Alhamdulillah, kelahiran “TIDAK KU PINTA” dengan Buku Prima akhirnya terlaksana jua. Pada hari Rabu lepas nekcun telah pun mendapat beberapa buah ‘complementary edition’ dari Buku Prima dan katanya InsyaAllah pada minggu ini (19/1/2009) novel nekcun itu akan mula boleh didapati di kedai-kedai buku.
Setiap kali menantikan keluaran novel baru, nekcun rasa macam menantikan kelahiran anak pula. Hati sentiasa berdebar-debar memikirkan adakah ianya dapat diterima dan memenuhi citarasa pembaca sekelian. Bagaimanapun, nekcun sentiasa berdo’a dan mengharapkan ianya akan mendapat sokongan dari peminat-peminat novel dan semua pembaca yang budiman.
Kehadiran ‘TIDAK KU PINTA’ di dalam dunia pernovelan kali ini di harap akan dapat banyak memberi iktibar dan tauladan kepada anak-anak muda di dalam mengharungi dunia percintaan dan juga alam kerjaya. Seperti yang nekcun sering nyatakan, dalam mengharungi kehidupan di dunia ini kita tidak akan dapat lari dari Cinta & Cita-Cita. Anak-anak remaja sering terleka ketika mengharungi kedua-dua era ini, maka adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa pula membimbing mereka ke jalan yang sepatutnya.
Oleh itu nekcun telah merangkumkan semua lapisan umur dan golongan masyarakat di dalam mewarnai watak-watak dan konflik-konflik yang diutarakan di dalam TIDAK KU PINTA. Ianya adalah cerita benar sebuah kehidupan yang telah diharungi oleh seorang insan yang mahu ianya dikongsi bersama oleh orang lain kerana baginya berkongsi pengalaman demi untuk kebaikan insan-insan lain adalah sesuatu yang amat bermakna!… Semoga pembaca sekelian seronok membaca novel ini.
Sinopsis: TIDAK KU PINTA.
Pengalaman pahit ketika ghairah memupuk cinta pertama bersama Kamal membuatkan Haryati terpaksa membina tembok yang menutup pintu hatinya dari diterjah lagi oleh perasaan cinta dari insan yang bergelar kekasih. Hancur luluh perasaan Haryati bila Kamal menghilangkan diri. Tambah memeritkan apabila peristiwa hitam yang dilalui bersama Kamal sentiasa memburunya sehingga membuatkan Haryati sering lemas sendirian.
Namun hidup mesti diteruskan walau apa pun badai yang melanda. Pemergian ibu bapanya dalam trajedi hiba turut menjadikan Haryati seorang gadis yang cekal menghadapi segala cabaran hidup ini. Bukan lagi cinta yang dikejar tetapi cita-cita yang menjulang tinggi menjadi sasarannya kini.
Dalam menggapai cita-citanya, pintu hati Haryati sering diketuk oleh lelaki yang sentiasa dahagakan cintanya. Dalam kepayahan Haryati terus cuba mempertahankan tembok yang dibina demi menjaga maruah yang sudah tercalar dari terus menghantui hidupnya.
Kecekalan dan kesabaran Haryati di dalam mengharungi hidup tanpa insan-insan yang disayangi menjadi lebih mencabar apabila ketua dan majikannya juga terus-terusan menduga emosi dan perasaannya. Kehadiran Dato’ Johari, seorang lelaki hartawan yang begitu prihatin terhadap liku-liku kehidupan Haryati benar-benar menduga kekuatan Haryati dari terus mengurung hatinya dalam tembok yang dibinanya.
Demi maruah diri, akhirnya Haryati pasrah akan jodohnya, walaupun dia tahu bukan mudah untuk hidup dengan lelaki itu lantaran terlalu banyak perbezaan dan halangan yang membelenggu mereka.
Dapatkah Haryati membina bahgia bersama lelaki yang telah mula dicintai dengan sepenuh jiwa dan raganya, walaupun setelah mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya? Bagaimana pula Haryati mahu menepis segala fitnah yang mendatang lantaran Kamal tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya? Hanya “Tidak Ku Pinta” yang akan dapat memberikan jawapannya kerana apa yang berlaku bukanlah hak kita sebagai makhluk Allah untuk menentukannya!

Selamat membaca!....
19 comments:
tahniah nekcun...insyaALLAH bila dah pulang ke malaysia nanti syd try cari novel ni...huhu..selamat maju jaya ye nekcun~
Hmm...dari synopsisnya , menarik sekali... nanti tie cari la kat kedai buku di ganu tu, ekk...
Tahniah nekcun!!
saya nak dapat buku yg ada autograf nekcun macam mane?
Salam Sayyid... lama tak dengar khabar. Dah habis exam ke? Nanti balik cuti cari-carilah buku nekcun tu yer... hadiahkan kat girlfriend pun elok juga...hehehe..
Tie... nekcun rasa sekarang nih dah ada buku tu kat kedai... Tie carilah yer dan lepas baca berilah komen...nekcun suka kalau dapat komen dari pembaca, boleh improvekan mana-mana yang kurang untuk buku baru plak nanti...
