Wednesday, December 8, 2010

Hati tawar kerana kopi tawar...

"Apa tawar ajer air kopi ni?" kedengaran Pak Yob bertanya setelah menghirup air yang dihidangkan oleh isterinya, Mak Temah.

"Gula dah habis..." jawab Mak Temah selamba.

"Kenapa tak pergi beli?" soal Pak Yob lagi.

"Sape nak pergi beli?" tanya Mak Temah balik.

"Minta tolonglah si Budin tu pergi beli!.." arah Pak Yob.

"Saya beri dia duit RM3.00 untuk pergi kedai beli gula, dia kata tak cukup!.. tu yang dia tak beli tu!.." acuh tak acuh Mak Temah menjawab.

"Hai!.. RM3.00 tak cukup nak pergi kedai beli gula? Mahal sangat ke harga gula tu?" rungut Pak Yob.

"Laa... tak kan awak tak tahu? Kan baru ni Kerajaan dah naikkan lagi harga gula... naik 20 sen lagi. Dah tu Budin kata, Kerajaan pun dah naikkan juga harga petrol... jadi RM3.00 mana cukup kalau dia nak beli gula sebab harga gula sajer dah RM2.10 sekilo, belum harga minyak petrol motor dia RON 95 yang dah naik lagi kepada RM1.90 seliter. Takkanlah si Budin nak isi minyak seliter sahaja, dah tentu petrol station tu pun tak mahu layan kalau dia nak isi seliter sajer. Itulah sebabnya duit RM3.00 yang saya bagi tu tak cukup!.." jelas Mak Temah panjang lebar.

"Kenapa awak tak beri dia lebih sikit?" soal Pak Yob lagi.

"Mana saya ada duit lagi?... duit pencen awak tu bukannya banyak sangat, takat RM500.00 sebulan, macam mana nak belanja lebih-lebih? Nak bayar duit letrik lagi, duit air lagi, duit nak beli ubat kita lagi... jadi duit belanja dapur kenalah tak boleh lebih dari RM3.00 sehari... Kita bukannya menteri atau pun orang kaya... jadi kalau harga barang asyik naik sajer... kita kenalah berlapar dan minum air tawar sahaja!.." balas Mak Temah dengan nada agak sedih.

"Eh!... hari tu, aku ada baca surat khabar yang Kerajaan dah janji yang harga minyak RON 95 tak akan naik dan subsidi gula pun tak akan diselaraskan lagi tahun ni... tapi kenapa pulak naik lagi sekarang?" soal Pak Yob agak gusar.

"Manalah saya tahu!.. kita rakyat marhain ni nak boleh buat apa? Terpaksa terima sajerlah apa yang Kerajaan nak buat, walaupun kita terpakasa menderita. Jadi, awak tu janganlah kecoh-kceoh sangat... minum sajerlah air kopi tawar tu!..." ujar Mak Temah seolah terkilan.

"Eeemm... nak buat macam mana, Kerajaan nak suruh kita minum air tawar... jadi Kerajaan tak bolehlah nak marah atau pun menyesal kalau hati rakyat-rakyat marhain pun jadi tawar nak pilih mereka lagi nanti!..." dengan nada penuh maksud tersirat, Pak Yob meneguk air kopi yang semakin kelat rasanya.

6 comments:

maza said...

hahaha.. well said nekcun..
best maza baca.
macam mudah jer maza mencernakannya..
hehehe

Unknown said...

hm...same goes here....syd hr2 ulang alik naik kereta g kelas..dulu isi 50 leh tahan 7 hr..lepas ni xtau la.....

dah layak mengundi PRU 13 nnt....

sal said...

huhu..tu secebis kisah rungutan rakyat..tentu banyak lagi cerita2 sedey akibat kenaikan harga..terutama pd golongan yg kurang berkemampuan..u

Abang Long said...

Memang sudah lama TAWAR HATI.
Sekarang tugas rakyat untuk BERSIH kan segala kekotoran yang ada.

Kalau hendakkan stok HADI'S. Sudah ada dekat dah ...

chekdenoor said...

salam,

Boleh kontrol kandungan gula dalam darah ....hehehehe....demi kesihatan. Demi politik...waduh.... janji-janji ditabur sana-sini.... duit di tabur pada yang tak sepatutnyer dapat...... so... geram juga.....betulkan nekcun....geram memang geram

kakza said...

Orang yg gaji RM5000 sebulan pun dah terasa...inikan pulak RM500....

Kesian orang kampung....tapi yg heran tu masih menang juga diorang kat Tenang.... tu yg harga minyak naik lagi...

kalau kat Melaka menang lagi...entah barang mana pulak naik harga nanti...