Friday, October 1, 2010

Betul ke Raya sebulan?....


Hari raya adalah hari di mana ramai kaum keluarga dan sahabat handai akan dapat bertemu dan mengiratkan lagi siratulrahim. Begitulah juga keluarga nekcun dan juga keluarga di sebelah Atok.
Hari raya kali ini, keluarga sebelah Atok telah mengadakan perjumpaan keluarga semua adik beradik dan anak cucu-cicit mertua di sebuah hotel di Sungai Petani. Memang seronok bila sekali sekala semua ahli keluarga dapat berkumpul. Riuh rendah dibuatnya di sekeliling ruang di tepi kolam renang hotel itu ketika majlis perjumpaan keluarga itu diadakan kerana lebih kurang 120 orang kaum keluarga kami telah menghadiri perjumpaan tersebut, dari yang tua sampai yang baby. Almaklumlah, Atok mempunyai 8 orang adik beradik dan Atok pula adalah yang no. 7, sedangkan Atok pun dah bercucu, maka apatah lagi semua kakak dan abang beliau semuanya dan beranak pinak dan bercucu-cicit. Itulah yang menjadikan perjumpaan keluarga itu seronok dan menggembirakan.
Ketika kembali di rumah nekcun di Shah Alam, nekcun dan atok pun tak berhenti juga dapat jemputan 'open-house' di sana sini hingga dapor rumah nekcun macam dah merajuk pulak kerana nekcun tak gunakan dia agak lama!... hehehe...
Kalau Ramadhan sebulan, maka meraikan Syawal pun sebulan jugalah!... begitulah rata-rata nekcun mendengar gurau senda kekawan apabila bertemu ketika meraikan beberapa 'open house' yang sempat nekcun kunjungi.
Memang tak salah kita meraikan hari raya di bulan Syawal ini sebulan penuh sebagai meraikan kemenagan kita setelah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, tetapi... adakah kita merayakan Syawal ini mengikut amalan-amalan yang seharusnya supaya amalan yang telah kita laksanakan di sepanjang Ramadhan berjaya diterima Allah atau sebaliknya?
Ustaz ada memberikan beberapa perkara yang harus kita lakukan semasa meraikan kedatangan Syawal agar Ramadhan kita tetap terpelihara dan keriangan menyambut hari raya kita pula akan tetap mendapat keberkatan:-
<> gambar nekcun, atok, anak2, menantu2 dan cucu <>>

1) Lakasanakanlah puasa Sunat 6 hari di bulan Syawal kerana pahalanya adalah bagaikan kita berpuasa sepanjang tahun. Janganlah kita tidak melakukan puasa sunat hanya kerana terpaksa memenuhi undangan 'open house' setiap hari!...

2) Menziarahi kaum keluarga terutamanya kedua ibu bapa dan saudara mara yang lebih tua.

3) Mengiratkan siratul-rahim antara sesama Islam - utamakan yang rapat dan yang dekat (lebihkan saudara mara dan jiran tetangga) perlu diziarahi dahulu atau dipanggil untuk 'open house'. Jangan kita panggil kekawan yang jauh sedangkan jiran sebelah rumah kita lupakan.

4) Teruskan menjaga dan jangan abaikan waktu solat walau pun kita sibuk dengan amalan ziarah menziarahi dan menghadiri 'open house'. Adap bersalaman dengan maharam dan bukan mahram juga perlu dijaga kerana yang haram tetap haram walaupun ketika meraikan hari raya.

5) Mengasehi, memberi dan menyantuni fakir miskin dan anak-anak yatim. Lebih elok sekiranya 'open house' kita dapat menggembirakan juga mereka-mereka ini. Adat memberi duit raya atau 'angpow' juga akan lebih bermakna dan berkat sekiranya diutamakan kepada gulungan ini daripada kepada anak-anak saudara yang ibu bapanya sudah sedia orang yang berada dan mampu.

6) Memperbaiki hubungan dan menyelesaikan permasalahan sekiranya ada terdapat selisihan faham sebelum itu. Berma'af-ma'afanlah agar siratulrahim akan dapat disambung kembali.

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat nekcun kongsikan dengan kekawan, sekadar ingat mengingati....

Di hari yang mulia ini, sukacitalah nekcun menjemput semua kekawan yang sudi dan ada kelapangan datang ke teratak nekcun di Shah Alam. Nekcun tidak membuat sebarang 'open house' yang khusus tetapi rumah nekcun sentiasa terbuka kepada kekawan!... Semoga Allah akan sentiasa memberkati persahabatan kita dan akan menerima segala amalan kita selama ini.
"Kueh tat dalam tin. Ma'af zahir batin!..."

8 comments:

m.q said...

selamat ahri raya nek cun
lama tak melawat sini
heheheh

maza said...

aderk..
jemputan masih berbaki banyak lagi..
kena pusing2 jalan2 dan salam2 gitew..

mujur juga ada tempat utk beraya kan, dan ramai pula rakan2... kalau tak, ahaks,, raya ler sorg2 kat dlm rumah sambil mata terkebil2 menonton tv.. hehehhe

abu muaz said...

salam Nek. lamanya saya tak singgah.. moga berada dalam rahmat illahi.

chekdenoor said...

Salam,

Bestnya ada keluarga besar..... heheheh...bila nekcun nak buat open house.... mai lah jemput chekdee sekali a....heheheheheh

Tie said...

Salam aidil fitri, Nekcun...

Jauh tu Shah Alam... walaupun teringin gak nak pergi, tempat seribu kenangan pahit manis, :)

noorlara said...

NekCun Sesungguhnya hariraya itu adalah himpunan hikmah dan nikmat yg dianugerahkan Allah untuk kita yg beragama Islam

sal said...

salam nekCun.
wah, meriahnya raya kat sana.Sambil berziarah ni, membaca celoteh dan nasihat dari Nek Cun ...mekasih..

izman said...

raya sebulan? bukankah puasa sebulan, raya 11 bulan. he.he.he...