Ketika menghadiri majlis perkahwinan anak seorang kawan, nekcun dan atok bertemu dengan beberapa kawan-kawan lama yang pernah sama-sama bertugas dulu. Maka, kalau dah lama tak jumpa, bukan main seronoklah kami masing-masing bercerita dari satu tajuk ke satu tajuk sampaikan niat asal nak duduk sekejap dah jadi lebih hampir dua jam.
Namun apa yang menarik minat nekcun adalah apabila isu semasa berkenaan 'tsunami akhlak' remaja masa kini dan kedudukan orang Melayu yang semakin genting di Tanah Melayu menjadi tajuk hangat semua kekawan yang berada di situ. Almaklumlah... kebanyakkan semua kawan-kawan nekcun ni masing-masing dah punya anak-anak yang sedang meningkat remaja!... jadi isu yang diperkatakan memang amat menarik perhatian setiap kami.
Apabila nekcun fikir-fikir balik apa yang kami bincangkan itu, memang ada banyak benarnya tetapi apakah tindakan atau peranan yang telah kita ambil di dalam menangani isu yang ditimbulkan?... Segera nekcun teringat satu puisi yang dikirimkan oleh seorang kawan nekcun tidak lama dahulu yang nekcun rasa elok dikongsi bersama kawan-kawan sebagai 'something to ponder!...' seperti berikut:-
Di mana boleh cari ramai Melayu?
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu?
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu?
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju?
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu.
tapi... apakah yang kita tahu..,cuma baca nak halau hantu
Memang nekcun tak mahu setuju 100% pada puisi itu kerana ramai juga orang Melayu yang dah sedar dan berubah serta mencari jati diri di dalam memertabatkan maruah bangsa dan Islam sekarang ini, tetapi berapa ramai pula yang masih leka dan hanya 'tunggu dan lihat' apa orang lain buat!... Maka sukalah nekcun nak berkongsi dan mendengar pendapat kekawan semua, gulungan manakah kita termasuk sekarang ini?... Mungkinkah kita hanya 'tepuk dada, tanya selera!...' Wallahualam...
1 comment:
kata seorang cerdik pandai pula..
Memang benar kalau pun Melayu takan hilang di dunia...
Yang hilang maruah dan akidahnya...
adakah Melayu itu jadi bermakna?
hehehhe
Post a Comment