Friday, March 13, 2009

Adakah ia hanya sebagai gula-gula...

Seronok nekcun tengok ramai ibu bapa dan anak-anak mereka yang gembira dan riang ketika mengambil keputusan peperiksaan STPM dan SPM baru-baru ini. Lebih-lebih lagi keputusan SPM yang baru dikeluarkan semalam, kita dapat lihat bagaimana pelajar-pelajar berjaya meraih 12A, 11A, 10A dan entah berapa banyak A lagi…

Maka sekarang ini nekcun pasti mereka-mereka ini tentu sedang sibuk mengisi permohonan untuk memasukki IPT, yang pastinya banyak menggunakan ‘application on-line’, sehingga line internet pun boleh jadi ‘jammed’ dibuatnya!... Berlumba-lumbalah mereka untuk mendapatkan tempat untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun… adakah kita sedar… disamping mereka-mereka ini berebut untuk memasukki IPT, maka beribu-ribu jugalah mahasiswa/siswi yang akan keluar setelah tamat pengajian dalam masa terdekat ini. Maka berebut-rebut pula lah mahasiswa-siswi ini memohon pekerjaan kerana sudah pasti mereka mahu pula membalas jasa ibu bapa yang selama ini bersusah payah menanggung kos pembelajaran mereka sehingga mereka berjaya bergelar ‘Graduan’.

Tapi… hakikatnya… bolehkah kebanjiran mahasiswa/siswi yang telah bergelar ‘Graduan’ ini mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka dalam keadaan ekonomi global yang merudum-rudum ini? Sedangkan pekerja-pekerja yang sudah mempunyai kemahiran dan pengalaman pun terpaksa diberhentikan kerja, apatah lagi ‘Graduan’ yang masih panas baru keluar dari ‘oven’ Universiti… di manakah ‘graduan2’ baru ini mahu ditempatkan?...

Ibu bapa di kampung sudah pun berharap-harap yang anak-anak mereka akan dapat membantu mereka dengan memberikan sedikit bantuan kewangan untuk perbelanjaan harian yang kian meningkat sekarang ini, bila anak-anak mereka sudah mendapat pekerjaan, menjadi pegawai dan bergaji besar tidak lama lagi kerana mereka telah pun berjaya memegang segulung Ijazah… Namun kita tidak perlu hairan kalau sebaliknya kata-kata sebegini pula yang akan sering kita dengar sekarang ini:
“Along masih tak dapat kerja lagilah ayah!...”
“Along dah pergi interview banyak tempat, tapi masih tak dapat kerja lagi…”
“Banyak syarikat kata, tak ada kerja kosong sekarang ini…”
Bayangkanlah betapa sedih hati ibu bapa yang begitu mengharapkan mendengar kata-kata sebegitu, sedangkan ramai lagi anak-anak yang harus ditanggung lagi kos persekolahan mereka disamping kos sara hidup yang kian meningkat setiap hari.

Di kaca-kaca television kita dapat lihat pemimpin-peminpin negara berebut-rebut memberi pendapat dan pandangan akan ‘kebaikan’ kerajaan memberi ‘suntikan’ sebanyak 60 billion di dalam usaha mereka mengembalikan kedudukan ekonomi di negara tercinta ini. Namun hakikat sebenar… adakah rakyat marhain seperti kita akan dapat merasa kebaikan ‘suntikan’ itu dalam masa terdekat ini? Bagaimana kita mahu membayar yuran pembelajaran anak-anak kalau duit atau gaji yang ada sekarang perlu pula menampung perbelanjaan dapor yang semakin meninggi?

Kalau benar ‘suntikan’ 60 billion itu boleh dimanfa’atkan oleh segenap lapisan rakyat, mengapa harga barangan makanan masih terus naik? Bagaimana rakyat marhain akan dapat menafa’at dari suntikan itu? Bagi pandangan nekcun, rakyat marhain hanya akan dapat merasakan men’fa’at suntikan itu sekiranya kerajaan dapat menurunkan semua harga barangan asas makanan harian kita contohnya, kalau harga beras boleh diturunkan dari RM40.00 (10 kilo) kepada RM30.00 atau harga ikan kembung dari RM12.00 kepada RM6.00 seperti dahulu, barulah rasanya rakyat marhain akan merasakan kebaikan suntikan RM60 billion itu… Kalau perkara-perkara seperti ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan… rasanya walaupun kerajaan menyuntik 100 billion sekali pun, rakyat marhain macam kita tetap susah dan terus berada dalam kesengsaraan…

Bayangkanlah… apa yang ibu bapa, saudara mara kita di kampung dapat dengan suntikan RM60 billion itu kalau harga beras, ikan, telor dan lain-lain barangan makanan dan keperluan harian masih tetap seperti sekarang dan tidak mustahil akan meningkat lagi… Marilah kita sama-sama fikir-fikirkan…
Adakah ini hanya gula-gula pihak tertentu untuk memujuk rakyat marhain yang semakin sedar akan hak mereka sekarang?... Entahlah!...

