpaksa bayar incometax tapi orang lain yang senang2 dapat duit pencen...

Nek Cun said...

Izman... memang betul apa yang Izman cakap tu! Nekcun sokong 100%. Depa ni tak pernah fikir pasal rakyat tapi kisah pasal nak tambah harta depa jer... bialah depa mati nanti dihimpit dek tanah baru tahu!... kekadang nekcun pun geram gak ngan depa-depa nih!... Jom kita baikot jangan bayar incometax nak tak?...

Pokcik... memang seronok kalo pokcik2 & mokcik2 berpalimen nih! Camna kalo kita kekawan bloggers ni buat perjumpaan dan berpalimen? Nekcun lantik pokcik jadi Speaker dewan, mahu tak?...

RMN, nekcun tak beranai nak komen sbb nekcun bukan ahli bahasa... takut kalo silap komen nanti kena bantai pulak macam PPSMI...hehehe...

Unknown said...

politik zaman sekarang orang syok sendiri nak jadi ahli politik...mencalonkan diri..mintak orang lain supaya percaya kat dia dan undi untuk dia...sedih..tapi itu hakikat demokrasi ala barat yang dibanggakan...kalau syd masuk politik mesti cam tu jugak kan?

politik zaman rasulullah dan sahabat pemimpin dilantik..tak mencalonkan diri pada khalayak ramai..tak minta untuk di pilih sebagai pemimpin...yang memilih ada lah golongan-golongan intelectual dan alim ulama (ibadat yang tiada cela)..dan masing-masing sedaya upaya menolak jadi pemimpin kerana tidak sanggup menanggung resiko~

demokrasi?

undi seorang professor berbeza dengan undi seorang petani...tapi kuasa undi sama besar..itulah kelemahan demokrasi..