Alhamdulillah!... novel nekcun yang ke 6 bertajuk DEMIMU NAZWA terbitan Buku Prima (Grup Buku Karangkraft) telah berada di pasaran sekarang. Bagi kekawan yang meminati novel-novel Melayu, nekcun amat berharap akan cuba mendapatkan novel nekcun ini kerana ia sarat dengan kisah dan tauladan yang boleh diambil iktibar dan panduan di dalam kita mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini... Semoga semua kekawan akan memberi sokongan padu kepada novel nekcun ini dan selamat membaca...
SINOPSIS Novel:-
Lantaran panahan cinta pandang pertama ketika usia masih begitu muda menjadikan Nazwa tidak pernah berfikir dua kali untuk menerima lamaran Ahmad Saifulrizwan walaupun mereka masih lagi menuntut di Negara yang asing itu.
Limpahan cinta Ahmad Saifulrizwan yang bagaikan air laut yang tidak bertepi benar-benar membuatkan Nazwa hanyut dan lupa bahawa perkahwinan itu bukanlah hanya ikatan penerimaan ucapan Ijab dan Kabul yang dilafazkan tetapi juga segala peraturan dan undang-undang yang telah termaktub di dalam perlaksanaan sebuah perkahwinan itu.
Bagi Nazwa, cinta suami yang sentiasa membara penuh syahdu sudah cukup untuk membuatkan dia amat bahgia hidup bersama Ahmad Saifulrizwan sehinggalah peristiwa malang yang tidak disengajakannya telah dengan begitu mudah merentap rasa cinta itu dari hati Ahmad Saifulrizwan. Dengan hati yang lara, Nazwa membawa diri pulang ke tanah air tanpa meninggalkan sebarang jejak yang boleh dikesan oleh suaminya.
Di dalam melayani hari-hari yang sepi tanpa belaian suami tercinta, pintu hati Nazwa diketuk oleh cinta syahdu Edham, lelaki yang begitu ikhlas dan jujur menerima keadaan Nazwa seadanya sehingga menjadikan Nazwa sering diulit rasa kekesalan kerana terpenjara oleh cinta palsu Ahmad Saifulrizwan.
Setelah hampir empat tahun terpisah, Nazwa tidak pernah menduga yang dia dan Ahmad Saifulrizwan dipertemukan kembali dalam keadaan yang amat berbeza dari pertemuan pertama enam tahun dahulu. Hati masing-masing bukan lagi dipenuhi rasa cinta yang membara tetapi hanyalah rasa dendam kesumat yang bagaikan hanya menunggu sa’at untuk dilunasi.
Malahan bagi Ahmad Saifulrizwan perpisahan selama empat tahun itu bukanlah penyebab untuk dia melepaskan Nazwa begitu sahaja tanpa perlu menuntut haknya sebagai suami yang sah sehingga membuat Nazwa terus terpenjara dalam derita yang tidak berkesudahan apabila mendapati dirinya mengandung, kerana secara amnya tiada siapa pun yang tahu bahawa mereka adalah masih suami isteri yang sah dari hukum syarak.
Ahmad Saifulrizwan benar-benar rasa tercabar apabila Nazwa terus mahukan agar hubungan yang penuh rahsia itu diputuskan secara yang sah, lalu dengan kuasa talaq yang berada di tangannya, Ahmad Saifulrizwan seolah sengaja mahu menggantung Nazwa tidak bertali sedangkan dia sendiri bagaikan hanya menunggu hari untuk disatukan dengan Sharifah Norwati iaitu gadis pilihan ibu bapanya.
Nazwa yang benar-benar sudah berputus asa untuk melawan kuasa yang ada pada Ahmad Saifulrizwan, sekali lagi menghilangkan diri cuba memujuk hati yang lara, mengharap derita yang mencengkam jiwa akan segera berlalu walaupun tidak tahu entah bila.
Tetapi mengapakah Ahmad Saifulrizwan masih tidak mahu melafazkan talaq terhadap Nazwa sedangkan Sharifah Norwati telah lebih dari bersedia untuk menjadi isterinya pada bila-bila masa? Dapatkah Nazwa lepas dari ikatan yang bagai tidak bertali itu dan berjayakah Edham membina bahagia bersama Nazwa sebagaimana yang sering dirancangkannya? Mungkinkah Demi Mu Nazwa akan dapat menyingkap segala teka teki ini?... Sudah pasti!.. kerana di situlah akan ada segala jawapannya.
Tebal novel = 640 m/s
Harga pasaran = RM25.90
1 comment:
wow! saya mesti pilih... heheheh
psst: kali ini nekcun menampilkan kulit buku yg berlainan konsep dari yg lepas2..kan kan kan..
Post a Comment