Friday, March 6, 2009

Award dari Tie...



Award ini nekcun dapat dari Tie sejak dua tiga hari lepas, tetapi oleh kerana agak sibuk sikit maka nekcun tak dapat nak response segera. Sebenarnya nekcun rasa malu nak terima award ni kerana nekcun rasa nekcun 'does not really deserve it'. Tapi apa-apa pun nekcun ucapkan terima kasih pada Tie... cuma... dalam tu sempat jugak Tie ni nak tag nekcun... ni yang tak sedap nih!... hehehe...

Bagaimanapun, untuk menghargai kasih persahabatan nekcun akan jawab jugak tag Tie itu. Nekcun juga berharap apa yang nekcun kongsikan di sini dapat kita ambil ikhtibar dan jadikan panduan di dalam membahgiakan keluarga kita...

The rules are:

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!


Sebenarnya nekcun ni bolehlah dikategorikan sebagai anak menantu kesayangan. Jadi dari mula kahwin sampai dapat anak, emak mertua telah layan nekcun macam puteri sampaikan semasa dalam pantang ketiga-tiga anak, nekcun dilayan oleh mertua makan di katil sehingga 44 hari kerana dia tidak mahu nekcun penat.
Oleh itu semua anak-anak nekcun pun dia dan kakak ipar yang jaga. Sehingga tidur malam pun semua anak-anak nekcun akan dijaga oleh mertua kerana dia tidak mahu anak kecil yang menangis akan mengganggu tidur nekcun dan atok.
Oleh sebab itu, nekcun tidak dapat merasa bagaimana susah payah menjaga anak2 nekcun semasa bayi sehinggalah mereka bersekolah. Frankly speaking, nekcun tidak pernah memandikan seorang pun anak2 nekcun semasa bayi, apatah lagi menukar lampin atau pun berjaga malam ketika anak2 meragam. Semua anak2 nekcun mula tinggal dengan nekcun apabila mereka telah mula bersekolah. Setelah mereka sudah pandai menguruskan diri sendiri. Nekcun hanya membantu mereka sikit-sikit sahaja kerana apabila mereka tinggal dengan nekcun, mereka dibantu pula oleh ‘bibik’.
Nasib baiklah semua anak2 nekcun tetap sayang dan manja pada nekcun dan atok. Walaupun kami tidak menjaga mereka semasa kecil tetapi kami selalu meluangkan masa bersama mereka setiap hujung minggu dan memotivasikan mereka. Inilah yang selalu nekcun rasa terkilan kerana apabila orang bercerita tentang anak menangis malam, nekcun tak dapat nak sampok cerita kerana nekcun tidak mengalaminya. Dan sebab itu jugalah, bila ada cucu sorang ni… nekcun ngan atok tak bagi chance nak lepaskan peluang menjaganya sejak dari bayi….


2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

1. Nekcun ngan atok boleh dikatakan sebagai sport woman & man semasa remaja. Jadi kegemaran itu telah turun kepada anak2 nekcun. Jadi sejak dari mereka kecil hingga sekarang kami suka melakukan riadah sukan ni bersama-sama seperti main badminton atau bowling.

2. Alhamdulilah, ketiga-tiga anak nekcun mempunyai kerjaya professional iaitu yang tua doctor, yg kedua engineer dan yg bungsu (InsyaAllah setelah grad Degre & ACCA June nanti) sebagai akauntan. Atok & nekcun memang mendidik dan menggalakkan mereka berjaya dalam kerjaya yang boleh dianggap sebagai professional.

3. Sebagai anak yang sulong dan seorang doctor, dia amat mengambil berat akan kesihatan atok dan nekcun. Boleh dianggap dia juga merupakan doctor peribadi atok dan nekcun dan juga kepada adik-adiknya.

