Tersentuh benar hati nekcun apabila menerima satu email yang nekcun ingatkan 'spam' kerana tidak pernah melihat email address itu. Namun untuk mengetahui lebih lanjut, nekcun teruskan jugalah membaca email tersebut dan akhirnya barulah nekcun sedar bahawa email itu dihantar oleh seorang sahabat nekcun ketika kami sama-sama belajar di sekolah rendah dulu tetapi telah terpisah apabila kami memasukki sekolah menengah di tempat yang berasingan.
Sejak itu kami terpisah kerana nekcun tinggal di asrama sedangkan dia pula berpindah ke lain negeri kerana ayahnya bertukar tempat kerja. Dia memberitahu yang dia mendapat email nekcun melalui seorang kawannya yang juga sahabat fb nekcun dan juga peminat novel2 nekcun. Oh!.. betapa besarnya kuasa ALLAH yang boleh menemukan seorang sahabat dengan sahabat yang lain hanya melalui petikkan jari di atas keyboard komputer. Maka terjalinlah kembali silaturrahim yang telah terputus hampir lebih dari 40 tahun.
Apa yang amat menyentuh hati nekcun ialah apabila sahabat itu menuliskan beberapa ciri-ciri sahabat yang perlu kita renung-renungkan samada kita ini seorang 'sahabat' ataupun hanya seorang 'kawan'. Sahabat sejati adalah:-
1) Jika kita membantu dia, dia pasti akan membantu kita balik.
2) Jika kita rapatkan persahabatan, dia pasti akan balas balik persahabatan itu.
3) Jika kita memerlukan pertolongan, dia akan dengan senang & rela hati menolong.
4) Jika kita hulurkan kebaikkan, dia terima seadanya.
5) Jika dia menerima bantuan dari kita, dia menghargainya & akan selalu menyebut2 kebaikkan itu.
6) Jika dia melihat sesuatu yang buruk dari kita, dia akan tutup rapat2 aib kita itu.
7) Jika kita meminta bantuan, dia akan berusaha membantu walaupun dia sendiri kesusahan.
8) Jika kita berdiam diri kerana malu hendak meminta, dia akan bertanya kesusahan kita itu.
9) Jika kita ditimpa sesuatu bencana, dia akan meringankan kesusahan kita itu.
10) Jika kita berkata kepadanya, dia akan mem'benar'kan kata-kata itu dan menasihati kita jika kata-kata kita itu adalah yang tidak baik.
11) Jika kita merancang sesuatu (yang baik), dia akan membantu kita merialisasikan rancangan itu.
12) Jika berselisih faham, dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan.
Marilah kita renung-renungkan, adakah kita atau sahabat-sahabat kita mempunyai ciri-ciri di atas yang mana boleh dianggap sebagai sahabat sejati, sebagaimana 'para sahabat Rasulullah' dahulu. Sekiranya tiada, di manakah harus kita mencarinya? Adakah pada sahabat-sahabat kita yang sedia ada sekarang ini atau pun pada diri kita sendiri terlebih dulu? Fikir-fikirkanlah.... Wallahualam
3 comments:
Salam nekcun
sya sangat terkesan fakta fakta tu terutama yg no 2,6&10
Assalamualaikum kak Kam @ Nek cun..
Komen sekali lagi...
Sahabat sejati teman di hati.
sanggup bersama tak kira hari
susah senang sama-sama hadapi
semoga persahabatan kekal abadi.
err.. kalau diperkira toleh kanan dan kiri.. agak2 nya maza dgn nekcun pangkat sahabat ke, menantu?
"ooppocot omak den meletup eh..." terlantun-lantun lak eden.. ahaks
Post a Comment