Tak ada novel lain ke? Kenapa mesti novel2 cinta jer? Apa
istimewanya novel SEINDAH TAKDIR CINTA?...
Berdesing juga telinga bila ada orang yang komen pasal novel
popular ni asyik2 cerita cinta... cinta... cinta... Dah tu cinta picisan
pulak!... Tapi, orang yang bercakap tu tahu ke apa makna picisan tu?...
Lagi pun bagi NekCun, tidak setiap cerita 'cinta' itu
picisan atau pun tak memberi faedah untuk dibaca kerana setiap penulis
mempunyai objektif mereka masing-masing di dalam penulisan yang mereka
lahirkan. Jadi, tidak adillah kalau kita mengulas 'pakai borong' ajer kepada
semua novel cinta...
Di sini NekCun nak kongsikan sedikit mengapa NekCun suka
menulis novel 'cinta' kerana bagi NekCun 'cinta' itu membawa makna yang amat
besar. Sebagai orang Islam yang beriman, tidakkah kita 'cinta' kepada ALLAH?
Kepada Rasul kita Nabi Muhamamad SAW? Kepada ibu bapa kita? Kepada adik
beradik, saudara mara dan sahabat2 sejati kita?.... Jadi, tidakkah perkataan
'cinta' itu besar maknanya?...
Bagi NekCun sendiri, perkataan CINTA itu mengandungi makna
dan pengertian yang amat besar dan berharga dalam hidup ini kerana CINTA
adalah...
C - Cemerlang
I - Iman
N - Niat
T - Taqwa
A - Amalan & Akhlak yang baik
CINTA boleh membawa kepada kehidupan yang CEMERLANG apabila
kita menjadi orang yang berIMAN. Iman seseorang yang cemerlang adalah
berlandaskan NIAT yang ikhlas kerana ALLAH. Apabila Iman dan Niat itu benar2
ikhlas kerana ALLAH barulah seseorang itu tinggi TAQWAnya sebagai seorang yang
soleh/solehah. Tetapi Taqwa juga tidak akan terbukti tanpa AMALAN-amalan ibadah
dan AKHLAK yang baik. Akhlak yang baik
ialah apabila kita berjaya menghubungkan silaturrahim yang baik sesama manusia
berlandaskan perasaan 'CINTA' yang diredhai ALLAH.
Secara dasarnya, bagi NekCun perkataan C I N T A itu memang
besar maknanya dan amat berharga untuk kita menjadi seorang yang CEMERLANG di
dunia dan akhirat... Oleh itu, NekCun amat berharap agar janganlah kita terlalu
senang untuk 'menghukum' bahawa novel2 popular yang bertemakan 'cinta' itu
tidak akan memberi faedah untuk dibaca. Tolong jangan hukum seseorang itu
sebelum terbukti kesalahannya... Wallahualam...
Mari kita sama-sama hayati #seindahtakdircinta ....
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment