Wednesday, November 16, 2011

Taktik untuk berpoligami... Betul ke?...

Huh!... semak betul dah teratak nekcun ni... Nak buat camna, tuan rumahnya asyik terpaksa keluar kawasan sahaja sejak beberapa minggu ini, malah ada kalanya terpaksa meninggalkan tanah airku pula buat beberapa hari. Walaupun penat, tapi nekcun tetap seronok kerana jauh perjalanan, luas pandangan, bertambah ramai kenalan dan bermacam pula pengalaman.

Balik kepada rutin harian semalam, seronok betul nekcun dapat berbual-bual dengan kekawan seangkatan yang kekadang tu dah jadi macam 'mini parlimen' pula.

"Hajjah!.. you tahu tak, masa you tak ada tempoh hari, kita orang macam nak pecah perut gelak bila Prof. Kamal cerita pasal 'makwe' dia!..." Aida membuka cerita.
"Prof cerita makwe dia pasal apa?" tanya nekcun penuh keterujaan.
"Dia kata dalam pandai-pandai dia pun, terkena juga dia dengan kebijaksanaan perempuan!.." sambil tersenyum lebar Aida berkata.
"Iyalah!.. apa dia bendanya tu yang sampai you all semua tergelak macam nak pecah perut!.." nekcun dah semakin tak sabar nak tahu.
"Dia kena 'smashed' oleh isteri dia!.." Kak Gee menambah.
"Smashed camna? Depa main badminton ke? Heh!... you all ni, janganlah nak buat suspence ajer!.." ujar nekcun tambah geram bila melihat senyuman kekawan lain semakin lebar.
"Dia cerita macam ni:-
>> Yang, Yang!.. Abang ni kahwin nak dapat isteri tetapi...
>> Tetapi apa?... sergah isterinya.
>> Abang kahwin dengan Yang satu sajer... jadi belum dapat isteri lagi...
>> What???.. apa maksud abang???
>> Sebab satu is one, dua is two, three barulah isteri (is three)... (sebutan dalam bahasa Inggeris)...
>> Ooooh!... jadi, abang nak apa? Nak kahwin lagilah sampai dapat 'is three'?...
>> Kalau Ayang benarkan, boleh juga!... sebab abang mampu untuk ber 'is three'...
>> Ooohhh!... abang mampu!... isterinya memerli.
>> Iyalah... kalau tak mampu takkanlah abang nak ber 'is three' lagi... jawab si suami sambil tersengeh.
>> Ok... tadi abang kata, satu is one, dua is two dan tiga is three (isteri)... dan abang pun mampu nak kahwin tiga tu ya?... Tapi abang pun kena tahu juga, dalam bahawa Inggeris, ada singular dan plurar kan?
>> Tahu!.. singgular maknanya untuk satu dan plurar adalah untuk banyak!.. si suami terus seronok.
>> Betul!... dan dalam ejaan Inggeris, kalau plurar tu selalunya mesti kena tambah huruf 'S' kan? Contohnya, kalau satu buku ejaannya 'book' sahaja tetapi kalau banyak buku, ejaannya ialah 'books' kan?
>> Iya, iya!.. betul!... jawab si suami lagi.
>> Jadi kalau abang kahwin satu, abang 'mampu' tetapi kalau abang kahwin tiga abang kenalah 'mampuS'!... selamba sahaja isterinya berkata... 
>>> Huhuhuhu... si suami menepuk dahinya sendiri!...

Nekcun termenung sebentar sementara nak memahami cerita yang dikatakan oleh Aida itu, sementara kekawan lain semuanya dah tersenyum lebar.
"Iyalah!... kalau lelaki nak tiga isteri (is three), maka dia kenalah 'mampuS' dulu sebab three are plurar... Kam tak dapat tangkap ke joke tu?" Kak Gee menepuk bahu nekcun.
"Oooohhh!.. ya!... betul, betul!.." nekcun segera turut tergelak apabila baru menyedari akan perkataan 'mampu' yang perlu ditambah dengan huruf 'S' itu.
"Hahaha!... pandai-pandai orang lelaki, terkena juga ngan pompuan ya!.. Padan muka!.." Kak Zah yang mungkin dah tak tahan menahan geli hati sejak tadi, tertawa terkekeh-kekeh.

Begitulah kalau sesama perempuan bersembang-sembang. Lebih-lebih lagi bila masing-masing dah masuk umur-umur setengah abad ni... ada sajer cerita yang berkaitan pasal kehidupan rumahtangga yang ditimbulkan. Namun, bagi nekcun selalu suka melihat apa yang kami bincangkan itu dari sudut yang positif dan bukan hanya sebagai 'gosip' yang tidak memberi faedah. Walaupun ianya mungkin bukanlah sesuatu yang serius tetapi sekurang-kurangnya cerita itu dapat menghiburkan kami dan menghindarkan rasa stress ketika melaksanakan tugas masing-masing. Disamping itu, tak secara langsung kita dapat kembali belajar memahami ejaan dan grammer bahasa Inggeris yang betul...

Sekadar berkongsi cerita dengan kekawan...

6 comments:

jeragang said...

salam
tak sangka plak nekcun pung kelako gak... bole nie kalu nak masuk raja lawak tapi jeragang pikir kalu masuk dok bole menang sebab kalu menang mana ada raja lawak????
tapi entry nie penuh dengan pengajaran dalam sindiran tu... orang perpengalaman tulis lain cara dan pengisiannya...

Nek Cun said...

Jeragang, kekadang tu kena jugak hibur-hiburkan hati dengan cerita2 yang boleh menghilangkan stress... tapi ada kawan pulak kata, cerita pasal poligami ni akan tambah stress lagi. Betul ke?... hehehe...

kasihibu said...

sya baca pun boleh senyum..
rasa baru je beberapa hari kami cerita pasal lelaki berkahwin lebih dari satu nih

noorlara said...

Nek Cun,
Tiada seorang lelakipun yg tak mohu kalau diberi peluang menambah isteri...kecuali yg tak berupaya..ahaks!

sal said...

lelaki yg bergelar suami memang suka sebut2 macam tu..normal,
cuma peluang, kesempatan tak ada pd diorang tu...pd saya, biarlah klu sesekali dia nak bercakap macam tu.mungkin nak hilangkan stress...
wlupun cerita tu kelakar..elok juga kita ambil iktibar, terutama untuk memperbaiki diri supaya lebih dihargai suami,insyaAllah baik2 saja.. salam maal hijrah.Moga rohnya dpt kita hayati dan dpt lakukan sesuatu yg lebih bermakna dlm kehidupan, wlupun sedikit tetapi tetap bermakna...

maza said...

..wakakaka..

memang kelakar.. good idea.. heheheh