Bila sebut pasal pelajaran sex, apakah agaknya yang mula-mula terfikir di kepala pelajar-pelajar sekelian? Nekcun rasa kita semua pun tahu kan?... Elok-elok bebudak tu tak tahu apa-apa, langsung teruja nak tahu, macam mana nak buat!... sehingga ada satu kartun humour yang nekcun pernah tengok mengajuk bahawa akan ada pelajar yang minta cikgu buat demo, apakah itu hubungan sex!... tak ke haru jadinya!...
Jadi, bagi nekcun pihak yang berkuasa perlu befikir macam mana nak menjadikan pelajaran itu kepada satu pelajaran yang akan memberi menfa’at walau pun hanya melalui sebutan sahaja. Nekcun selalau terfikir, tidak bolehkah pelajaran sex itu disebut sebagai ‘Pelajaran Kejadian Manusia atau Pelajaran Kesihatan Manusia”.
Di dalam pelajaran itu, pelajar-pelajar perlu didedahkan bagaimana manusia itu boleh terjadi. Tonjolkan bagaimana kejadian manusia yang betul mengikut hukum ugama, kejadian manusia dari sumber yang bersih dan suci. Tekankan juga dari sudut kerohanian bahawa apabila manusia terjadi dari benih yang suci maka akan suci jugalah hati dan rohaninya dan dengan itu akan elok jugalah akhlak dan keturunannya.
Dalam ‘Pelajaran Kejadian Manusia atau Kesihatan Manusia’, pelajar juga perlu didedahkan kepada bahayanya kalau manusia atau janin yang terjadi dari hubungan yang salah. Pertamanya dari segi hukum ugama dan keduanya dari segi kesihatan dan resiko yang akan di alami oleh perempuan yang mengandungkan janin itu. Dengan itu, ianya akan memberi kesedaran kepada anak-anak remaja bahayanya hubungan sex yang tidak mengikut hukum yang dihalalkan atau dibenarkan oleh ugama, tak kiralah ugama apa sekali pun kerana semua ugama melarang hubungan sex luar nikah.
Pelajaran sahaja juga tidak mencukupi sekiranya factor ransangan luaran lebih mempengaruhi anak-anak remaja ini. Oleh itu, peranan ibu bapa juga perlu di dalam mengawasi anak-anak remaja mereka dari terjebak ke dalam kancah sex bebas ini seperti hindarkan CD-CD lucah atau pun control the accessibility dalam internet kerana ada system yang boleh mengawal tinjauan internet ke website-website tidak senonoh itu.
Kekadang nekcun setuju juga dengan tindakan Kerajaan China menghentikan pengloporan Google ke dalam negara mereka bagi memastikan hanya internet contents yang bersih boleh di access di Negara itu. Kalau Malaysia pun boleh berbuat begitu, nekcun rasa tidaklah anak-anak remaja kita ini akan terdedah kepada unsur-unsur yang negative itu.
Nekcun tambah bimbang bila membaca satu article dalam surat khabar STAR di bawah Other News & Views (22/3/2010) yang menyatakan dalam tahun 2009 sejumlah 17,300 bayi dari anak Melayu yang lahir akibat dari hubungan luar nikah. Astagfirullahalazim… apa nak jadi ni…
Tambah sedih lagi bila Director General dari JPN – Datuk Alwi Ibrahim mengatakan sejumlah 74,723 bayi luar nikah anak-anak Melayu atau Muslim telah dilahirkan sejak 5 tahun lalu… bayangkanlah apa akan jadi dalam 10 atau 15 tahun lagi… adakah kita boleh yakin yang anak-anak atau cucu-cucu kita akan berkahwin dengan insan-insan yang suci keturunannya kelak?... Nauzubillahminzalid…
Apakah kemajuan dan kemodenan hidup yang dikejar oleh semua orang sekarang ini sudah tidak perlu lagi berpegang kepada hukum ugama?... Eemmmm…. Takut nekcun nak menghadapi hari-hari yang mendatang ini….
p/s: Mungkin nekcun ni ortodok sikit di dalam mendidik anak-anak… harap kekawan janganlah berkecil hati atas luahan nekcun di atas itu…