Tuesday, January 13, 2009

Berjihad dan membaikot barangan Al-Kafirun!...

Sebelum mesyuarat pagi tadi nekcun dan beberapa kawan yang juga ahli mesyarat sempat berbual-bual pasal nak baikot barangan dari US / Israel. Maka mula dari kami tiga orang dah jadi semua orang pulak yang turut membincangkan isu itu. Dan tak secara langsung dah jadi macam satu agenda menyuarat pulak!... hehehe…

“Heh.. kalau macam tuh, apa lagi yang kita nak minum? Semua product nestle tak boleh… milo, Nescafe dan lain-lain sumenya kena baikot!...” rungut seorang teman tu..

“Ikut macam aku!... aku minum Ali cafĂ© jer!... kalo tak pun, kopi Radix… lagi best. Bukan takat sedap, power plak!... cuba kau beri hubby kau minum. Mesti dia suka punyer!...” seorang ‘mamat’ mengusik ‘minah’ yang merungut tadi.

“Hah… Hajjah!... nampaknya dah tak boleh nak pakai minyak wangi astee lauder lagilah yek!.. make-up pun kena tukar brandlah nampaknya!...” seorang teman lain mengusik nekcun pula.

“Tak mengapa… kerana saudara Islam ku di Gaza, saya sanggup pakai minyak wangi ‘Seribu Bunga’ dari Mekah ajer!... make-up pulak, pakai ajerlah Felisa cosmetic atau pun Safi… terjamin pulak halalnya!” jawab nekcun selamba!

“Betul ke tu, Hajjah!... mana ada class pakai brand local!...” teman itu mengusik nekcun lagi kerana dia memang tahu apa brand minyak wangi dan alat make-up yang nekcun selalu pakai.

“Hei… kita kenalah berubah!.. tadi beriya-iya sangat kutuk Yahudi tuh!... tak kanlah nak buat perubahan yang kecil begitu tak sanggup?” nekcun pula sengaja nak mengusik sambil mahu mencabar teman yang sorang nih!...

“Hajjah… tak apalah!.. dia pakai apa brand pun tetap ‘cun’ almaklumlah… nekcun!” dia terus lagi memperli nekcun. Kedengaran derai ketawa kekawan lain yang ada dalam bilik mesyuarat tuh!... berdesing juga telinga nekcun walau pun nekcun tahu mereka sajer mahu bergurau.

“Bukan kira cun atau tak cun!... objectif kita apa? Nak baikot kan? Nak berjihad, nak tegakkan kekuatan Islam kan? Jadi apa salahnya kita berkorban sikit untuk ugama dan saudara seugama kita!... Lagi pun, barang-barang keluaran Malaysia tak kurang juga kualitinya!... dan harganya pun murah pulak… jadi kita boleh ‘killed two birds with one stone!”.. Disamping membaikot barangan US/Yahudi, kita juga boleh meningkatkan atau membantu usahawan kita dan juga kita boleh menjimatkan belanja. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang sedang merudum sekarang ini!... Betul tak?” nekcun mula berhujah.

“Ini yang susah kalau nak challenge orang yang selalu buat ceramah!... kita cakap satu, dia jawab sepuluh fakta!... emmmm… tapi memang betullah apa yang Hajjah cakap tuh!...” seorang teman yang duduk bertentangan memberi komen.

Sebenarnya nekcun sendiri agak bimbang dengan keupayaan nekcun menahan nafsu membeli di dalam melaksanakan kempen membaikot barangan US/Yahudi ini kerana memang boleh dikatakan semua barangan yang disebutkan itu adalah keperluan harian dan memang ada banyak di rumah kita. Namun, demi tekad kita untuk membantu saudara seugama yang sedang dizalimi dan semangat jihad yang telah berkobar-kobar dalam hati ini, nekcun kuatkan hati juga untuk membaikot barangan-barangan terlibat.

Awal-awal lagi atok dan nekcun dah beri amaran pada anak-anak dan cucu nekcun supaya tidak lagi pergi ke Starbuck, MacD, KFC or Pizza. Walaupun pada awalnya mereka agak membantah, tetapi setelah mereka sendiri melihat gambar-gambar dan berita-berita yang menyayat hati itu, Alhamdulillah nampaknya semua anak-anak nekcun juga bersemangat untuk melaksanakan kempen membaikot barangan US/Yahudi itu.

