Alhamdulillah... pejam celik pejam celik, kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan Al-Mubarak. Betapa pantasnya masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita menyedarinya.
Nekcun pula memang benar-benar terasa masa itu terlalu pantas kerana nekcun bagaikan termengah-mengah hendak mengejar masa, walaupun nekcun tahu masa itu tidak perlu dikejar kerana dia tetap ada 24 jam sehari tetapi nekcun sendiri yang bagaikan tak cukup-cukup masa apabila melihat banyak lagi urusan-urusan yang tidak dapat diselesaikan dengan sepenuhnya.
Namun nekcun tetap bersyukur kerana ALLAH masih mengurniakan kesihatan yang baik kepada nekcun sekeluarga sehingga ke hari ini. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH pada kami sekeluarga akan terus melimpah ruah sehingga ke akhirnya dan begitu juga kepada kekawan semua...
Di kesempatan ini, ingin nekcun menghulur sepuluh jari memohon ampun dan ma'af dari semua kekawan yang mengenali nekcun kerana sebagai insan biasa, pastinya nekcun tidak akan terlepas dari melakukan sebarang kesilapan yang mungkin telah mengguris atau menyakiti hati kekawan semua di sepanjang perkenalan kita. Nekcun amat berharap kekawan semua sudi mema'afkan nekcun dan semoga silaturrahim yang terjalin akan kekal sehingga kahir hayat kita...
SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI dan MA'AF ZAHIR BATIN dari nekcun sekeluarga...
1 comment:
ya begitulah..
selamat hari raya nekcun!
hehhe
Post a Comment