Wednesday, September 14, 2011

Apa seronoknya ketika berhari raya?....

Alhamdulillah... sudah hampir setengah bulan kita menyambut Syawal sebagai tanda kemenangan kita melaksanakan ibadah Puasa ketika di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan itu.

Aturcara nekcun dan atok sentiasa penuh dengan undangan 'open house hari raya' hampir setiap hari sehinggakan kekadang tak tahu yang mana satu nak diutamakan dahulu. Kalau pergi rumah yang ni dulu, nanti kawan yang satu lagi pula kecil hati bila kita menjamah sedikit sahaja makanan yang dihidangkan... Nak makan sakan-sakan, takut pula perut nekcun & atok dah tak larat nak terima... Maklumlah kalau dah umur-umur emas ni... makan sikit jer dah rasa sebu perut dibuatnya!... Jadi terpaksalah nekcun dan atok berpada-pada ketika menjamu selera walau di mana sahaja...

Tapi apa-apa pun nekcun amat-amat bersyukur kepada Allah di atas rezeki yang dikurniakan ini... Bayangkan sahaja kita di Malaysia ni, makan sampai tak cukup-cukup perut tetapi saudara kita di Somalia, langsung tak ada apa yang nak dimakan!... Dan kerana itu jugalah nekcun tidak mahu membazir makanan yang telah dihidangkan pada nekcun & atok. Sebolehnya kami akan cuba untuk tidak membazirkan makanan itu. Tambahan ada ustaz memberitahu bahawa setiap makanan yang diberi Allah pada kita itu ada rahmatnya masing-masing, maka janganlah kita membazir makanan kerana kita tidak tahu mungkin makanan atau butir-butir beras yang kita buang itu adalah makanan yang banyak Rahmatnya untuk kita.

Namun bagi nekcun dan atok, apa yang seronok pada hari raya ni ialah apabila semua anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu berkumpul di rumah nekcun. Memang nekcun & atok bahgia sangat kalau mereka semua berkumpul di rumah nekcun kerana telatah cucu-cucu nekcun yang walaupun kekadang tu boleh buat nekcun 'semput nafas' tetapi nekcun & atok tetap rasa amat seronok dan bahgia dikelilingi oleh mereka yang sentiasa manja dengan kami.

Nekcun juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat blogger kita... Maza, yang sudi datang bertandang ke teratak nekcun pada hari Sabtu yang lalu ketika semua anak2, menantu2 dan cucu2 nekcun juga ada berkumpul di teratak nekcun. Apalagi... sempat kami semua ber'posing' dengan kamera Maza!.. Lihat sajerlah telatah mereka yang mencuit hati tu!... 

Bagi kekawan bloggers yang lain, nekcun juga amat mengalu-alukan kedatangan kekawan semua ke teratak nekcun sekiranya kekawan ada kelapangan. Tak kiralah samada semasa bulan Syawal ini atau pun pada bila-bila masa kerana nekcun memang rasa amat seronok kalau kekawan sudi datang. Ada ustaz memberitahu bahawa "Tetamu yang datang ke rumah kita membawa rezeki dan tetamu pulang membawa pergi segala kejahatan". Sebab itulah nekcun dan atok amat suka kalau ada tetamu yang sudi datang ke teratak kami!... Wallahualam. 

p/s: Maza, datang2lah selalu ke teratak nekcun, boleh kita 'posing-posing' lagi... hehehe...

5 comments:

jeragang said...

raya masih meriah dan kembali dimeriahkan... majlis jabatan baru mula lepas satu satu jemputan sampai agakny lepas puasa 6 baru rancak ... lepas orang menamatkan cuti memasing...
semuga nekcun dan atuk gembira dihari mulia bersama anak cucu .... maaf zahir dan batin

dkama said...

Selamat hari raya Nekcun... PEACE...

sal said...

seronok apabila dikunjungi keluarga dan sanak saudara..
kesempatan inilah kita gunakan untuk mengeratkan tali silaturrahim yee..

maza said...

uiks.. gambar yg itew sudah keluar.. ahaks.. ahaks.. hehehehe

insyallah akan bertandang lagi terutama ada nasi kabsyah, nasi arab satu dua tiga kali gitew..

hahahaha

Nek Cun said...

Jeragang, memang seronok kalau bersama anak2 dan cucu2... nanti kalau Jeragang dah ada cucu baru tahu camna seronoknya berkumpul ramai-ramai begitu... hehehe...

------

Dkama, apa khabar? Lama tak ziarah nekcun... selamat hari raya juga to you....

------

Sal, memang betul. Hari raya lah masa kita mengeratkan siraturrahim dengan semua keluarga jauh dan dekat...

------

Maza, kalau tak ada nasi Arab, tak kan tak mahu datang lagi?... huhuhukkkk...