Tuesday, April 12, 2011

Mari kita jumpa di sana!..PWTC (23-04-2011 Sabtu)

Alhamdulillah, nekcun amat bersyukur kepada Allah kerana semua novel-novel nekcun telah mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran. Tidak lupa juga nekcun mengucapkan terima kasih kepada semua peminat novel yang telah membeli dan membaca novel-novel nekcun.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua orang suka membaca novel Melayu. Nekcun sendiri pernah terdengar komen yang mengatakan novel-novel Melayu ni agak 'stereotype'  iaitu kebanyakkan temanya mestilah berkisar kisah cinta!.. Asyik-asyik cinta!.. itulah kata mereka.

Tetapi, bukankah hidup manusia itu memang sentiasa diselubungi dengan 'Cinta'? Cinta kepada Allah dan Rasulnya (bagi orang2 Islam), Cinta kepada kedua ibu bapa, cinta kepada keluarga dan bermacam-macam lagi versi 'Cinta' yang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Jadi, apalah salahnya kalau kisah-kisah yang dipaparkan di dalam sesebuah novel itu sentiasa berkisar tentang cinta.

Bagi nekcun, apa yang penting adalah bagaimana kisah 'cinta' itu diolah dan diceritakan supaya pembaca akan mendapat menafa'at dari pembacaannya itu, contohnya apa yang dipaparkan itu akan dapat memberikan iktibar atau pun tauladan yang boleh dimenafa'atkan oleh pembacanya. Nekcun juga berpendapat bahawa berkongsi perkara yang baik sesama insan adalah satu tanggungjawab bersama dan harus dilakukan dalam apa jua situasi yang mampu kita laksanakan untuk sampai kepada sasarannya.

Jadi bagi penulis novel, sekiranya kisah yang dipaparkan dalam novelnya itu adalah cara yang terbaik yang mampu dia lakukan untuk berkongsi ilmu yang menafa'at, maka apalah salahnya!.. Berilah dia sokongan moral agar dia akan dapat lebih mengembangkan bakatnya!.. 

Bagaimana pun, nekcun tetap menghormati setiap komen pembaca kerana nekcun tahu citarasa seseorang itu memang tidak sama dengan orang lain. Maka terserahlah kepada pembaca budiman untuk menilai kualiti sesuatu novel-novel itu.   

Dikesempatan ini juga, ingin nekcun menjemput kepada semua kekawan dan juga pembaca yang meminati novel-novel nekcun dan juga novel-novel penulis yang lainnya untuk sama-sama meriahkan Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada 22/4/2011 hingga 1/5/2011.

InsyaAllah, nekcun akan berada di booth Grup Buku Karangkraft (Penerbit novel2 nekcun: Buku Prima) untuk bersama peminat-peminat novel pada hari Sabtu 23/4/2011 dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Nekcun amat mengharapkan akan dapat bertemu kekawan semua pada hari tersebut.

Jumpa di sana!.. di sana!...

6 comments:

maza said...

Oh! kita jumpa di sana.. di sanaaaaa.. hehehe

nekcun, meh ler bikin entry pasal Garden of eden.. hehehe

mahu tahu lanjut sila klik entry maza yg ini: http://mazaaida.blogspot.com/2011/04/garden-of-eden.html

Nek Cun said...

Maza: datang ya, jangan tak datang!... hehehe...

dangarumbia said...

Err... kalau Tie datang, macam mana ? Ada habuan tak?? Serious ni..!!

Nek Cun said...

Tie... seronok betul nekcun kalau Tie datang!.. sudah pasti ada something special untuk Tie.. tapi tak leh beritahu kat sini takut Maza jeles!... hehehe...

noorlara said...

tumpang gumbira dengan pencapaian Nek Cun dalam berkarya. Semoga sentiasa dipermudahkan Allah dalam usaha-usaha penulisan.

Datanglah ke Ipoh boleh kita berjumpa!

Nek Cun said...

Norlara, nekcun memang selalu pi Ipoh, tapi lalu sajer semasa balik kampung di SP, Kedah... Nantilah bila2 free nekcun singgah Ipoh dan kita buat date ya!... hehehe...