4. Anak yang kedua merupakan ‘intan payung’ dalam keluarga kerana dia sahaja yang lelaki. Namun dia tidak pernah ambil kesempatan itu, malah dia lebih bertanggung jawab menjaga adik bungsunya sekiranya atok dan nekcun ke luar negara. Nekcun selalu nasihatkan dia bahawa tanggungjawab lelaki kepada keluarga dan ibu bapa akan berterusan sampai ke akhirat.

5. Anak2 nekcun selalu suka buat ‘surprises’ pada hari jadi nekcun atau atok. Kami sekeluarga selalu seronok kalau ada surprises begitu dan itu mengiratkan lagi kasih sayang kami anak beranak.

6. Anak2 nekcun selalu suka mengusik nekcun bahawa kalau ada diantara mereka yang nak bercinta/berkawan, calonnya mestilah mendapat kelulusan sirim ISO 9009 dari ‘mama’ dulu!... Itulah yang manjadi modal mereka ketika anak sulong berkahwin dulu dan ketika anak kedua mahu bertunang tempoh hari…

7. Atok dan nekcun selalu berdo’a dan juga berpesan kepada anak2 terutama kepada yg lelaki supaya apabila kami mati nanti, biarlah mereka yang memandikan dan mengimamkan solat jenazah kami. Itu adalah lebih afdal. Semoga Allah akan memakbulkan do’a nekcun dan atok itu. Tapi kalau kami cakap pada mereka perkara itu, mereka selalu kata: “Apalah mama & ayah cakap camtu… kami nak hidup lebih lama lagi ngan mama & ayah… tak puas nak manja dan nak jaga mama ngan ayah lagi…”. Seonok benar hati nekcun mendengarnya. Nekcun juga selalu berdo’a agar semua anak2 kami menjadi anak2 yang soleh dan solehah… InsyaAllah.

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

Nekcun tak nak panjangkan award ni pada 5 orang tetapi hanya nak panjangkan kepada kawan nekcun sejak dibangku sekolah lagi dan selalu menjengah nekcun di blog ini iaitu Fatimahwati Mohamed, kerana dia juga merupakan seorang ibu yang gigih dan bertawaduk di dalam membahgiakan keluarganya.

Tuesday, March 3, 2009

Terima Kasih kepada Peminat Novel Melayu!...


Dalam seminggu ni nekcun memang macam ‘lipas kudung’, terkejar ke sana dan ke mari kerana terlibat dalam dua pesta buku. Pertama di Krangkraf Mini Karnival di Shah Alam pada 27 & 28/2/2009 dan kemudian di Brunei Darussalam pada 28/2 – 2/3/2009.

Walaupun penat dan keletihan kerana terpaksa berkejar ke Shah Alam dan kemudian terbang ke Brunei Darussalam, namun nekcun rasa seronok sangat sebab dapat bertemu dengan peminat-peminat novel-novel nekcun.

Cuaca yang panas terik ketika pesta mini carnival Karangkraf di Shah Alam, nekcun seolah tidak merasakan bahang panas yang menyengat itu apabila novel nekcun TIDAK KU PINTA laku macam goreng pisang panas. Nekcun juga rasa seronok sangat bila dapat berjumpa kekawan blogger iaitu Izman sekeluarga dan Adinda Long (blogger Abang Long).
“Cerita ini lawa sangat baa…” seorang peminat novel memberitahu kawannya sambil menunjuk kepada novel-novel nekcun yang di atas meja.

“Hah? Lawa?…siapa yang lawa?” nekcun bertanya agak hairan . (Dalam hati rasa agak perasan ler tuh kerana ingatkan mereka kata nekcun yang lawa!… hehehe… tak malu sungguh nekcun ni yek?…perasan tak habis-habis!…hehehe)

“Iya baa… semuanya ceritanya lawa!… saya sudah baca semua!” ujar wanita itu lagi. Nekcun tambah keliru….

“Hajjah… orang Brunei cakap sedap tu lawa… kalau cerita tu sedap, dia orang kata cerita tu lawa!…” terang Mala, pembantu yang menguruskan booth Choicebook di mana nekcun di tempatkan untuk bertemu peminat2 novel.

