Monday, January 25, 2010

Tidak perlu lagikah yang asli?....

Ketika berbual dengan kekawan pagi tadi, entah macam mana tiba-tiba terkeluar pula cerita pasal sekarang ni senang betul kalau seseorang pompuan tu nak nampak cantik. Macam –macam alat kecantikan yang terdapat di pasaran sekarang ini.

Yang gemok boleh dikuruskan, rambut yang nipis boleh dilebatkan, kuku yang pendek boleh dipanjangkan, pipi yang kendur boleh ditegangkan, hidung yang kemek boleh dimancungkan dan yang terbaharu bulu mata yang pendek boleh dipanjangkan dan dilentikkan untuk menjadikan renungan seorang wanita itu kelihatan romantis dan menggoda! Bukan pakai bulu mata palsu atau mascara, tetapi bulu mata yang ditanam di kelopak mata!

Terkejut juga nekcun mendengarnya!... huuhhuuuuhh... punyerlah canggih manusia sekarang nih!.. semuanya boleh diubah-ubah!... kekadang takut juga nekcun mendengarnya kerana bagaikan manusia ini sudah tidak lagi menghargai anugerah Allah!... Sedangkan, Allah telah jadikan manusia ini adalah sebaik-baik makhluk, yang paling lengkap kejadiannya!...

Kalau sudah begitu kecanggihannya, di manalah agaknya kecantikkan asli seorang wanita itu?... atau pun adakah lelaki memang lebih mengutamakan kepada yang cantik-cantik sahaja tanpa mengira lagi yang asli atau tiruan?... dan sebab itu jugalah wanita sanggup berhabisan membelanjakan wang untuk kecantikkan yang boleh diubah-ubah itu?...
Eeemmm... itukah kecanggihan zaman millennium ini atau pun itukah tanda dunia ini hampir kiamat?... siapakah yang sanggup menjawabnya?...


p/s: nekcun tetap suka mata cucu nekcun yang jernih dan bulat ini... Itulah anugerah Allah untuk cucu tersayang... Semoga Allah akan memeliharanya dengan sebaik-baiknya!.. InsyaAllah!...

Alahai cucu nenek!... hehehe...

9 comments:

maza said...

saya masih sukakan yg tulen gitew.. yg original

Yg tiruan itew semua plastik...

Sebenarnya hanya segelintir kecil lelaki yg mencari plastik. selebihnya mahu original.. hendak buat apa cari yg plastik, sbb plastik tak tahan.. huhuhu

Tie said...

Ooo... betul ke Maza ? Hehe...

Tentulah yang ori tu istimewa. Biarpun mata sepet, yang penting kecomelan yang ada pada dirinya tu terserlah, ekekeke........

Psst- Err... geram tengok baby mata bulat!

Tie - Sedang cuba membulatkan mata..hu hu...

noorlara said...

Salam kenal dan kunjung balas

setuju tu, buat apa cantik kalu dah tau itu bukan ori, yg tiruan dan saduran kira barangan kelas kedua tak gitu! Wajah seanggun gadis 20an tak dapat memadam usia yang dah 40an atau 50an.

abu muaz said...

yang ori, yang ori pilihan saya nek.

chekdenoor said...

Salam,

Cutenyer cucu nekcun ......sure best melihatkan ketulenan wajah baby tu kan...... yang tulen tetap dihati......

AL-BIMA SAKTI said...

salam nek cun,

la ni yg asli seakan tak dipeduli. yg nampak di depan mata itu yg dihargi dan sanjungi...

itu sebab tertumpah kasih, hanya sekejap. terjirus cinta tapi melesap.

dkama said...

orang zaman sekarang high taste la nek cun...

kak ila said...

plastik / ori? hemmmm
tepuk dada tanya iman...
kekadang yg plastik pun baik juga, tergantung pada barang yg diperdagangkan.
saja gurau2 senja ahad nek cun...
rindu awak.

nin said...

salam n hi nekcun..

pd sy kecantikan n kehandsomeman seseorg bole dinilai pd hati n bagaimna ia mbawa dirinya.. dr c2 kita ble lihat apa yg istimewa pd org tsebut.

kecantkan yg plastik ni selalunya tidak kekal lama.. bsyukur dengan ciptaanNYA.. kerana setiap kejadian mahlukNYA itu ada keistemewaannya sndiri n mjdi seseorng itu unik.

jika kecantikan hanya dipndang dr luaran sahaja x kemana pun, jika dalaman tidak secantik luaran..