Saturday, January 3, 2009

Ma'al Hijrah 1430 Vs Tahun Baru 2009.

Dalam keghairahan menyambut tahun baru Masehi & Hijrah (2009 & 1430), nekcun tiba-tiba jadi amat sedih dan risau kerana teralu banyak perkara yang kita tidak mahu lihat tetapi tetap terjadi. Maksiat, kezaliman dan kematian seolah berlumba-lumba menonjolkan kehadiran mereka di tahun baru ini.

Hati nekcun amat sedih melihat gambar-gambar insan-insan yang tidak berdosa terutamanya anak-anak kecil yang terkorban oleh kezaliman Yahudi terhadap orang-orang Islam di Gaza. Mengapakah dalam keadaan ekonomi global yang kian meruncing ini, Al-kafirun ini masih tamak dan sentiasa rakus menindas umat-umat Islam yang tidak berdosa ini? Apakah tindakan kita sebagai umat Islam di dalam membantu saudara seugama kita ini? Marilah kita sama-sama mendo’akan kesejahteraan umat Islam di dunia ini…

Tanpa kita sedari, di Malaysia juga umat Islam telah dizalimi dengan cara yang amat halus. Berita pesta seks yang melibatkan actress dan pembaca berita TV adalah salah satu kisah penzaliman yang amat memalukan kita umat Islam di Malaysia ini. Cara Al-kafirun menzalimi kita di Malaysia memang amat berbeza dengan cara yang di alami oleh saudara kita di Palestin, tetapi impaknya kepada Islam tetap sama!…

Nekcun amat sedih bila mengenangkan ramai anak-anak Melayu (tentu kebanyakkannya Islam) berasa amat bangga di dalam meraikan sambuatan tahun baru dengan acara-acara yang akan meningkatkan aktiviti maksiat itu!… Tidakkah kita merasa insaf bahawa tahun Ma’al Hijrah juga baru berlalu dan macam-macam azam yang kita sematkan untuk menyambut Ma’al Hijrah tetapi mengapa begitu mudah pula kita rosakkan azam yang murni itu dengan aktitivi maksiat dalam hanya selang dua hari selepas menyambut Ma’al Hijrah!… Tidakkah perbuatan ini benar-benar menghina Islam????….

Eeemm… entahlah… nekcun sendiri tak tahu apa yang akan terjadi kepada kita umat Islam di Malaysia ini…. Sekadar ingat mengingati sesama kita sahajalah yang nekcun mampu buat sekarang ini… Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita, dan keluarga kita dari segala aktiviti yang menghina umat Islam ini… Marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita dan keluarga kita untuk mengukuhkan ukhwah antara kita agar Islam tidak di zalimi dalam apa bentuk sekali pun. InsyaAllah…

6 comments:

Abang Long said...

Wahai Kekanda yang dihormati.

Bila manusia 'jauh dari tuhan' dan bila orang Iskam sudah tidak meletakkan dahi mereka keatas tanah dan diatas sejadah, maka inilah bala yang datang.

Sulela said...

Nekcun, saya pun rasa sedih juga tapi apa yang dapat saya lakukan? Sekadar menasihati adik2 saya sendiri agar jangan terlibat dalam sambutan tahun baru yang ntahapehapehentah tu. Tapi apalah yang dapat dilakukan oleh si 'nasihat' vs 'lambaian pesta tahun baru'...

sekadar pendapat...

Anonymous said...

Nekcun, jom ke blog kak ila? ada hadiah untuk nekcun

chekdenoor said...

Salam,

Chekdee setuju dengan nukilan nekcun. Berita yang tersiar di berita baru ini, agak memalukan bangsa kita bila ada diantara remaja melayu yang ditangkap ketika berada didalam bilek hotel bersama bukan muhrim....menyambut tahun baru dengan kerja maksiat..... kesian mereka tu....
dan
ada juga yang mati dalam keadaan berdosa....kemalangan anak remaja kita ketika pulang dari club....ianyer sungguh mengaibkan.

Harap sangat kita dapat menjaga anak-anak kita agar tidak mudah terperdaya dengan budaya tidak sihat ini.

Rasha_rz said...

nekcun. jom gi blog ila jap?

fatimah said...

Assalamualaikum Kam

Betul tu. Saratnya betul masalah yang kita hadapi...