Berbuat baik kepada orang yang berbuat baik pada kita adalah BIASA.
Berbuat baik kepada orang yang zalim pada kita adalah LUAR BIASA.
Mampukah kita menjadi seorang yang LUAR BIASA itu????
Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah role model insan yang LUAR BIASA itu. Dan baginda adalah 'kekasih' ALLAH. Tidakkah kita mahu menjadi 'kekasih' ALLAH???...
Memang tidak dapat dinafikan, sebagai manusia dan orang awam yang serba kekurangan adalah amat susah untuk kita menjadi seorang yang LUAR BIASA itu. Kita ada hati, ada perasaan, ada emosi dan ada nafsu yang sering membelenggu kita. Tetapi ALLAH juga ada memberi kita akal fikiran, hidayah dan iman yang akan dapat membantu kita mengawal perasaan, emosi dan nafsu dari tersasar ke jalan yang salah. Oleh itu, mengapa tidak kita berusaha sedaya upaya kita untuk menggunakan akal fikiran, hidayah dan iman dengan sebaik-baiknya untuk mendidik kita menjadi insan yang 'LUAR BIASA' sebagai membuktikan cinta kita kepada ALLAH dan Rasulullah...
Kehebatan, kekayaan dan kecantikan seorang insan itu bukanlah hanya pada kekuatan tubuh badannya, harta wang ringgitnya atau paras rupaya, tetapi juga pada akhlak dan imannya. Sabar adalah separuh daripada iman. Kesabaran dan Iman yang teguh adalah sebahagian dari faktor yang boleh mendorong kita menjadi insan yang 'LUAR BIASA' dari keBIASAan seorang insan sebagai makhluk ALLAH yang serba kekurangan. Oleh itu, marilah kita cuba untuk meningkatkan kesabaran dan meneguhkan Iman agar kita menjadi makhluk ALLAH yang sentiasa mendapat keredhaanNYA...In sya ALLAH... Aameenn...
No comments:
Post a Comment