“Oooooh!…” nekcun mengangguk tanda baru faham. Rasa beruntung kerana sudah dapat tahu satu perkataan bahasa orang Brunei… Yeh!…

Disamping itu nekcun juga jadi terharu kerana peminat-peminat novel di Brunei bukan sahaja membeli novel-novel nekcun tetapi mereka juga telah bermurah hati memberi nekcun berbagai hadiah sebagai kenangan dari Brunei. Di sini nekcun ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peminat novel-novel nekcun. Hanya ALLAH yang akan dapat membalas budi baik kalian dan sokongan kalian amatlah nekcun hargai sehingga akhir hayat nekcun. Semoga kita akan dapat bertemu lagi di masa hadapan.


Di pesta buku Brunei kali ini nekcun juga berkesempatan bertemu dengan penulis-penulis lain dari NB iaitu Norhayati Berahim & Nora Ismail dan juga penulis2 dari Fajar Pakir iaitu Bikash Nur Idris, Hafirda Afiela & Nuriani Johaini.
Di entry ini juga ingin nekcun mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mr. Basheer dari Choicebook (Novelers’ corner) Brunei yang telah menjemput nekcun dua tahun berturut-turut. Tidak ketinggalan juga nekcun ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerpada warga kerja Tintarona Sdn. Bhd & UPND yang menerbitkan MSF & TDKS dan tidak ketinggalan warga kerja Buku Prima yang menerbitkan TKP.

Nekcun amat berharap peminat2 novel di M’sia, Brunei & S’pore akan terus memberikan sokongan padu kepada novel2 nekcun disamping novel2 Melayu yang lain bagi menyemarakkan lagi industri penulisan dan pernovelan Melayu agar ianya dapat setanding dengan novel-novel dari Negara Barat.

Selamat Membaca dan menambah ilmu disamping sebagai terapi minda anda!… Segala yang baik itu semuanya dari ALLAH dan yang kurang itu adalah dari saya… Semoga kita semua akan sentiasa mendapat keberkatan dan Rahmat dariNYA…. Amiiiinnn…

p/s: Gambar2 adalah beberapa peminat novel nekcun di Brunei dan juga beberapa cenderahati yang nekcun terima dari peminat novel di Brunei.... Terima kasih daun keladi, bila ada novel nekcun yang baru nanti jangan lupa beli....

Thursday, February 26, 2009

WARKAH CINTA KU...

Lagi sekali hari ini nekcun tak keluar makan tengahari kerana nak habiskan kerja yang perlu ditangani segera sebelum nekcun bercuti 3 hari kerana ada urusan di Brunei.

Ketika hampir pukul 1.30 sebelum nekcun nak pergi mengerjakan yang ‘wajib’ sajer jer nekcun singgah blog kekawan untuk meringankan mata. Berdetup jantung nekcun bila dapat tag dari Adinda ku yang semua blogger kenal sebagai Abang Long. Oleh kerana yang ‘wajib’ itu adalah lebih perlu didahulukan maka nekcun tinggalkan dulu ‘denda’ adinda Long tu…

Sekarang ni… barulah ada kelapangan sikit. Demi menghargai kasih seorang adinda, nekcun cuba gaklah jawab tag adinda Long tu…

1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
Kahwin awal sebaik habis periksa STPM atas pilihan ibu bapa. Jadi tak sempat nak bercinta maka tak pernahlah terima warkah cinta. Lagi pun semasa remaja nekcun ni ‘tomboy’ dan garang sikit jadi agaknya lelaki pun takut nak tackle. Semasa sekolah, kalau ada yang mula nak ‘jiwang’ nekcun akan buat ‘don’t know’ ajer…

2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak?
Tak tahulah sebab tak pernah terima warkah cinta.
3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
Jawapan sama macam soalan 2.

4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
Jawapan sama macam soalan 2.

5 - Ada disertakan gambar ?
Adalah seorang mamat tu beri gambar dia dengan nekcun ketika kami sedang beraksi di track olah raga. Tapi tak ada pulak warkah cinta.

6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya?
Teringin gak nak simpan kalau ada, tapi kempunanlah nampaknya sebab tak pernah terima warkah cinta. (Kesihan nekcun kan…kan…kan!)

7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta?
Ni yang nekcun sedih ni… teringin nak ada macam orang lain, tapi tak dapat!… …hukhukhuk…

8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
Kalau waktu boleh diputar kembali, tidak akan ku biarkan diriku tanpa CINTA semasa di usia masih remaja!… hukhukhuk… (tengah nangis nih!…)

9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
Warkah cinta ku sedang MENGGAMIT SYURGA FIRDAUS!… hehehe… sape yang dah beli dan baca tentu dah tahu…. hehehe…

10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms?
Bagi ku sesungguhnya semuanya amat mendebarkan, namun TIDAK KU PINTA ia jadi begini… kerana sepanjang hidupku tidak pernah menerima warkah cinta. Hidup ku bagaikan TERPENJARA DI KAMAR SUTERA.

Harap Adinda Long berpuas hati dengan jawapan nekcun ya!…

P/s: Pada kawan blogger – Chekdee, jangan kecil hati sebab tak balas lagi challenged Chekdee kerana tak sempat nak buka folder photo tu… nekcun tak simpan dalam computer tapi simpan dalam beberapa ‘pendrive’ jer sume, jadi tak tahu nak pilih pendrive yang mana….

Monday, February 23, 2009

Aku dan dia dalam putaran hidup ini...

Dalam keheningan pagi yang cerah aku berlari anak merentas padang yang luas, memijak rumput yang masih basah oleh cucuran embun yang menitik malam tadi.
“Hai miss Cun!..” aku ditegur mesra oleh seorang jejaka tampan.

Masa berlalu pergi tanpa ku sedari. Aku masih meneruskan tabiat ku berjogging dan berlari anak di padang yang luas. Tidak lagi di pagi yang hening. Hanya waktu petang di hujung minggu.
“Assalamualaikum KakCun!... mana suami mu? Masih di padang Golf ke?” jejaka tampan yang dahinya sudah mula meluas menegur lagi.

Walaupun ku rasa tubuhku telah mula memberat, namun aku masih terus mengamalkan aktiviti yang sudah sebati dengan diri ku. Tapi kali ini aku tidak lagi berlari-lari keseorangan. Tiga orang anak-anak ku sentiasa setia menemaniku.
“Apa khabar Makcik Cun? Dah berapa orang anak-anak sekarang?” jejaka tampan yang perutnya sudah mula memboroi terus menegur ku.

Entah sudah berapa tahun aku melakukan aktiviti berjogging itu, aku sendiri sudah tidak ingat. Kalau dahulu aku boleh menyudahkan satu pusingan dalam tempuh 5 minit tetapi sekarang aku memerlukan hampir setengah jam. Namun semangat ku masih belum luntur. Sesekali aku perlu menolak dan memimpin basikal cucuku yang sering tersangkut di rumput.
“Assalamulaikum Nekcun!... comel sungguh cucumu!... sama seperti mu yang ku lihat tidak banyak berubah dari dulu!...” jejaka tampan yang rambutnya sudah mula memutih menegur ku dengan mesra.

Oh!... dunia berputar terlalu pantas. Dari missCun ke kakCun kemudian ke makcikCun dan kini nekCun!... dia masih setia menegurku dengan penuh mesra!... senyumannya masih boleh mendebarkan hati ku!... Mengapakah dia begitu setia mengikuti perkembangan hidupku?... Namun… aku jadi keliru kerana dia masih keseorangan dari dulu hingga kini… Mengapa?... aku masih tidak punya jawapannya!... Masih adakah waktu untuk ku mendapatkan jawapannya?... Eemmm... hanya DIA yang mengetahui segalanya!...

Friday, February 20, 2009

Do you watch Spa Q?....

During lunch just now I stayed in the office trying to complete some personnel arrant through internet banking. Suddenly I heard loud laughs from the common office area outside my cubicle. Try to be busy body I peeped to see what actually happening.

Group of few ladies were crowding one of the staff table watching something on the computer screen. Silently I went to stand behind them to see what was it so interesting that made everybody concentrating on the computer.

“Hi… no wonder everyone was complaining. Look! she’s so sexy!... you see the man’s hand was under her breast!” one of the ladies said anxiously.

“Yerk!... I don’t like that drama!... “ another lady voiced out.

“Why?... I thought Spa Q is one of the most popular drama in TV3!” I purposely interfered. Then only they realized that I was standing behind them.

“Do you watch that drama, Madam?” one of the ladies asked me.

“Never!... 6.30 to 7.30 pm I used to be still on the road. Even if I managed to reach home early, it already almost time for ‘Magrib prayer’. So, which is more important, the drama or the ‘Magrib prayer’?” I took the opportunity to give some sort of Friday tazkirah.