Marilah kita sama-sama mendo’akan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di Gaza & Palestin. Semoga usaha kita ini akan diberkati Allah kerana bagi nekcun itu sahajalah yang mampu kami lakukan untuk berjihad membantu menegakkan ugama Islam.

9 comments:

lela said...

Alhamdulillah, Nekcun...saya pun dah start memboikot produk Israel ni. Kebanyakan barangan kat rumah dah saya tukar dengan produk2 muslim. InsyaAllah... Lagipun seperti yang Nekcun cakap, bukan saje halal dan toyyibah, malah boleh pula memboikot sama. Buat permulaan ni memang la agak sukar sebab dah sebati dengan selera makan kita. Macam milo tu...dah jadi minuman harian. InsyaAllah...alternatif lain kan ada...

chekdenoor said...

Salam,
banyak yang kia kena ambil ikhtibar dari kejadiaan ini. Mungkin ALLAH membenarkan semua ini terjadi, agar masyarakat Islam dapat mengambil pengajaran dari apa yang tersirat dan tersurat.

Tie said...

Benar kata chekdee tu. Kena ambil ikhtibar.

Belilah barangan Malaysia!!

maza said...

Nekcun, maza pun sama...

Ubat gigi sudah berubah dari Colgate kepada Mukimin,

Bedak pula berubah daripada pakai kepada tak pakai (jimat duit ma) hehehhe


bab makan lak, dari kedai Mamak Naina yg mahal kepada Kedai Mamak Khalifah yg menjalankan kampen harga runtuh!

Tak berbelanja lagi di Giant mahupu Tesco, sbb bini duduk kat Kuantan sy duduk kat sini, Kalau sama2 duduk sini, mau juga kaki gatal ke sana....hahahaha

tapi apa2hal pun, perkara ini perlukan keiltizaman.

Dan saya yakin, dgn sedikit pengorbanan kita ini, memberikan makna besar sepada Palestine dan Majsid Al Aqsa!

Allahukabarrrrr......

http://mazaaida.blog.friendster.com

(erk! line blog maza dah ok dah, jemput ler datang)

KAKTINY said...

ada benarnya cakap nekcun tuh.. skrg produk buatan anak tempatan pun dh byk.. dah setanding dh dengan produk2 israel tuh... branded?.. tu pada pemikiran je.. yg terusan dijajah oleh dakyah yahudi..

mulai skrg.. saya berazam nak gantikan produk israel dgn produk tempatan.. semoga saya juga terus kuat dan cekal... utk terus memboikot!!!....

Abang Long said...

Banyak produk syarikat Melayu @ Islam yang boleh digunakan.

Nek Cun said...

Lela,elok sangat kita tuker jer pada barangan M'sia kerana halalnya pun terjamin. Boleh makan / pakai tanpa was-was...

Chekdee, betul tuh!... setiap yang berlaku itu ada hikmahnya... sebaiknya kita mengambil iktibar dari apa yang terjadi...

Tie... aik!...kempen nampak!...hehehe... tapi eloklah kita bertukar kepada barangan Malaysia... kualitinya pun tak kurang elok dari barang2 import tuh!...

Maza... nekcun beli barang2 dapur kat Mydin di USJ, dekat dengan rumah nekcun!... harganya memang berpatutan dan banyak pilihan plak tuh!... kiranya tak ada masaalahlah bagi kami di USJ, Sbg Jaya ni kalo Giant/Tesco/Carrefour tutup!....hehehe...

Kak Tiny, marilah kita sama2 baikot... kalau pun ianya tak mungkin menjejaskan US/Israel tetapi sekurang-kurangnya duit kita tidak akan sampai ke sana langsung!... semoga rezeki kita akan sentiasa barakah!...

Adinda Long, betul tuh!... apa kurangnya barangan buatan Malaysia. You name it, we have it!...hehehe...

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

salam nekcun...

walaupun kita seorang yang boycott insyaAllah ada efek pada israel...percayalah...setiap sen yang kita pakai untuk barang tu dibiayai untuk setiap peluru ke tubuh anak-anak kita di palestin...

walaupun kalau dulu 70% barang harian di rumah pakai barang israel/amerika tapi peratusan dah makin kurang..sekarang maybe around 20%...

minyak wangi pun tukar pakai atar..tapi inti bau masih davidoff..tahan lama skit...syarikat islam punya..InsyaALLAH~

BurungBelatuk said...

aku setuju nek cun...anyway, aku dah kembali. Sudi2 la singgah kat blog aku k...