Thursday, September 11, 2008

Hingga akhir nanti...


Pagi tadi hati nekcun bagai melambung-lambung bila atok membisikkan kata-kata semangat untuk hari ini. Memang telah menjadi kebiasaan atok dan nekcun akan saling membisikkan kata-kata pesanan atau semangat sebelum kami menuju hala masing-masing ke tempat kerja.

Kami melakukan begitu sebagai salah satu cara kami untuk cuba mengekalkan kebahgiaan dan kesejahteraan rumah tangga yang telah dibina berpuluh tahun dulu. Kata-kata pesanan itu juga kami rasa akan dapat menjadi semangat atau pun panduan untuk kami suami isteri supaya tidak terpesong ke arah atau perkara-perkara yang negatif.

Nak tahu tak apa kata-kata hikmat atok yang membuat nekcun rasa melambung-lambung pagi tadi?... Inilah dia…

Hingga akhir nanti
Kau saja idaman hati
Segala rasa sayang
Segala rasa cinta hanyalah untukmu
Hingga akhir nanti…

Bulan takkan terang tanpa kehadiranmu
Hati takkan tenang tanpa senyumanmu
Rindu dalam hati
Rindu dalam mimpi

Kau tetap pujaan hati

Hingga akhir nanti....

Nekcun tahu, kata-kata itu adalah lirik salah satu lagu kumpulan Alleycats. Tapi bagi nekcun, tak kiralah samada atok ciplak atau pun cilok dari lirik lagu, tapi apabila dia menuturkannya pada nekcun dengan sepenuh perasaan, nekcun rasa amat terharu. Alhamdulillah… mungkin inilah berakahnya bulan Ramadhan apabila semua doa-doa kita akan Allah makbulkan, kerana nekcun memang sentiasa berdoa agar kebahgiaan dan kesejahteraan rumah tangga kami berkekalan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

*** Kepada kekawan yang nak cuba pujuk suami / isteri, cuba-cubalah bisik lirik yang nekcun tulis tuh!... cuba "test"… power ke tidak!.... hehehe…

3 comments:

Tie said...

Amboi...romantiknya..main bisik2 lak tu...jelesnya...

Suka lak dan rasa terhibur bila baca entry nekcun ni..Moga bahagia hingga akhir hayat...

Nek Cun said...

Salam Tie... bila dah masuk golongan orang lama ni, kenalah juga buat romantik-romantik tu supaya tak jemu... lebih-lebih lagi bila dah tinggal berdua ajer, sebab anak-anak sume dah besar-besar...

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

kalau nekcun yg sebut camtu, tentu tiba2 atok pun jadi tokcun...

salasm ziarah...