“It’s good you didn’t watch it, Madam!...” the lady said again.
“Why?” I asked, just wondering why.
“The story was not portraying good image of Islamic way of life!... all the times the story was evolved about jealousy, casanova, back stabbing, ungrateful children, greediness and revenge. It’s as if reflected that the Malays are always like to topple their friends if their friends do good in their business and as if most Malays are very revengeful. The ladies were seem all very sexy, not reflecting the Islamic value at all!... Even at the wedding, there is no show of any Islamic value!... To me, it is not a good drama for the youngsters and if the non-Malays watch it, it would give a negative impression on the Malays’ attitude and behaviour!” the lady explained full heartedly.

“Really?” I was a bit surprised with the information. No wonder, I did once read in the news paper about the unsuitable and sexy cloths worn by one of the actress was hotly complained by some viewers.

I thought TV is one of the media that should educate the public on good values of life and some other positive characters that can be followed or adopted as role models to the publics especially the youngsters. If such stories are to be shown now and then, I am not surprised that the negative social culture that is widely affecting our country lately could not be curbed. It was as if telling the people that it is OK for you to back stab your friends, or betrayed your love ones as long as you can get whatever you want!...

I don’t want to comment much on this particular drama as I don’t really watch it. But from the photo that I’ve seen in the internet, I some sort agreed with my staff’s comments as above. Thus, what are the actual roles of the Ministry of Information if such complaints are let loose just like that as if nothing to be fussed of. Eeemmm… to me, if you think it is not good, don’t watch it!... there are many other channels that we can watch. It’s up to our own choice, isn’t it? Moreover, whether it is good or not is very subjective to the viewers. Anyway, I’m just still wondering why such drama is popular?... Anybody who would like to comments are most welcome!...

Tuesday, February 17, 2009

Alahai Pakcik Li... ke Datuk Li...

Satu hari semalam pakcik Li bising dengan nekcun sebab nekcun keluarkan cerita pasal dia dekat sini. Tak habis-habis dia mengadap meja nekcun.
“Apa ler kau ni… buat malu aku jer!...” komen pakcik Li.
“Apasal plak?... dah memang betul ko yang selalu sebuk sangat pasal makwe, so apa salahnya aku ‘glamour’ kan kau dalam cerita aku?” jawab nekcun selamba.
“Bukan camtu… manalah tahu nanti ada plak makwe aku yang baca blog kau, tak pasal-pasal dia mengamuk kat aku sebab dia dah tahu aku pasang banyak!...” dengan muka seposennya pakcik Li memberi justifikasinya.
“Oooohhh… tahu takut yer?...” nekcun menggertak.
“Bukan takut!... aku cuma tak mahu sakitkan hati pompuan-pompuan tu… aku ni kan seorang lelaki yang baik… tak mahu hati wanita terguris!...” dengan senyuman yang meleret pakcik Li menjawab.
Nekcun rasa macam nak simbah jer muka pakcik Li dengan air Nescafe yang nekcun baru bancuh tadi.
“Ooohh.. tak mahu hati wanita terguris konon!... Ni yang kau ‘madu-madu’kan makwe kau tuh… baik ke? Banyaklah kau punya baik! Aku report kat ‘makcik’ kat rumah tuh, baru kau tahu!...” nekcun mengugut sambil turut tergelak.

Nekcun tahu pakcik Li ni memang suka bergurau dan kekadang memang kami dan kekawan lain yang selalu dalam kumpulan kami memang suka bergurau agak kasar juga tetapi kami tak kisah kerana kami sama-sama faham.
Hei… sape nih?” tiba-tiba pakcik Li bertanya sambil merenung borang permohonan kerja yang memang selalu ada banyak di atas meja nekcun.
“Heh!... dah mula lah tuh!... “ sergah nekcun sambil mengambil balik borang permohonan tersebut.
“Taaak!... aku tengok gambar dia tu… cun!... Kebetulan kat tempat aku tu ada satu post AM kosong, manalah tahu kot-kot boleh pulak dipertimbangkan permohonan dia tuh!” dengan lemah gemalainya pakcik Li memberitahu.
“Dah!... tak payah!... aku dah bagi satu trainee pompuan kat kau, dah cukup dah!... yang ini aku nak beri kat orang lain pulak!... tak kan asyik kau ajer nak dapat yang cun-cun!...” balas nekcun tegas.
“Hehehe… aku suka tengok nekcun naik angin!... hehehe…” pakcik Li terus mengekek.
Tidak dapat menahan geli hati melihat riak muka pakcik Li yang menyeringai nakal, nekcun pun turut tergelak besar.
“Hah!… iyalah pakcik Li… seronoklah tu!” ujar nekcun.
“Hei… bukan pakcik Li… Datuk Li…” jawabnya selamba.
“Hai… perasan lagi, orang tua nih!…” dengus nekcun
“Alaahhh… aku pun teringin gak nak jadi Dato’ Johari macam dalam novel kau tuh!…” jawab pakcik Li sambil terus tergelak.

