Monday, October 15, 2012

Antara Merokok, Minum Arak & Makan Khinzir... Sama atau Serupa?...

Sesak nafas betul nekcun dibuatnya ketika makan di restoran dengan atok tengahari tadi kerana ada seorang Mamat Melayu yang duduk di meja sebelah tu dengan senang hatinya menghembuskan asap rokoknya ke sana sini sedangkan papan tanda di larang merokok terpampang di restoran itu. Kalau ikutkan hati nekcun mahu sajer nekcun tolak kepala dia supaya baca papan tanda tu kuat-kuat.

Kekadang tu memang nekcun naik geram rasanya tengok orang Melayu yang pastinya Islam bagaikan tak pernah baca surat khabar atau pun menghadiri ceramah-ceramah Ugama. Sudah terang-terang dalam surat khabar menyiarkan bahawa Ahli Majlis Fatwa telah menyatakan bahawa merokok itu HARAM, tetapi mereka-mereka ni langsung tak ambil peduli.

Kalau pasal minum arak atau makan daging khinzir tahu pulak mereka takut nak minum atau makan kerana takut berdosa sebab benda-benda tu haram bagi ugama Islam. Tetapi mengapa bila tentang merokok ni mereka tak ambil pusing walaupun sudah terang-terang Majlis Fatwa kata HARAM iaitu maknanya sama 'standard' macam minum arak atau makan daging khinzir? Kenapa bila merokok mereka tak takut berdosa? Malah ada ustaz mengatakan, lelaki yang merokok tidak boleh menjadi wali atau Imam Solat kerana ianya sama macam minum arak atau makan daging khinzir yang telah difatwakan sebagai HARAM.

Namun pada pandangan nekcun, ia berbalik kepada penguat kuasaan!... Kerajaan tidak tegas tentang haramnya merokok bagi orang Islam sebagaimana haramnya orang Islam minum arak atau makan daging khinzir. Kalau Jabatan Ugama Islam boleh menangkap dan mendenda orang Islam yang minum arak secara terbuka, mengapa mereka tidak boleh kuat kuasakan undang-undang yang sama bagi orang Islam yang merokok secara terbuka terutamanya di tempat awam?

Kalau Kerajaan atau Jabatan Ugama Islam boleh melarang peniaga Islam (terutamanya Restoran-restoran yang menjual makanan HALAL) dari menjual arak atau daging khinzir, mengapa perkara yang sama tidak dikenakan ke atas penjualan rokok. Cubalah kekawan tengok hampir semua restoran yang menjual makanan halal terutamanya restoran2 mamak, mereka juga ada menjual rokok. Malah ada pulak yang menulis papan tanda 'penjualan rokok di larang bagi pelajar sekolah dan umar di bawah 18 tahun' dan ada juga yang menulis 'rokok perlu bayar dahulu sebelum ambil'.  

Apakah itu? Adakah rokok yang difatwakan HARAM itu halal untuk dijual oleh orang Islam? Kalau Islam sudah mengharamkan penjualan arak dan daging khinzir kerana ianya HARAM dan orang Islam yang menjualnya adalah berdosa, maka adakah orang Islam yang menjual rokok pula tidak berdosa?.. Mengapa perlu ada 'double standard' dalam penguat kuasaan dari pihak yang bertanggung jawab?..

Jadi dalam perkara ini, siapakah yang harus disalahkan dan yang harus menanggung dosa2 itu?.. Marilah kita sama-sama fikir-fikirkan, kerana sebagai umat Islam yang beriman kepada ALLAH dan RasulNYA, apakah peranan kita dalam perkara ini?... 

3 comments:

maza said...

masalahnya dema semua tu degil kak! degil!.. huhuh

sepekara lagi, alasan mereka demi pendapatan negara juga.. aderkkk!..

pokder said...

mungkin kerana merokok tidak ada disebut haram dlm Al Quran...apepun nek tetap CUN!

Imanisa riana @ sarimah said...

Assalamualaikum.
Betul tu Nek Cun. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.