Izman... kalau nak buku yg ada t.t nekcun no problem!... pada 27/2/09 hingga 1/3/09 Karangkraft ada buat pesta jualan buku-bukunya di Shah Alam. Jadi Buku Prima pun akan termasuk dalam pesta tuh!... InsyaAllah nekcun akan berada di Gerai Buku Prima pada 28/2 & 1/3, so bolehlah Izman datang untuk nekcun t.t. novel tuh!... harap dapat war-warkan pada kekawan lain yer!...
tahniah nekcun..... nanti chekdee g cari buku tu dan beli dan baca..... kena kasi sokongan kepada nekcun ni....... chekdee terasa pula cam banggsa menjadi rakan ciber nekcun......hehehehe
chekdee tahu...bukan mudah untuk menulis sebuah buku..... tahniah ya nekcun....
Salamz Nekcun,
Wahh.. seronoknyer. Tahniah daun keladi dgn kehadiran buah tangan yang terbaru ni.
Semoga ianya akan mendapat sambutan yang hangat bangat, ngetop, da bomb serta laku keras.. yihaaa
Chekdee, terima kasih di atas sokongan. Mula-mula semasa nak mencuba dulu memang susah! Banyak cabarannya! Alhamdulillah... dengan berkat kecekalan hati nekcun, sekarang dah mula nampak hasilnya...tambah-tambah lagi bila atok dah mula faham minat nekcun nih!...
Pkcik... terima kasih gak ngan do'a pokcik tuh!... nekcun harap sangat sokongan padu dari kekawan macam pokcik nih!... kalau keberuntungan nanti, bolehlah kita ngeteh-ngeteh sambil minum2 tongkat Ali cafe...hehehe...
hai nekcun.terima kasih sudi mai blog ila, mengkabarkan berita baik. berita baik nekcuk, baik jg bagi ila. tahniah, lahirnya novel pertama di bp. nanti nak jg jumpa nekcun lagi. hari tu tak puas sembang....
Baru pulang dari Pejabat ALAF. Belum kelihatan novel itu.
Salam nekcun..tahniah di atas keluaran novel tersebut. Insylh saya akan turut membelinya...nak tanya nekcun pasal cara2 tulisan kita nak masuk pasaran camner ek...novel la...
Ila, terima kasih kerana sudi berkongsi seronok ngan nekcun...marilah kita sama-sama meriahkan dunia pernovelan Melayu di Malaysia ini...Jika hasil penulisan J.K.Rowling pun boleh laku di sini, kenapa anak Melayu sendiri malu mahu membaca novel karya anak bangsanya sendiri?...
Adinda Long, nekcun baru balik dari pejabat BP petang tadi, GM nya Pn. Sarah kata sepatutnya buku nekcun sudah ada di Alaf kerana sudah hampir 2 minggu mereka serahkan untuk pengedaran. Mungkin Alaf belum display lagi kot... cuba-cubalah tanya... harap adinda long boleh tolong promote sama yer!...
Belatuk,terima kasih atas sokongan. Sebenarnya nekcun sendiri pun bukanlah arif sangat dengan tatacara penulisan nih kerana nekcun pun baru setahun jagung 'menerjunkan' diri dalam industri nih... tapi Alhamdulillah kerana setiap manuscript yang nekcun hantar kepada penerbit dapat mereka terima untuk penerbitan... nekcun sarankan agar belatuk cuba-cubalah hantar manuscript pada mana-mana penerbit... macam orang selalu kata..."test market"...hehehe... mana tahu, kalau ada rezeki... meletop pulak novel belatuk tuh!...
Oh la la...
Baca sinopsisnya aje dah mendebarkan sukma... ha ha ha. Tahniah, NekCun. Semoga sukses macam novel Siti Rosmizah tu. Reprint berkali-kali dalam masa empat bulan.
Salam OD, terima kasih di atas do'a yang ikhlas tuh!... Semoga Allah akan mengkabulkannya. Marilah kita sama-sama menyemarakkan dunia pernovelan di Malaysia ini...
Salam nek Cun,
Baca sahaja cerita buku ke3 nenek nie sudah pasti bagus... Saya akan nantikan keluaran nya disini(singapura)...Insya-Allah..
salam ziarah
synopsis menarik!
nak kena cari ni
Datin... rasanya macam dah sampai jer ke singapore sbb kat JB dah ada... tima kasihlah kerana sudi baca novel2 nekcun... singgahlah selalu ke teratak nekcun nih!...
Adila... tima kasih gak kerana minat kat novel nekcun. Sekarang dah banyak ada di kedai2. Semoga Adila seronok membacanya...
saya dah beli buku ni dan dah abis baca. menarik! nanti ada masa saya ulas sikit kat blog saya, harap nekcun tak kecik ati kalau ulasan saya nanti terlalu lancang.
Izman... terima kasih kerana dah sudi baca TIDAK KU PINTA. Nekcun tak kisah kalau Izman nak komen kerana komen yang membena memang amat nekcun harapkan untuk memperbaiki lagi karya yang akan datang. "Kita tidak akan dapat menilai diri kita sendiri. Hanya orang lain yang melihat kita akan dapat menilai kita dari segenap sudut!..."
hmmm..interesting.. ^_^
i'll get one soon..
Post a Comment