Sebenarnya kekadang tu, bergurau, sakat menyakat ni ada juga baiknya ketika kita tengah stress atau pun tension dengan tugas yang bertimbun-timbun. Bagi nekcun bergurau secara ‘sehat’ sesama kekawan sekerja ni adalah satu cara yang baik untuk kita mengurangkan keadaan tension dan juga merupakan satu cara therapy minda yang selalunya agak kusut masai apabila bebanan kerja membelenggu kita. Hidup tanpa gurau senda adalah seperti makanan tanpa garam atau gula. Hidup akan jadi terlalu membosankan sekiranya kita terlalu serius tanpa gurau senda… Betul tak kekawan?...

P/s: Kalau nak tahu siapa Dato’ Johari, bacalah novel nekcun yang terbaharu “TIDAK KU PINTA”….

Friday, February 13, 2009

Emak atau Makwe?

Pagi tadi seperti biasa sebelum masuk waktu kerja, nekcun dan kekawan yang selalu memenuhi dewan rakyat di mini parlimen di cafeteria berdebat tak habis-habis pasal harga saham yang tidak menentu sekarang ini.

“Cuba kau tengok ni, agak-agak boleh beli tak?” tanya Pakcik Li sambil menunjukkan satu artikel di dalam Business News.

“Dah dia kata nak beri dividen 25%, kira OK ler tu!… maknanya company tu ada fundamental untuk meningkatkan harga saham dia, bukan hanya speculation sajer!” balas Pakcik Ta dengan mulutnya yang masih penuh dengan mee goreng.

“Bukan pasal ada fundamental atau tidak yang aku risaukan, tapi ialah samada dia kaunter syariah atau tidak! Kalau kita nak melabur pun kenalah tengok halal haramnya! Jangan main lanyak ajer!…” bidas Pakcik Li.

“Kalau dah takut samada halal ke haram, tak payahlah main saham!… simpan ajer duit tu bawah tilam!” sampuk makcik Zai.

“Dari simpan bawah tilam, baik aku beri pada mak aku!” jawab Pakcik Li selamba.

“Eh!… kan emak awak dah meninggal, bila awak ada emak baru?” dengan naifnya nekcun bertanya.

“Eleeeeh… aku ada banyak mak!…” balas Pakcik Li dengan senyum meleret.

“Heh… aku serius tau!... mana emak boleh ada banyak-banyak?…Lebih-lebih dua iaitu emak kita sendiri dan emak mertua. Itu sahaja!” komen nekcun lagi.

“Hei Li, bila engkau pasang dua? ” soal makcik Zai pulak agak terperanjat.

“Apa pasang dua? Aku pasang banyak!… ” tanya Pakcik Li balik.

“Heh! Berapa banyak kau pasang? Kan yang dibolehkan hanya 4?” Makcik Zai terus mendesak.

“Alaaahh…. Apa salahnya, aku bukan tambah emak mertua, tapi aku tambah ‘makwe’!” Pakcik Li terus tersenyum.

“Huh!…” Nekcun dan Makcik Zai mendengus kerana kami terkena lagi dengan lawak santai Pakcik Li pagi tadi.

Eemmm… tak habis-habis miangnya orang lelaki ni yer!… Adakah kerana mereka adalah lelaki normal yang pasti akan bertindak balas apabila bertemu dengan jantina yang berlawanan? Entahlah!… Nekcun pun tak tahu kenapa minggu ini banyak pula isu mengenai lelaki yang memenuhi ruang bicara nekcun samada di rumah atau pun di tempat kerja. Adakah itu salah satu petanda lelaki telah mula kembali mahu menonjolkan keujudan mereka yang sejak kebelakangan ini boleh dianggap sebagai ‘spesis yang makin berkurangan’?… hehehe… (abe-abe jangan marah… itu adalah phrase yang popular di tempat kerja nekcun!) Mungkin kekawan ada jawapan lain yang mahu dikongsi…